Sunday, July 30, 2017

Puasa 1 bulan, raya 2 bulan..


Open house pertama semalam.
Jiran sebelah GO JB CHOCOLATE ni.. Tauke org kelantan. Patutlah ada gulai kawah dan serawa durian...:-)

Ada lagi 2 open house lepas tu. Johor ni puasa 1 bulan. Tapi rayanya 2 bulan kan.. Hihi...


Lepas open house, ke Angsana Mall pula tengok booth dan staffs kat situ... Sambil2 tinjau dan support produk2 usahawan lain. Gambar kat atas tu gambar malam sebelumnya masa loading barang kat Angsana... Lepas tu ke Pesta Durian yang viral tu kat sebelah luarnya.. 


Sebelum sambung open house seterusnya, sempat lagi sesi memanjakan diri dengan MY BIDAN HOUSE... Terima kasih Julia atas urutan yang penuh nikmat itu πŸ˜€.. Ringan satu badan!

Kesimpulannya, tuknag urut cakap badan saya:
#badanbanyakangin
#uratbersimpul
#kurangminumair

Huhu...


Sementara tu, borak apa 2 beranak ni.. Owhh hal lelaki, biarlah mereka berbicara dari hati ke hati.. Wahhh gitu...


Last Open house semalam rumah kat rumah anak murid. Makanan semua mantap & tip top.. Rasa nak tapau je sebab ada tak sempat makan πŸ™ŠπŸ™Š.. 

Siap bawa rombongan cikgu2 dan staffs pusat bahasa pelangi lagi gi bersama. Tapi balik asing2 sebab geng cikgu2 tak habis2 makan..haha.. Ya faham faham sebab tukang cuci pinggang mangkuk sekali kan..



Ok tak kiralah bulan apa sekali pun, kalau niat untuk menziarahi dan saling kunjung berkunjung untuk merapatkan ukhwah, Insyallah moga dirahmati dan diberkati kita semua. Aamin..

Uolsss masih mood beraya ke?



Friday, July 28, 2017

Done shooting!


Alhamdulillah..
Done shooting semalam..
Setiap seorang team production masuk dalam frame kalini..
Semoga hasilnya baik-baik nanti.. 

Ok harini ada lagi interview.. Non stop minggu ni interview dan shooting... 

Hujung minggu ni temui team #cocodamia di Angsana Mall ya. Ada event kat dalam tu. Kat luar Angsana pula ada Karnival makan durian. Fuhhh..(tapi baca review yang pergi banyak kata indah khabar dari berita)

#oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE


Yeahhh dah siap shooting!


Terima kasih semua!


Masing2 dengar arahan direktor


Team yang datang shooting pula siap lapkan cermin sampai berkilat


Ok fokus!


Antara scene paling sukar juga ni masuk dalam chiller..


Ok! 1,2,3.... Action..


Lepas shooting..
Siap makan bersimpuh kat bawah hokeyy..
Menikmati nasi kukus dan nasi dagang gitu..

Semoga semuanya berjalan lancar.. Aaminn..







Thursday, July 27, 2017

Riang Raya Aidilfitri 2017 @ Pusat Bahasa Pelangi

ALHAMDULILLAH..
Pada jumaat lepas bersamaan dengan 27 Syawal, Pusat Bahasa Pelangi telah mengadakan jamuan aidilfitri bersama para pelajar dan juga guru-gurunya..

Majlis memang sangat2 meriah. Padat dan agak sendat juga kehadiran ramai di Pusat Bahasa Pelangi. Rasanya tahun ni paling ramai students dan guru2 yang hadiri. Kecuali yang buat kat luar sebelum ni lah. Tu memang jemput orang luar sekali.

Makanan tak payah cakap. Memang super duper heaven. Terlampau banyak makanan. Sebab buat potluck kan. Aneka jenis makanan macam buffet hotel pula. Sebab tak nak bazirkan makanan, mana2 ibu bapa yang berada dibawah tunggu anak2, kami jemput juga naik bersama2 kami dan sebahagian makanan dibungkus untuk dibawa pulang oleh students dan para guru.


Majlis dimulakan dengan marhaban oleh Ustaz Mokhtar


See, banyak sungguh makanan..
Ni baru kat meja ni, belum meja panjang belakang sana..


Bacaan doa lepas marhaban dan sekaligus bacaan doa makan..


Aroma bau mee kari ni mengancam kata cikgu2 dan students...hihi..


Sorry tempat terhad, so terpaksa beratur ambil makanan...


Suka tengok kamu semua makan bersungguh2..


Lepas makan, dan makan lagi...;-)


Geng2 SPM...


Geng2 SPM...


Ni bahagian dessert, buah-buahan dan manisan..


Tapai pun ada koooo..


Wajah2 warga Pusat Bahasa Pelangi


Antara cikgu2 yang dah berkhidmat lama dengan kami..


Peace yoo..
Comel semuanya..


Terpaksa makan dalam kelas mana2 yang kosong...;-)


Cikgu2 bawa anak2 dan suami sekali..


Geng2 PT3


Selfie/wefie wajibbbb


Kesayangan kami!


Yang tak dapat masuk frame, kira halal lah ya...hihi..


Geng2 Form 4


Daim ngan teacher Liana ya..


Kontrol pula Daim ni..


Acara pakaian lelaki dan perempuan tercantik...


Haha..Farid menang..
Ni beli undi ni....kikiki..


Yang perempuan Aina menang...
Ni sebab ramai admire kat awak ni..


Opssss..


Ceria!


Ceria2 lagi..


Wahhhh suka tengok gambar ni!
Terima kasih uolsss support Pusat Bahasa Pelangi..


TQ juga kepada beberapa ex-students yang sudi datang melawat kami..


Budak2 SPM bersama guru2 yang mengajar mereka..


Semua dah balik..
tinggal cikgu2 le kena kemas semuanya..


Saling bermaafan antara kita ya..


Alamak!
Semua dah minta duit raya dengan bos!
Hahaha..

Terima kasih semua yang terlibat!
Terima kasih kepada ibu bapa yang terus menyokong Pusat Bahasa Pelangi...
Semoga tahun depan dan tahun2 akan datang kita buat lebih2 meriah lagi ya.

Syukur Alhamdulillah..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, July 25, 2017

Gigih masak mee kari untuk 100 orang

Jumaat
21 Julai 2017 
27 Syawal


Harini dapat Job Katering untuk jamuan raya..
Suami yang bagi job...;-)
Jadi awal2 pagi lagi dah ke Syurga Dapur..
Dengan Daim2 sekali angkut bawa gi sini..
Kakak2nya masih diulit mimpi..


Taraaaa...ni lah hasilnya..
Ni hasil untuk makan sendiri ya..
Sebab tu well prepared..

Syawal ni dah 3 kali masak mee kari..
Dari 4 orang makan hingga 100 orang makan.
Mewah lauk dalam mee ari tu..
Ada ayam, kerang, udang, fishcake, fishball dan lain2..


Ni lah rupanya mee kari untuk 70-100 orang tu..
Licin selicinnya... alhamdulillah..
Suruh ayah damia tempah katering tak nak..
Nak juga suruh isteri dia masak..
Boleh minta double payment kan...haha


Alhamdulillah...
Suka tengok semuanya makan sungguh2..
Sampai tinggal periuk kosong sahaja..
Yang tinggal mee nya sahaja..
Insyallah next time kita masak lagi ok!

#syukurselalu