Thursday, December 30, 2010

Jawapan Teka-Teki Teka-Tekuk

Oh yer..mesti ramai nak tau tanaman apalah dalam pasu tu kan??





Ader 4 tanaman yer dalam pasu ni...



1. Daun kesum



kangkung



Daun bawang



Daun sup

Jadi yang paling pantas dan paling tepat ialah:



Blogger Mama Balqis said...




pkok kangkung, pokok bawang, pokok daun sup, pokok daun kesum....(ni bahasa kg, kurang pasti nama dlm buku)

Kepada pemenang, sila inbox no akaun kat dalam fb saya yer..
Add: zamzarina zakaria


p/s: Nampaknya ader yg tak tau lagi nama2 pokok ni..hahahaha..KANTOIIIII





Ratu Shadira kembali beraksi!!!


Tired!!! Just came back

Cuci2 mata dulu yer..

Credit to Khai mohd photography atas kelas asas fotografi  yg dianjurkan..








Ader org puji kata gambar2 ibu hari ni ader NUR....bukan NUR KASIH yer


Teka-teki teka tekuk

Sekarang musim teka teki kan..
Tak nak ketinggalan jugak
Actually gambar ni dah seminggu dalam draft..
Memang niat nak buat teka teki pun..
Sekali tgk dah macam musim pulak..ramai blogger yg buat teka teki dah..

Ok lah tanpa berlengah masa..
Jom kita tengok soalan teka teki teka tekuk ni..

"APAKAH NAMA TANAMAN-TANAMAN DALAM PASU INI?"


CONTOH JAWAPAN:

Limau kasturi, daun kucai dan pokok cili.
(Boleh lebih dari satu tanaman, kalau korang jumpa ader 6 tanaman, korang tulis lah keenam2 tersebut)

Setiap sorang hanya layak bagi 1 komen sahaja utk 1 jawapan


Dan pemenang paling terpantas dan tepat akan menerima 

" Wang cash yang akan di bank-in dalam akaun anda sebanyak RM 9.99"

Selamat Mencuba!!! Selagi tak der pemenang, selagi tu lah korang leh cuba"


p/s: kalau korang nak tau..malam tadi malas tul nak transfer gambar, malas tul nak karang2 citer..nasib baik ader gambar pokok2 ni dalam draft...hehe...leh lah jugak menyumbangkan idea time suntuk2 nak buat entry kan...

p/s; Off to Photography Class...eh saya bukan nak belajar photography, tapi nak jadi model...hehe






Betul ke jumaat ni cuti umum??

Wahhh...betul ke jumaat ni cuti umum sempena meraikan kejayaan MALAYSIA dalam menjuarai PIALA SUZUKI AFF 2010???


Details: Utusan

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Hohoho...alangkah ruginya...sebab jumaat ni memang ibu dah cuti end of year pun....alahai...dah siap booked hotel pun...

Apa2 pun tahniah MALAYSIA...walaupun ibu tak tgk bola tu, tapi tetap rasa kemeriahannya dengan jiran2 yg bising, status FB yg tak putus2 updated pasal bola serta memang dah ader firasat yg mengatakan MALAYSIA pasti menang...haha


Wednesday, December 29, 2010

Entry panas: PAYUDARA!!! setuju atau tidak???


Maaf!!! Entry ini mungkin menganggu sensitiviti anda..
Kalau rasa tak berminat nak baca, sila klik X yer..
Awas!!! Entry ini tidak sesuai dibaca oleh pembaca bawah 21 tahun..


Betul ke pandangan pertama lelaki terhadap kaum wanita ialah PAYUDARA??
Kaum2 pompuan cam mana??? Korang setuju tak??
Kaum lelaki tak yah tanya lah kan...sebab confirm SETUJU!!!!!!!
Haritu ader singgah kat blog carl samsuddin ni..
Dia ader buat entry pasal 

Payudara: Pandangan Pertama Kaum Lelaki


Breastfeeding_print_icecream

Antara petikan dalam blog carl ialah:

Apabila ditanya kepada lelaki-lelaki di luar sana "Apakah pandangan pertama korang terhadap kaum wanita". Hampir kesemua lelaki akan menjawan 'payudara'. Mereka sedar bahawa payudara merupakan daya tarikan bagi seseorang wanita. Kajian pernah dibuat di University of Wellington, 47% dari kaum lelaki akan tertumpu ke bahagia payudara terlebih dahulu sebelum pandangan dialihkan ke bahagian muka. Pandangan ke arah payudara ini juga lebih lama berbanding pandangan ke bahagian-bahagiam lain wanita.

So cam mana??? Korang setuju atau tidak???


Agak2 korang??? Kalau lelaki tengok gambar2 kat bawah ni..
Diaorg lagi suka tengok atau jijik nak tengok???

\
Betul ke tiruan ni weiiii....tak sanggup nak tgk dah ni..
Gambar amik kat SINI



MODE: End Of Year Holiday!!! From 29/12 - 02/01...
Tapi tetap kena bagi komitment:
29/12 - Meeting staff & 2nd Interview for New Staff
30/12 - Jadi model tak bertauliah utk kelas fotografi Khai Mohd
31/12 - 2/1  - Hoooray...Cuti2....






Pernah makan ais krim goreng??

Pernah makan ais krim goreng macam kat bawah ni??


Fuhhh...cuba perhatikan betul2 gambar ais krim goreng tu..
Memang confirm membuatkan korang terliur habis lah..
Masa ibu + ayah damia tengah makan ni..
Kami suami isteri asyik dok pk....cam mana lah ais krim goreng ni buat..
Jenuh memikir tau...asyik tertanya2 sama sendiri
"tak cair ke aiskrim ni", "tak meletop2 ke masa goreng", " tak meleleh ke masa masukkan ais krim dalam acuan tepung tu"...
Pendek kata macam2 persoalan berlegar2 kat kepala kami ni..



Oh yer...actually ni gambar lama tau..
Ni masa kami makan2 kat Cafe Tasik UTM tu..
Alahai...boleh pulak lupa nama cafe ni...
Cuba tgk atas...macam2 perisa ader weiii....
Boleh tahan nak pilih ikut sesedap selera masing2 yer..
Next time nak cuba Perisa Yam lah pulak..


Bukan setakat ais krim goreng jer ader..
Macam2 dessert berasakan ais krim semua ader..
Creamy sandwich tu dah biasa buat kat rumah..hehe..
Beli roti pastu sapu ais krim makan...ekekek..
Cuma kat cafe tu, roti tu dibakar dulu..
Kalau panas2 ni, pekena ais krim goreng...memang best kan..


p/s: Korang pernah makan ais krim goreng??? Cam mana nak goreng ais krim tu?? Huhuhu confius confius..
Dah pernah google resepi ais krim goreng ni, tapi alahai...cam takut pulak nak cuba...kang meletop2 sapa susah?? Bibik gak yg susah...hehe

Tuesday, December 28, 2010

Haritu jadi Tok Guru, Kali ni jadi Sifu pulak, agak2nya esok2 jadi apa erk??


Haritu dapat title TOK GURU dalam entry ni..



Hasil tangan anak murid tok guru, zana

Kali ni dapat geralaran SIFU dalam entry ni pulak..




Hasil tangan mentee Sifu, eily aka bionic woman


tahniah yer anak2 murid ku....ekekeke.



Mari mengeja suku kata bersama aleesya!!!

Ni lah video yg ibu cakap dalam previous entry tu..
Sebab dah tak tau nak buat apa dalam keta selama setengah jam..
Maka sesi test2 ejaan pun bermula..

Btw ni baru ibu ajar aleesya mengeja dalam Bahasa Melayu..
Lebih prefer ajar cara old skool style berbanding ajar kaedah phonics tu..
Tapi kalau spelling dalam english, memang 100% kena ajar guna kaedah phonics tu..

video

Apa yg membuatkan ibu teruja ialah, tak semua ejaan suku kata yg disebut oleh aleesya kat atas ibu ajar tau..
Contohnya ejaan SU-KA, KU-KU, MA-TA dan TI-TI..
Maksudnya kat sini, ibu ajar yg basic2 jer, tapi yg lain2 tu aleesya dah boleh agak2 cam mana sebutan dia..
Alhamdulillah...moga2 anak2 kita semua cepat pandai dan bertambah pandai pabila gi sekolah nanti..

p/s: Ramai cakap suka ayat last aleesya tu..
MAMA SUKA BACA BUKU...ekekeke
(itu menunjukkan ibunya tak habis2 ngan buku...haha)

p/s: Banyak lagi video2 yg direcord sebenarnya..video2 yg dulu2 masa aleesya baru pandai menulis, pandai membaca, pandai nyanyi, pandai phonetics....semalam baru format komputer, sebab tu baru boleh upload, kalau tak sebelum ni....alahai...asyik suruh convert ke media apa ntah....

p/s: Sekadar catatan perjalanan pendidikan aleesya...tak der niat nak tunjuk pandai yer...anak org lain lagi pandai2 tau...

Productive Saturday - Study in Jusco

Al-kisahnya macam mana lah boleh study kat Jusco ni...

25 hb aritu kan X-Mas...Dah janji nak bawak aleesya gi library sebab kalau boleh memang every weekends akan meluangkan masa kat library...nak bawak hari ahad, ibu ader keje lah pulak...

Yo yo or jer bangun pagi2 sabtu tu...dah siap2 sarapan kat kedai, dropped by ayah damia kat office dia., maka bermulalah sesi pengembaraan ke library kanak2 tu..

Sampai2 jer....huaaaaaaaa...library tutup lah....baru teringat yg haritu aderlah public holiday...excited punya pasal, boleh terlupa pulak haritu public holiday...cuba kalau public holiday jatuh hari weekdays...memang laju jer ingat..hehe..

Last2 dah tak tau nak gi mana...maka decide lah gi Jusco...kat situ satu hal pulak..jam baru 9:25 pagi....huaaaaa..kena menunggu dalam keta kat setengah jam tu....tunggu lah jugak...sambil2 tunggu tu ibu ader test aleesya mengeja suku kata...rasanya dah ramai pun tgk video aleesya mengeja suku kata kat FB ibu kan..ke ader yg tak tgk lagi???



Tepat kul 10 pagi, masuk Jusco...masa tu masih lenggang lagi...
Aleesya tak nak main kat playground...dia kata nak siapkan homework..
WOWWWWW!!! SANGAT TERKEJUT OKEYYYY..
Sebab selalu laju jer pi main2 kat playground ni..
Agaknya mentaliti aleesya dah set mind yg haritu nak gi study...tu yg kat jusco pun study tu..
Siap berkerut2 lagi aleesya study kat atas tu..
Itu gen ibunya yer..haha




Selalu ajar aleesya tulis2 kat workbook yg dah siap2 titik2 sambung tu kan..
Tapi since 24/12/2010 aritu, aleesya dah maju setapak..
Dia dah start menulis dalam buku tulis..
Sebab nak ajar dia menulis tanpa titik2 tu..



The moral: TUNTUTLAH ILMU WALAU DIMANA JUA!!!
Khusyuk betullah anak ibu ni study..
Good Job Aleesya!!!


Tips merangsang anak minat membaca dan menulis..
SILA BELI STATIONARY KESUKAAN MEREKA YER..
Baru jer beli ni..sehari sebelum gi Jusco tu...
Ayyunie punya Mickey Mouse


Ayyunie tak pe...bagi peluang dulu main2...
Jangan sia2 kan waktu baby2 mereka...haha
Nanti dah umur 2 tahun, ayyunie pun akan dibagi pendedahan macam aleesya jugak..


Dah siap study kat meja tu...sambung study kat playground pulak..
Bagus!!! Cam ni lah anak ibu...
Kalau nak main, kena siapkan homework dulu..

Tapi hati mana boleh tahan woooo..
Dah nama budak, mesti nak main jugak kan..
Last2 bagi lah jugak main...


Pastu sambung lagi tu hah tulis2..
Siap mencangkung tu..


Lebih kurang 2 jam kat playground tu...
Upah aleesya + ayyunie main2 benda ni pulak..
Kalau anak2 bagi komitmen baik, tak salah bagi rewards pada mereka kan..
-
-
-
-
-
Pastu singgah office ayah pulak..
Sambung study kat situ...
Dalam kul 2 petang...yer betul...kul 2 petang..
Baru lah perasan yg weols tak lunch lagi...
-
-
-
-

Disebabkan nak bagi rewards lagi kat aleesya sebab rajin belajar tadi,
Decided gi lunch kat Mc'D..
Aleesya yg minta datang sini sebab dia nak makan burger..
Sambil2 nak main2 kat playground sebenarnya.


Alahai...sayangnya...ayyunie tido lah pulak..


Aleesya makan dulu!!!
Pastu baru boleh gi main2...
Sangat2 suka kalau anak2 bagi komitmen yang BEST pada kita kan..

Balik...terus zzzzzzzz..
Petang bangun main layang2 ngan aleesya + ayyunie..
Dah main layang2, sambung main badminton pulak ..
Sakit tangan ibu awan badminton ngan ayah damia..
Tapi suka sebab masa begitu berkualiti dihabiskan bersama anak2...

Memang PRODUCTIVE SUNDAY betullah!!!

p/s: Cite hari ahad kami lagi best...


Ermmm...wangiiiiiiii

Tahniah kepada penganjur contest ni, Gie..
Sebab memang seorang penganjur contest yg berwibawa betul..
Hari ahad umumkan pememang..
Hari rabu dah sampai hadiah from Penang to JB kan..
Tahniah2...inilah penganjur yang dicari...hehe



Tapi walaupun hadiah sampai hari rabu, ibu dapat hadiah ni hari jumaat tau..
Sebab masa hari rabu tu keje lah...
So hari khamis tu call City Link buat second delivery kat office..
Maka hari jumaat baru lah dapat pegang hadiah tu..



Sangat wangi hadiah ni..
Eh...dah nama pun perfumes kan...wajib ler wangi...ekekek
Cantik pulak tu..
Ibu memang pengguna setia body shop..
Tapi ader lah jugak2 gilir2 ngan perfumes lain..



Selain daipada tu, ader hadiah tambahan lagi..
Dapat FM dari Penang..
Bertambah lah koleksi FM kat fridge tu..

Apa2 pun tima kasih yer gie...
Sebab hadiah ko memang best..
Setiap kali aku pakai...aku mesti teringat ka ko...Opssss!!!

Hadiah ni adalah utk 






Monday, December 27, 2010

Untuk menegur tak pelu guna IDENTITI ANON

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih berbanyak atas komen2 ikhlas dan membina kat entry

SUPERWOMAN kah saya??? Ader X - FACTOR kah blog saya???


Serius cakap, masa baca komen2 korang kat entry tu, bulu roma naik meremang tau..sebab komen2 korang memang the best...harap2 ia ikhlas..lagi satu baru tau cam mana rupanya korang boleh kenal blog "damia aleesya & damia ayyunie" ni...mostly sebab aleesya + ayyunie banyak menang contest lah...pastu ader gak sebab tertawan ngan ibu...ngeh ngeh ngeh..alahai malu tau..sebab saya pun macam korang2 jugak...korang2 pun cantik jugak lah...bukankah cantik itu subjektif...

Ok..kalau tadi semua yg manis2..kali ni ader juga tercalit yg pahit sedikit...yang bagusnya, org yg bagi komen tu tak guna nama anon..tapi guna nama dan link dia sendiri...yup...macam ni lah kan..baru jujur...



Huhuhu..serius dah agak sebab satu hari nanti pasti akan ader komen cam ni...sebab ibu sedar diri ini tak mampu nak BW ke semua rumah tetamu yg bertandang kat blog ni...mungkin ader jer alasan2 yg membantutkan ibu nak BW...lately ibu tgk ramai kawan2 baru yg sudi singgah2 kat blog ibu ni..tapi ibu je yg tak sempat2 nak menyinggah balik rumah orang..rasa sangat2 regret tau...tapi akan cuba sebaik mungkin utk singgah walaupun say hai atau salam semata2..

Untuk fa10, yer saya tau kadang2 awak memang ader tinggalkan jejak...tima kasih banyak2..sebab walaupun saya tak layan awak, tapi awak tetap setia membaca entry saya...cam mana nak cakap perasaan bersalah ni erkkk...memang tak mampu nak BW..macam harini, tak sempat pun BW lagi...sebab tu kalau mana2 blog yg biasa ibu tinggalkan jejak tu, mesti hairan sebab apa lah ibuayahdamia tak tingalkan komen hari ni...ader lah beberapa blog ibu sempat tinggalkan jejak tadi...tu pun sebab buka2 jer blog tengok2 entry dia tu paling atas sekali kat bloglist..

Kepada kawan2 baru jangan serik erkkk singgah blog ni...sebab tanpa anda2 semua, tak kemana pun blog picisan saya ni...

p/s: Korang pulak cam mana?? Sempat ke BW ke semua blog tetamu2 yg singgah blog korang??

p/s: Weiii cuba korang tengok apa ayah damia komen kat entry sebelum ni...


Blogger Khai Mohd Photography said...




abis la....tak mandi la seminggu dah org duk puji bagai nak rak kat sini...ni kena tido kat luar ni tak tahan dah ni duk kembang kempis kat opis ni..satu kerja pun tak jalan ni...
December 27, 2010 2:35 PM
Kah kah kah..lawak lah abang ni..tetiba jer rajin tinggalkan komen yer..




SUPERWOMAN kah saya??? Ader X - FACTOR kah blog saya???

Komen yang betul2 Positif..
Yang membuatkan diri ini makin berkobar-kobar utk bergerak lebih kehadapan..


Komen ni dapat dalam entry Edit-mengedit memang keje saya
Dapat daripada Mya Elzara Batrisya
Oh..mula2 ibu singgah kat blog Mya ni..
Tersangatlah suka sebab blognya sangat ceria..
Ditambah pula dengan Tuan Blog yg memang comeyy giler..

Jawapan kepada komen:

Tak pe slow2 belajar photoshop tu..
Memang kalau boleh, better join photoshop class utk memantapkan diri..

Oh tima kasih cakap saya Super woman..
Sebenarnya memang semua pun boleh jadi superwoman...dengan syarat pandai2 bahagikan masa..
Bangun pagi lepas subuh( mesti hubby yg kejut yer, itulah masalah supoerwomann ni...tak leh bangun sendiri..huhu), masak breakfast utk hubby dan anak2, lepas tu masak simple2 utk tengahari pulak..just utk anak2 ngan bibik, pastu kena siap2 bagi homework utk aleesya, kul 8 pagi sharp masuk keje, pastu kat office buat keje yang sepatutnya, bila dah business sendiri ni, kejenya memang kena lebih lah sikit kan..tapi kadang2 mengular FB dan Blogging jugak...hehe, kul 4:45 pm balik keje, singgah beli minum petang utk anak2..selalu,nya beli cucur udang kuah kacang atau pisang goreng jer..pastu balik teman anak2 main2 kat luar pulak..kalau ader jiran2 kat luar, beramah mesra ngan jiran2...pastu standby utk masak dinner...tapi kadang2 ader gak dinner kat luar kalau penat..n tapau jer..malam pulak fokus kat anak2 lagi, terutama tang pelajaran..anak2 dah tido, updated blog buat autopublish, dah siap autopublish, layan suami pulak...superwoman kah saya??? Oh yer tambahan...weekends pulak kena siapkan photobook clients...macam semalam pulak dapat job family photoshoot...memanglah penat sikit kan..tapi dah minat...alang2 menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan...

Saya rasa anda semua juga superwoman kan...tapi sebenarnya diri ini rasanya banyak lagi yg kena belajar...tak layak pun jadi superwoman...huhu



Oh...femes kah saya??
Saya masih saya yang sebenarnya..
Langsung tidak terfikir akan menjadi femes..
Tapi sangat teruja jugak kalau org bagi penghargaan seperti kat atas tu..
Tima kasih  Mya Elzara Batrisya


Yang bawah ni pulak dapat komen daripada kak yong..



Ya Allah...tak sangkanya saya sebab rupa2nya ader jugak org menyedarkan saya yg blog picisan saya ni ader X-FACTOR...
Terima kasih kak yong...
Memang selalu singgah blog kak yong ni...sebab kat blog kak yong macam2 info ader..
Cuma jarang2 sangat tinggalkan jejak...kadang2 jer..huhu.
Tapi betul ke X-factor y kak yong mentioned tu..
Tu pandangan kak yong lah..
Pandangan Uols pulak macam mana??

Perlukan komen yg ikhlas utk memantapkan lagi blog yg seciput ni...

P/S: Jap lagi nak publish komen yang mengatakan ibu tak layan blog dia pulak...hehe..
Kalau ader yg positif, mesti gak kena ader yg negatif kan...huhu

P/S: Ni bukan entry autopublish...entrylive sebentar tadi..cepat2 taip entry sebab ader banyak keje lagi kena settlekan ni...

p/s: Semalam hari yg sangat mudah rezeki utk ibu. bukan murah rezeki yer, mudah rezeki...alhamdulillah...rezeki itu sama2 dikongsikan bersama anak2 ngan bibik semalam...eh bukan selama ni pun hari2 mudah rezeki ke????ekekek





Ada 4 lagi kekosongan!!!



Tak nak cakap banyak...kalau betul2 berminat boleh klik SINI ..

Tidak terhad utk pelajar2 sahaja....kaum2 mommies, ibu2 & mama2 lepasan SPM, tak kira lepasan SPM tahun berapa, pun dialu2kan utk join...ekekeke...yg penting memang minat nak belajar asas fotografi..



Lambat pulak bagi jawapan pasal pokok tadi..

Oh lambat pulak nak bagi jawapan ni pokok apa utk soalan pagi tadi.....
Baru balik ni...jam 11:30 malam tadi..
Serius..hari ni kami sekeluarga sangat gumbira dan merasakan saat2 hari ni sangat berkualiti...
Kalau boleh hari2 nak hari ahad utk kami sama2 enjoy macam hari ni..
Details later lah yer...

Nmapaknya ader pun yg teka dengan betul pokok apa ni..
Sorang jer teka ngan betul pun..
Namanya cikanna
Yg lain2 dapat teka yg bunga merah tu jer betul..
Tapi tak der hadiah yer..sebab saja suka2..
Next time ibu buat teka2 yg dapat hadiah..

Ok lah jom kita tgk apa jawapannya..


Ni namanya daun TURI..
Tapi sangat pelik sebab ia curly2..


Selalunya daun tu lurus cam ni..
Maid ibu yg dulu kata, daun ni sangat membantu utk menambahkan susu badan..
Ibu pernah minum air rebusan daun turi ni..
Tapi alahai...tak leh masuk tekak lah..bukan pahit, tapi semacam rasanya..


Selalunya org masak lemak kuning atau lemak putih..
Ibu tau ni pun sebab google pasal daun turi..
Tak pernah makan lagi ni, harus kena try cam mana rasa Turi masak lemak ni...


Yg ni pulak bunga Roselle..
Ramai yang teka dengan betul


Pokok roselle yg tumbuh subur di depan rumah ibu..
Jiran yg tanam ni...
Memang rajin menanam dia..
Pokok Turi tu pun dia yg tanam...
Kalau nak harapkan ibu tanam??
Tak der maknanya...malasssss..haha

p/s: Huhuhu..autopublish utk pagi esok tak larat nak buat ni...mata dah ngantuk...tapi aleesya + ayyunie lak baru bangun dari tido..sebab masa tgk Guliver's Travel tadi, diaorg tido separuh cerita....dalam keta pun tido gak...sampai2 rumah semua bangun...huhu