Tuesday, July 13, 2010

Detik-detik Kemenangan menjadi RATU BEAUTY CONTEST SHADIRA

Assalamualaikum...
Aduss....terhad betul masa nak berblogging ni...
Sedangkan banyak giler citer best2 yang nak dikongsikan bersama...
Nak citer dari pasal interview beauty contest, rehearsal, pastu persiapan make up2 ke hotel Grand Paragon, dengan catwalknya, dengan speechnya, dengan sehari sebelum ke Beauty Contest tu siap pi shopping2 kat Poh Kong lagi beli rantai kaki dan rantai baru, citer pasal kawan blogger from KL datang berkunjung balas, pendek kata banyak banyak banyak banyak banyak banyak banyak sangat citer yang nak dikongsi bersama...

Dipendekkan citer, ibu berkongsi citer kegembiraan yang kat bawah ni dulu lah yer...
Gambar dah upload semalam lagi, tapi ni baru buat citer...

Bagi ibu gambar2 kat bawah ni membawa seribu satu pengertian yg besar...
Rasanya menunggu keputusan lagi nervous berbanding buat catwalk ngan speech atas stage..
Rasa nak putus nafas ni masa saat2 MC umumkan nama Juara Beauty Contest..
Enjoy yer tgk gambar2 kat bawah ni..



Semua contestant sedang berdebar2 menunggu keputusan daripada MC...
Semua tertumpu ke arah MC..


Peserta no 18 ni menang kategori Paling Popular..
Based pada undian dibuat...
Kalau lagi ramai penyokong, lagi banyaklah undikan...
Penyokong ibu ayah damia sorang jer....ekekekek
Tapi melalui sumber2 maklumat tertentu, lepas sahaja ibu buat catwalk n speech,
Ramai tul yg undi ibu...ekekekek..


Pemenang tempat ke-3
Belum kawen lagi ni, umur awal 20-an
Mewakili outlet Shadira mana ntah...lupa lak..

Pemenang tempat ke 2
Yang ni masih muda belia lagi..
Umur baru 17 tahun, tahun ni amik SPM


Semua menantikan pengumuman Juara Beauty Contest Shadira
Masa ni ramai yg tunjuk2 kat ibu mengatakan ibu No 1
Majoriti suruh ibu standby ke hadapan,
Ayah damia pun awal2 lagi bagi isyarat yang ibu No 1,
Sebab dia dapat sms dari kawan dia (isterinya buka outlet Shadira jugak) yg tertulis..
"BINI KO NO 1, KO KENA BELANJA NI"
Padahal MC tak cakap apa2 lagi pun...
Pilihan ibu lak peserta no 12, betul2 berdiri sebelah ibu tu..


JUARA BEAUTY CONTEST SHADIRA 2010 JATUH KEPADA:
"PESERTA NO 14, ZAMZARINA BT ZAKARIA"
huhuhuhuhu...menangis tau..
sebak, pilu, gembira, terharu, semua ader...

Masa ni flash camera datang bertalu2...
Dah rasa cam artis kejap...ekekek
Tapi kan yg hairannya tu, kenapalah asalkan time gambar ibu jer, mesti ayah damia shaking...
Tu yang gambar pun blur2 tu...


Tahan2 air mata nak gugur...
Kang hitam pulak mata tu....


Ekekekekeke..
Perasan tak apa yang silap tu..
Ader ke patut diaorg salah bagi kain selempang tu...
Dia bagi 2nd punya...
Yang 1st dia bagi kat yang 2nd


Bersalam-salaman dengan Puan Zainabah, Stokis Johor..


Inilah wajah gembira seorang RATU SHADIRA...
Alhamdulilla....rezeki...
Replika diserahkan...
Tapi ceknya tak amik2 lagi ni...
So, maksudnya duitnya tak der lagi yer...
May be by this week kot Stokis akan panggil untuk berbincang program seterusnya...


Lampu2 pun hanya focus pada pemenang sahaja...
Phewitt...dah jadi macam dalam TV pulak tgk...


Alhamdullillah lagi


Menjadi perhatian...
Tapi tu lah...asalkan ader gambar ibu jer mesti shaking..tak faham ayah damia ni...
Model2 lain cun2 pulak dia amik...Tak caya??? Nanti ibu update next entry


Alhamdulillah...
TIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI...
TERUTAMA KEPADA AYAH DAMIA...DIA YANG BANYAK BAGI SEMANGAT
TAK LUPA UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK
SEBAB BERJAYA MENCABAR DIRI SENDIRI
BANYAK PENGALAMAN DAN PENGAJARAN MASA IBU JOIN BEAUTY CONTEST NI..
INSYAALLAH, KALAU ADER MASA NANTI IBU CUBA UPDATED



P/S: tunggu citer seterusnya yer...

p/s: Crown tu diaorg amik balik yer, next 2 years insyaallah ibu yang akan pakaikan kat juara baru pulak..
Ibu adalah juara yang pertama

p/s: Tak sempat nak bloghopping....kadang2 tu sempat baca, tapi tak sempat nak komen...tunggu yer kawan2...slow2

Post a Comment