Friday, March 30, 2018

Si comel pipi merah ibu dah 9 tahun


Tarikh harini, waktu Isyak, 9 tahun yang lalu, lahirlah si comel pipi merah ibu.. 

Happy 9th Birthday Damia Ayyunie.
Walaupun dah ada adik kecik, tapi dia tetap manja seperti selalu. Untung dia sebab gelaran "adik" tu masih dipanggil hingga kini..
.

Ibu doakan Ayyunie indah akhlaknya, mendapat kejayaan sentiasa, sihat selalu, menjadi teladan kepada orang sekeliling, menjadi muslimah yang solehah dan menjadi penyelamat kepada ibu ayah serta kaum keluarga. Aaminn
.

Hadiah dah dapat di Hong Kong. Destinasi percutian pilihan Ayyunie sendiri.. Alhamdulillah..
.

Btw harini pun 1st Anniversarry galeri GO-JB Chocolate.. Baru setahun, tapi rasanya macam dah jauh perjalanannya. Syukur.. .

#damiaayyunie #turns9yearsold #happybirthday

Wednesday, March 28, 2018

Review hotel ll The Suitel


An excellent family stay for vacation.
Ada 3 bilik, 2 bilik tingkat atas dengan 1 bilik air, 1 bilik kecil tingkat bawah dengan 1 bilik air. Dining area, hall area & pantry space agak luas. Pemandangan pun cantik - city view. Dilengkapi dengan cooking facilities, washer & dryer 2 in 1 (tolong sediakan manual lagi bagus, terkial2 tengok youtube cara guna), TV besar di bawah dan TV sederhana besar dalam bilik master bedroom. Ada wi-fi dalam bilik dan aircond sejuk2 giler...haha
Facilities lain seperti swimming pool yang sangat besar dan cantik (nak ke pool pun kena naik tangga cantik) , gym, bilik karaoke, mini mart, playground dan parking yang sangat luas.
Guard sangat membantu, dan front desk staffs sangat friendly. Siap bagitau lain kali jangan booking via agoda sebab mahal. Booking terus melalui website mereka. Staff tu tunjuk harga website, beza RM100 lebih. Bukan tu sahaja, staff siap bawa kami naik lift dan tunjuk bilik siap bukakan pintu bilik lagi.. Hihi. Terima kasih.
Rasanya The Suitel ni masih baru. Tengok review pun bermula bulan Disember 2017. Perabot semua pun baru.
Kedai makan memang tak ada, so pilihan kami yang paling senang adalah order makanan melalui Foodpanda. Tak sampai 30 minit semua makanan panas kami sampai. Ini semua gara2 semua kepenatan dan malas dah nak keluar cari maka . Tapi Sunway Piramid tak sampai 10 minit dah sampai kalau nak makan2 atau jalan2.
Ok done review. Insyallah next time kalau holiday ramai2 lagi, boleh stay sini lagi.

#damiasdaimshortvacay18 #thesuitel


Mula2 masuk room ni, kagum kejap.. 
Sebelum ni pernah stay kat hotel konsep 2 tingkat macam ni kat Lotus Desaru, tapi yang ni 3 bilik.. Tu yang best tu.. 


Boleh nampak dari tingkat bawah terus ke master bedroom tempat Aleesya berdiri tu.. 


Master bedroom yang luas


Ok selfie dulu dalam master bedroom


Ni bilik sebelah bilik master bedroom..
Btw toilet atas kongsi ya.. 
Dah konsep toilet pun moden kontemporari.. 
Best! 


Ni bilik sebelah bilik master bedroom tingkat atas tu.. Tak luas sangat tapi bolehlah masih selesa.. 


Tangga nak naik ke tingkat atas.. 


Pandangan dari tingkat atas.. 
View kat luar tu best! Panorama sangat mengadap city view.. 


Bilik tingkat bawah. Memang kecik.. Sesuai untuk seorang dewasa tidur je ni. Tapi utk Aleesya & Ayyunie muat2 je ni.. 


Bilik air tingkat bawah

Kitchen area.. 
Dalam kabinet dah siap sudu, senduk, periuk, pinggan, mangkuk, dan lain2..sesuai utk set 6 orang.. 


Amboi2 tak sabar mak mertua saya nak basuh dan keringkan baju ya. Al maklumlah kami semua masa ni dah masuk 3 malam bermusafir.. 


Jenuh google cara2 nak guna washer & dryer 2 in 1 ni.. Adoii.. Asyik try n error je.. Kejap2 kering, kejap2 3 jam pun tak kering2.. Haha.. 


Otw nak ke swimming pool.. Pit stop sini kejap snap gambar. Alaaaa.. Abang ni suka betul buat muka lah kalau time bergambar... Sabooo je lah... 


Nak naik swimming pool pun bukan main tangga pusing2..


Boleh lepak2 minum air kat tengah2 tu.. 


Swimming pool cantik sangat.. 
Boleh scroll ke bawah tengok gambar.. 


Kids pool tingkat atas.. 
Tapi tak ada orang pun.. 
Semua pakat nak mandi kat pool besar ya..


Ada mini playground juga.. 
Bolehlah setakat Daim nak main slide dan kakak2nya nak main benda alah apa pusing2 tu.. Pastu masing2 pening.. Haha


Malamnya kami order makanan via food panda.. 
Pakat2 malas dah nal keluar, so order dan delivery je senang... Macam2 menu ada dalam website Foof Panda tu.. 


Betul2 bercuti dan berehat ni sampaikan keluar bilik pun malas.. Haha.. 


View dari Balkoni bilik.. 
Boleh tahan kira kereta lalu lalang yang masuk tol kat bawah tu.. Hihi
Tapi serius the view so cool walaupun tengah bandar.. 


Esok paginya... Daim dah siap2 mandi dan breakfast, eh eh boleh sambung tidur balik.. Memang betul2 bercuti dan berehat ni.. 


Ni bentuk swimming poolnya..  Bentuk kapal.. Gambar dari FB The Suitel.. 


Ruang tamu 
Gambar dari FB The Suitel


Bilik Master bedroom
Gambar dari FB The Suitel.. 


Cantikkan.. 
Kat bawah tangga ni pun boleh lepak2 dan ada sink juga.. 
Gambar dari FB Suitel


Gym
Gambar dari FB The Suitel


Cantikkan pool.. 
Tempat rehat cool sangat!


Pool selamat.. Bukan jenis yang mencuram.. Cuma tempat kedalaman yang lebih tu wajiblah dipantau oleh ibu bapa kan..

Ok.. Insyallah lain kali boleh stay sini lagi.. 

Maka tamat sudah cerita cuti-cuti Tahun Baru Cina kami.. 

Monday, March 26, 2018

Buffet breakfast Rm5 sahaja per kepala


Breakfast like a king & queen..
Serius ah sekepala hanya RM5 sahaja dan makan sampai kenyang. Siap ada live band lagi akan nyanyi dari meja ke meja.

Makanan semua best2. Pilihan sarapan pun banyak. Tempat selesa. Tapi datang lambat kena beratur ya. Sebab ramai sangat orang. 

Breakfast buffet hanya pada hari sabtu, ahad dan public holiday. Lunch buffet RM9 sekepala hanya pada hari Isnin- jumaat sahaja.

Ok next time kalau datang KL dah tahu nak breakfast like a king & queen kat mana.

Paling senang korang cari je dalam Waze nama Naan Corner Restaurant Jalan Ampang. 


Air panas air sejuk semua ada.. 


Meja hampir penub dengan orang. Lambat kena beratur ya.. 


Aneka biskut dan jem serta roti. Yang nampak kuali kat hujung tu goreng2 cekodok, pisang, ayam berempah dan aneka makanan bergoreng.. Perghh tak larat nak makan semua weii.. 


Aneka makanan berat2.. Saya makan lontong, nasi impit dan rendang je.. Tak mampu oiii nak makan semua yang terhidang.. 


Murtabak, roti naan dan roti canai pun ada.. 


Daim request lagu Aisyah. Eh ibu yang request sebenarnya sebab Daim suka lagu tu.. Pastu Daim terpana kat situ sebab live band nyanyi betul2 depan dia.. Hihi.. 


Bila dah request,  tak reti2 nak bagi duit entertaintment ke.. Daim sampai 2 kali masukkan duit dalam tabung Live Band nmrak rugi pun sebab nyanyian mereka buatkan kami sekeluarga terhibur.. 


Opsss, Daim tak mandi lagi masa ni.. Haha.. Awal sangat sarapan ya.. So balik semula hotel dan uruskan hal rumah sewa adik ayah damia.. 

Pastu kami check in dimana pula? 

P/s: Habiskan dulu entry cuti2 Raya Cina ya.. Then baru sambung entry cuti2 Hong Kong dan Kem Jati Diri 2018..

Sunday, March 25, 2018

Musim durian kembali



Dah musim dia.. Takkan tengok saja.. Tapi kalini makan berpada2 😁... Makan sorang sebiji je hadnya... πŸ˜‚


Woww.. Durian Udang Merah.. 
1 biji RM30.. 
Kami dapat harga 4 biji RM100.. 
Bolehlah... Puas hati isi tebal dan banyak ulas.. 


Excited musim durian kembali lagi.. 


Orang yang nak sangat2 makan durian ya.. Setelah beberapa hari lepas touch down je dari Hong Kong, kiri kanan nampak orang jual durian, tapi nafsu ditahan2 untuk dimakan sebab ayah damia kan sakit dada sampai masuk hospital.. .. Tu yang takut.. 


Teruja ya adik dapat makan durian.. 


Kakak pun boleh tahan.. 
Walhal sebiji sorang je ni.. 
Tapi isi banyak ulas.. 


Puas hati semua dapat makan termasuk Daim tu hah.. 


Kami makan kat Taman Sutera Utama.. 
Dekat2 traffic light nak ke Nusa Bestari.. 
Sebenarnya nak makan buffet durian.. Tapi durian kampung tak sampai2 lagi.. 


Berpada2 ya bang makan.. 
Sorang sebiji je tau.. Haha.. 


Lately nampaknya ramai yang jual durian ikut harga biji.. Tak macam bulan 12 aritu timbang kilo.. Apa2 pun ramai yang kata musim kalini menjadi.. Sebab tu banyak negeri dah mula jual durian sana sini..