Tuesday, July 4, 2017

Menu Western Raya


Terima kasih kepada para tetamu yang datang beraya malam tadi ( Ahad - 8 Syawal)

Sajian hidangan malam tadi. Semuanya menu western. Nak masak nasi atau rendang macam heavy pula malam2 kan. So simple2 je menunya..

Sandwiches telur+sosej, spagetti bolognese, mashed potato dan sweedish meatball with homemade gravy.

Moga sedaplah hendaknya. Sesungguhnya yang baik itu daripadaNya. Dan semoga silaturahim berpanjangan hendaknya. Aaaminn..


Mashed potato + meatball + homemade gravy. Ramai yang minta resepi. Nanti saya share ya.


Spagetti bolognese yang ditabur dengan parmesan cheese..


Sandwich telur + sosej. Ini yang habis dulu..


Alhamdulillah.. Sempat masak2 untuk tetamu. Hobi saya kan masak2. Hihi..


Sebelum tetami sampai kita makan dulu..


Dari jadi students, pastu ex-students, pastu ex-part timers, sekarang dah boleh jadi buddies. Terima kasih semua sudi datang beraya..tak lama lagi dah boleh bagi kad kahwin ni 😁


Dah datang beraya rumah tokey coklat, wajiblah makan coklat kan. 
Sedang menikmati sangat coklat2 #oleolecocodamia tu.. Kalau rasa tak cukup, boleh shopping ke #gojbchocolate 


Yeayy.. Daim ada kawan..


Budak sama aktif, sama lasak, sama kuat. Daim vs Aniq..



Hah, abang long kawasan dah datang. Siap buat adik daripada dia nangis lagi.. Kuss semangat..


Ayyunie jadi babysitter dah tolong suapkan Aniq makan.. Kih kih.. Dia suka melayan.. Biarkan..


Tq my ex-students, ex-PA, ex-staff, ex-Nanny for both Damias & Daim & macam2 jawatan lagi lah @dy_are_na ni pernah pegang sepanjang berkhidmat dengan saya, datang beraya semalam.. Budak terror belajar ni. Sebab tu dah tak keje ngan saya. Tapi time cuti, selalu standby mode untuk dipanggil berkhidmat lagi. Haha.. 
P/s: sejak dapat cucu, mak awak makin muda :-)


2 orang kat belah kiri tu tak pernah tak like gambar2 saya. Kalau ada 100 keping pun saya post gambar kat IG, memang diaorg takkan miss 1 like pun kat gambar tu.. Haha.. Tq Amirul & Afiq selalu like gambar2 cikgu dan support cikgu dari dulu lagi.. Semoga berjaya dalam mengejar impian masing2.

Again. Tq uolss yang sudi datang beraya ke rumah kami. Nak datang call/whatsapp je ya. Raya kan sebulan..








Post a Comment