Friday, August 25, 2017

CocoDamia di Halfest 2017

Temui Team CocoDamia di Asean Halfest 2017 bermula 23/9 hingga 27/9 di Mines Convention Centre, Seri Kembangan..


22/9/17 - Selasa

Alhamdulillah.. Team #cocodamia dah sampai Mines Exhibition Seri Kembangan untuk loading stoks!

Kalini CocoDamia buka 2 booth. Boleh datang ramai2 ke Asean Halfest bermula esok untuk dapatkan Coklat IQ, Krukk Krakk Energy Bar, praline Chocolate dan lain2 ya. Booth CocoDamia no 6 (Pavillion Teraju) dan 75 (Pavillion Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor- UPEN)

Tahun 2017 ni memang tahun Corner Lot. Dari awal tahun buka booth sampai ke event terbaru ni semua dapat corner lot. Tak pernah meminta tapi rezeki daripada Allah. 

Ok! Good luck team CocoDamia. Pengalaman Tahun 2015 kat Halfest penat sampai terduduk dan stok licin. Siap masuk suratkhabar lagi. Mudah-mudahan kalini pun sama. Aaamin


23/9/17 - Rabu - Day 1

Oraitt semua dah siap setup..


Waduh waduh..
Manis2 belaka gadis-gadis Cocodamia ni..
Semanis coklat-coklat CocoDamia yang dijual dan dipromosi mereka.. Jangan lupa dapatkan Coklat2 CocoDamia di booth No 75 dibawah Pavillion Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor ya.. Selalunya Coklat IQ CocoDamia menjadi hero lah dalam mana2 event. So cepat3 dapatkannya...



24/9/17 - Khamis - Day 2

Wahhh, kita yang beberapa kali jumpa pun segan nak selfie, big boss selamba je selfie ya...


Dah rasa Coklat IQ tu YB, kenalah beli kan...:-)


Gegadis CocoDamia yang rajin dan pandai close deal..


Tester dah makin berkurang katanya.. Baru 2 hari event..


Status tengahari semalam...

Sementara tunggu kakak Aleesya keluar sekolah, video call team #cocodamia di #halfest2017 kejap. Tanya progress dan tengok kawasan halfest 2017. Sekarang ni senang, walaupun kita tak ada kat sana, tapi semua kita boleh nampak dan tahu..

Wow! Katanya crowd makin ramai dari semalam. Mestilah! Dijangka hujung minggu ni lagi2 ramai. Uols tak pergi ke Halfest sokong produk2 Bumiputera terutamanya.
Jangan lupa dapatkan produk2 dan coklat2 CocoDamia tau! Terutama coklat IQ tu.. 

Psss.. Nak bagitau rahsia ni,  kandungan lubanah dalam Coklat IQ kalini adalah Gred AAAAA punya. Sekilo cecah hampir RM800 hingga RM1000. Memang insyallah nampak kesan yang lebih cepat. Mudah hafal, mudah ingat, mudah fokus.


Ok lah.. Nanti sambung lagi ya.. Aleesya dah keluar sekolah.. Good luck team CocoDamia!


25/9/17 - Jumaat - Day 3

Awal2 pagi lagi big boss dah hantar gambar dalam whatsapp bersarapan pagi sambil business matching dan nerworking dengan Tok Pa.. Amboi! Tapi makan dengan VVIP kena kontrol kan.. Mana nak makan, mana nak diskusi.. Tapi dapat tahu banyak info dan peluang yang kita tak didedahkan... Insyallah.. Moga ada peluang dan ruang CocoDamia pergi ke pasaran Global..


Eh jangan dicari Daim kat Halfest tu, sebab Daim ada kat Johor ni. Cuti sekolah tanpa si ayah, memang krikk krikk lah.. So jom kita gi makan dan shopping hokeyyy... Haha..

Uolss, jom ler ramai2 ke Halfest 2017 di Mines Convention Centre.. Macam2 produk halal ada dari makanan hingga ke beauty & health..

Datang ramai2 tau! Ingat jangan lupa membeli di booth CocoDamia no 6 dan 75! See you soon....






No comments: