Thursday, August 31, 2017

Castella Cafe, Gerik || Menikmati makanan dalam air


Meneruskan jalan-jalan cari makan cuti-cuti malaysia

Jb - KL- Bukit Merah - Gerik - Next station...

Ini Rare.. Pengalaman yang unik. Lepas tidur atas kampung air di Bukit Merah, kita makan atas air pula.

Menikmati makanan menu "bangsawan melayu pattani" yang dihidangkan dalam buluh serta menu ikan sungai bakar dan masak lemak.. 

Tapi serius celur nangka, pucuk paku, baby corn, rebung dan ulan daun yang masam (tak tahu nama) dicicah dengan sambal kicap, belacan dan sambal kerisik (betul ke nama tu) memang best sangat!

Sambil makan, sambil kaki main air sungai, atau lebih best lagi, lepas makan terjun terus sungai πŸ˜‚πŸ˜‚.. Sambil2 boleh main rakit juga kat situ..

Yang penting sila booking dulu sebelum pergi. Kami tak booking pun cuma walk in, tapi Allah permudahkan percutian kami! 

Insyallah ada peluang nak pergi lagi sini! 

#castellacafe


Teruja semuanya dapat makan dalam air sungai :-)


Burung hantu yang menyambut ketibaan para pengunjung..


Tak makan lagi tapi dah excited nak main air ya..


Menu bangsawan melayu pattani..
Ada masak lemak rebung ikan, aneka ulaman celur, pekasam dan aneka sambal..


Cepat2 makan sebab nak terjun sungai ni..


Seronok pengalaman ni..


Daim mula2 takut juga sebab air sejuk sangat.. Pastu baru ok..


Kami kan walk in, sebenarnya dah tak boleh makan kat sini. Nasib baik ada masak lemak lebih, cuma ikan bakar je tak ada.. Pun bolehlah.. Alhamdulillah..

 
Suasana disini..


Daim yang teruja..



Ok jom mandi..


Eh Daim ada ABC lah..


Kaki celup2 air semuanya..


Main rakit pula..


Phewwww.. Seronok hangpa ya!


Peace yo!


Terjun tiruk!


Wefie..


Thanks to Ayyunie snap2 gambar ni..


Suka Daim ya main2 dan makan kat sini..


Kiss sikit!


We are happy family..


Menu makanan kat sini semuanya dalam set. Paling murah RM100/set untuk 3-4 org makan. Tapi make sure booking dulu tau! Kalau tak balik dalam kehampaan. Side dishes ada ABC dan laksa penang. 

Ok.. Next destination...

















Wednesday, August 30, 2017

Shopping kerepek dan makan durian di Lenggong


Misi jalan2 cari makan cuti cuti Malaysia.

Lepas chek out dari Kampung Air, Bukit Merah Laketown Resort, singgah shopping aneka kerepek di Lenggong, Perak (ramai org jual tepi jalan sempena musim perayaan) dan eh tetiba terjumpa pula gerai durian ni.

Durian kampung original 1 kilo RM18, cendol durian RM7, pulut durian RM7 dan ada beberapa menu durian lagi. Berbaloi2 harga dan rasa.. 


Sporting makcik yang jual kerepek ni pabila diajak bergambar..


Memang sedang mencari org jual durian tepi jalan pun. Sekali nampak ramainya org kat gerai ni, terus pusing balik singgah sini sebab dah terlajak sikit tadi sebab tak perasan..


Gigih makcik ni buka durian depan kami.. Buka je, semerbak bau durian kampung ni.. Makcik senyum sebab tahu saya amik gambar kan.. Hihi sporting..


Jom nikmati durian!


Manis2 lemak2 sedikit pahit isinya.. Ini baru betul durian kampung..


Cendol durian.. 


Pulut durian..

Ok dah habis makan durian, jom kita singgah ke next station..




Monday, August 28, 2017

Bye bye Halfest 2017


πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Alhamdulillah.. Another job well done! Thanks for all the 5 great days!

Terutamanya kepada my awesome marketing team, production team, customers, ejen2 cocodamia baru, rakan-rakan usahawan strategik serta pihak2 agensi. 

Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. Insyallah kita jumpa lagi untuk next event KUD pula di PWTC.

Untuk repeatation order, paling senang boleh beli melalui 11 street (contoh taip je CocoDamia Coklat IQ bahagian search) atau dapatkan melalui ejen2 berdaftar kami.

Percayalah,
CocoDamia,
Bukan sekadar coklat biasa

#halfest2017 #cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #coklatiq #krukkkrakk #energybar

 
2 hari terakhir memang sesak..


Aleesya pun rajin nak tolong promote..


Big boss sedang menerangkan kebaikan2 coklat IQ


CocoDamia di booth no 75


Aleesya yang rajin..


CocoDamia di booth no 6


Antara ejen baru Coklat IQ CocoDamia..


Antara ejen baru Coklat IQ CocoDamia


Yeayyyy.. Dah penat jom makan..meraikan penat lelah team marketing CocoDamia yang super awesome! Kami makan di Soho seafood Bangi..


Siakap kerabu aladdin tu serius best!


Terima kasih kepada marketing team yang banyak menjayakan CocoDamia dalam event Halfest 2017 ni..

Standby untuk next event pula...










Sunday, August 27, 2017

Flight paling awal...


Anak-anak rindu nak jumpa ayahnya... Maka ibu pun bawa lah pergi jumpa.. 

Alhamdulillah.. Ibu berjaya managed anak3 naik flight.. Walaupun termengah2 juga angkat buggy dan dukung Daim turun tangga πŸ˜‚

Thanks my staffs @liana_roslan kul 4 pagi lagi dah amik kat rumah hantar gi airport 😘

Jam 7 pagi alhamdulillah sampai KLIA2, maka anak-anak pun bergumbira. Eh ibunya juga..-:)

Friday, August 25, 2017

CocoDamia di Halfest 2017

Temui Team CocoDamia di Asean Halfest 2017 bermula 23/9 hingga 27/9 di Mines Convention Centre, Seri Kembangan..


22/9/17 - Selasa

Alhamdulillah.. Team #cocodamia dah sampai Mines Exhibition Seri Kembangan untuk loading stoks!

Kalini CocoDamia buka 2 booth. Boleh datang ramai2 ke Asean Halfest bermula esok untuk dapatkan Coklat IQ, Krukk Krakk Energy Bar, praline Chocolate dan lain2 ya. Booth CocoDamia no 6 (Pavillion Teraju) dan 75 (Pavillion Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor- UPEN)

Tahun 2017 ni memang tahun Corner Lot. Dari awal tahun buka booth sampai ke event terbaru ni semua dapat corner lot. Tak pernah meminta tapi rezeki daripada Allah. 

Ok! Good luck team CocoDamia. Pengalaman Tahun 2015 kat Halfest penat sampai terduduk dan stok licin. Siap masuk suratkhabar lagi. Mudah-mudahan kalini pun sama. Aaamin


23/9/17 - Rabu - Day 1

Oraitt semua dah siap setup..


Waduh waduh..
Manis2 belaka gadis-gadis Cocodamia ni..
Semanis coklat-coklat CocoDamia yang dijual dan dipromosi mereka.. Jangan lupa dapatkan Coklat2 CocoDamia di booth No 75 dibawah Pavillion Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor ya.. Selalunya Coklat IQ CocoDamia menjadi hero lah dalam mana2 event. So cepat3 dapatkannya...



24/9/17 - Khamis - Day 2

Wahhh, kita yang beberapa kali jumpa pun segan nak selfie, big boss selamba je selfie ya...


Dah rasa Coklat IQ tu YB, kenalah beli kan...:-)


Gegadis CocoDamia yang rajin dan pandai close deal..


Tester dah makin berkurang katanya.. Baru 2 hari event..


Status tengahari semalam...

Sementara tunggu kakak Aleesya keluar sekolah, video call team #cocodamia di #halfest2017 kejap. Tanya progress dan tengok kawasan halfest 2017. Sekarang ni senang, walaupun kita tak ada kat sana, tapi semua kita boleh nampak dan tahu..

Wow! Katanya crowd makin ramai dari semalam. Mestilah! Dijangka hujung minggu ni lagi2 ramai. Uols tak pergi ke Halfest sokong produk2 Bumiputera terutamanya.
Jangan lupa dapatkan produk2 dan coklat2 CocoDamia tau! Terutama coklat IQ tu.. 

Psss.. Nak bagitau rahsia ni,  kandungan lubanah dalam Coklat IQ kalini adalah Gred AAAAA punya. Sekilo cecah hampir RM800 hingga RM1000. Memang insyallah nampak kesan yang lebih cepat. Mudah hafal, mudah ingat, mudah fokus.


Ok lah.. Nanti sambung lagi ya.. Aleesya dah keluar sekolah.. Good luck team CocoDamia!


25/9/17 - Jumaat - Day 3

Awal2 pagi lagi big boss dah hantar gambar dalam whatsapp bersarapan pagi sambil business matching dan nerworking dengan Tok Pa.. Amboi! Tapi makan dengan VVIP kena kontrol kan.. Mana nak makan, mana nak diskusi.. Tapi dapat tahu banyak info dan peluang yang kita tak didedahkan... Insyallah.. Moga ada peluang dan ruang CocoDamia pergi ke pasaran Global..


Eh jangan dicari Daim kat Halfest tu, sebab Daim ada kat Johor ni. Cuti sekolah tanpa si ayah, memang krikk krikk lah.. So jom kita gi makan dan shopping hokeyyy... Haha..

Uolss, jom ler ramai2 ke Halfest 2017 di Mines Convention Centre.. Macam2 produk halal ada dari makanan hingga ke beauty & health..

Datang ramai2 tau! Ingat jangan lupa membeli di booth CocoDamia no 6 dan 75! See you soon....