Thursday, February 28, 2013

Khasiat Kurma Ajwa atau Kurma Nabi

Masa kat Madinah, saya sempat beli sedikit kurma, kekacang, buah tin, buah zaiton serta beberapa jenis kismis utk dibawa balik Malaysia. Antara kurma yang menjadi pilihan saya adalah kurma AJWA atau lebih dikenali kurma NABI. Kurma ni banyak khasiatnya dan merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Saya beli kurma ni dekat pasar kurma Madinah. Lebih kurang 500m dari Masjid Nabawi. Jalan kaki jer pun. Berpeluh gak nak sampai pasar kurma ni. Kami ikut pakcik yang pernah beberapa kali datang ke Madinah ni..

Harga RM120-RM160 utk kurma Ajwa ni mengikut gred tersendiri. Alhamdulillah.. Saya dapat RM90 sekilo utk kurma Ajwa gred AAA. Rezeki saya dapat harga murah sebab beli ngan kawan pakcik tu.

Kurma Ajwa ni lain sikit bentuknya tau. Saiznya sederhana, lebih banyak kedutan dan kadang2 kedutan tu ada kalimah Allah. Warnanya pun lebih hitam dari kurma2 lain. Khasiatnya boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin disebabkan kandungan buah kurma yang mempunyai barakah itu sendiri. Selain itu khasiat yang lain adalah menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf serta melembutkan perangai.

Jujurnya kalau saya tak beli atau tak sampai ke Madinah, mesti saya tak tahu betapa banyaknya khasiat Kurma Ajwa atau lebih dikenali kurma Nabi ni.. Jemput datang rumah saya utk sama2 rasa kurma Ajwa dan air zam zam ya..





Wednesday, February 27, 2013

Melimpah ruah org solat di R&R..

Tak cukup kat bahagian dalam, solat kat luar bangunan surau pun bolehlah.. Janji dapat solat kan.. Tapi make sure aurat terpelihara sebab lelaki memang mudah nampak org perempuan solat kat luar tu. Nama pun R&R kan, so banyak gerai2 makanan dan org lalu lalang ke toilet..

Oh ya ni suasana kat R&R madinah ya.. Masa ni singgah kejap utk solat jama' serta isi perut sebelum sampai Mekah yang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam lagi sampai...Apa2 pun pantang larang dalam Ihram jangan diabaikan kerana masa ni majoriti yang singgah di R&R ni berihram. Nanti tak pasal2 kena dam pula..

Apa2 pun saya hari2 menatap gambar2 saya di madinah dan di mekah dalam handphone ni... YA Allah, rindunya kat SANA.. Ni musim artis2 pula pergi umrah.. Antaranya amy search dan isteri, teh syuhada, dan beberapa lagi artis lain. Saya follow instagram isteri amy search dan dia hari2 upload gambar yang tempatnya hampir sama saya pergi tempohari..jujurnya saya sangat2 rindu..

Oh ya masa saya gi umrah tu, Ada jemaah group saya jumpa tok guru Nik Aziz dan juga pelakon Rozie Othman. Tapi pabila sampai disana, semuanya sama sahaja tak kira siapa kita di Malaysia..:))









Tuesday, February 26, 2013

Day 2 || Kolej Komuniti lagi..:))

Hari ke 2 bersama dengan pelajar2 kolej komuniti ni, dah semakin rapat pula hubungan kami..bermula dengan sesi pembelajaran teori pada waktu pagi, kemudian lepas lunch terus masuk makmal komputer utk latihan dalam kumpulan. Haha jakun jap saya masuk dalam makmal komputer tingkat 3 harini, sebab screen LCDnya semua besauu besauu. Semalam LDK dalam makmal komputer kat bawah, kompnya yang macam biasa punya.. Ni besauuu betul tgk screennya.. Tapi setiap LCD dilekatkan dengan "hak milik kerajaan".. Hihi

Makan pun best.. Ada sarapan pagi, lunch dan menu petang. Walaupun menunya sederhana, tapi kami semua enjoy.. Yang penting ilmu yang disampaikan kepada mereka dapat dipraktikkan sepenuhnya..

Lagi satu layanan staffs kepada kami pun sangatlah kami hargai. Kami minta itu ini pun semuanya diberi. Alhamdulillah, rezeki Allah kepada saya dan ayah damia melalui saluran ini.

Gambar last sekali tu cam biasa saya cilok dari FB salah seorang student kat sini. Hihi.. Suka betul ya diaorg ni ambil gambar candid saya dan ayah damia..:))

Hampir terlupa, harini salah satu silibus adalah "iklan media elektronik".. Tu yg keluar iklan jacobs tu saya tunjukkan contoh.. Hihi.. Lepas tgk 3 kali baru diaorg percaya tu saya.. Kata mereka saya nampak lagi muda di luar berbanding dalam TV.. Apa2 diaorg happy sebab celebriti yang ajar diaorg katanya.. Haha.. Pandai2 jer diaorg ni..

Ok lah esok sambung lagi day 3 ya..:))























Monday, February 25, 2013

Day 1 || Kolej Komuniti

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar...Kerjasama daripada pihak2 students dan staffs Kolej Komuniti pun sangat baik... Diharap segala ilmu yang disampaikan serta pengalaman2 kami yang tak seberapa ni dapat sedikit sebanyak berkongsi dengam students yang betul2 berminat utk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan senang nak senang. Tapi insyallah dengan Doa, usaha, istiqamah serta tawakal, tak ada apa yg mustahil.

Ok lah tgk gambar2 dulu..pagi esok sambung lagi utk bab seterusnya.. Balik kul 5 petang tadi terkejar2 pula nak ke centre sendiri ada kelas.. Dah lah bercuti lama since 1/2 haritu lagi..wajibbbb banyak yang kena perhati dan diselidiki..:))

Oh ya gambar last tu candid dari FB students seminar saya..muka penatkan saya.. Nak buat cam mana.. Rehat pun tak cukup lagi.. Perubahan waktu dan cuaca lagi.. Tapi saya tak mengeluh sebab rezeki tu kan daripadaNYA.. Pandai2lah kita uruskannya.. Wassalam..













My first day back to work!!!

My first day back to work in February after umrah.. Alhamdulillah, giving a talk about "entrepreneurship" in community college..

Sunday, February 24, 2013

Laksa origin from kelantan

Jemput makan.. Confius sudah ni minum petang atau makan malam.. Terima kasih mak sebab susah payah bimbit beg berat2 bawa laksa dan laksam dari kelantan. Oh ya mak sepatutnya sampai kul 9 pagi tadi, tapi keretapi rosak pula delay sampai kul 1 tengahari lebih.. haishh ingat kapal terbang jer delay, keretapi pun selalu delay..:))

Ok lah jemput makan semua..tok ma ngan Tok ayah damias dah balik malam tadi selepas hampir sebulan kat Johor.. Ni tukar syift ngan nenek pula..:))

Wednesday, February 20, 2013

Umrah || Mencari makanan masakan melayu di Mekah

Jangan tak percaya kat kota Mekah pun ada restoran masakan Melayu dari Malaysia. Nama restoran tersebut adalah Felda D' Saji. Hak milik penuh Felda Berhad. Terletak di tingkat 2 Bangunan Al Safwah Tower. Memang rata2 pengunjung kat situ adalah dari Malaysia.

Pagi tadi lepas subuh ayah damia ajak saya bersarapan di restoran tersebut. Kami dengar pasal restoran ni pun dari jemaah2 yang pernah pergi menunaikan haji tahun2 lepas dan pernah makan kat sini. Dengan berbekalkan keyakinan, maka kami pun berjalan lah dari hotel ke restoran tersebut. Mula2 ingatkan kat bangunan Burj Al Bait tu, lepas tanya beberapa org, rupa2nya bangunan sebelah lah.. alhamdulillah.. Tak kempunan lagi ya ayah damia nak makan roti canai.. Hihi.. Kalau tak asyik makan roti arab dan roti tempayan tu jer lah..:))

Harga pun semestinya lah ikut rate negara sana kan. Malaysia roti canai lebih kurang 60 sen hingga ke seringgit kan.. Kat Sini pastinya harga berbeza.

Gambar roti telur dan kari ayam last sekali tu saya beli kat Kedai Arab sebelah felda D'Saji tu.. Saja nak try menu roti telur arab pula... Total SR 17.. Ok lah sesuai dengan selera saya. Btw kat bangunan ni ada macam2 masakan dari India, bangladesh dan turki.. Jadi agak2 kalau nak mencuba masakan dari pelbagai Negara, bolehlah cuba di sini..







Monday, February 18, 2013

Menara jam tertinggi di dunia

Nama penuh bagi Menara jam tertinggi ini adalah Menara Abraj Al-Bait. Ianya terletak betul2 bertentangan dengan Masjidil Haram.

Gambar pertama di bawah adalah saya snap masa subuh pagi tadi. Manakala gambar kedua tu pula saya snap masa waktu malam..

Antara fakta menarik berkenaan tentang menara jam ini ialah ianya bukan sahaja paling tinggi di dunia, tapi setiap kali masuk waktu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak, akan terpancar cahaya lampu di menara jam tersebut sehingga boleh kelihatan sejauh 28km.

Selain itu, ia juga menjadi bualan kerana mozek yang digunakan utk menara jam ini diperbuat daripada emas. Emas apa saya pun tak pasti. Rasanya boleh google kot utk pengesahan fakta..

Alhamdulillah.. Finally dapat tgk sendiri Menara jam yang paling tinggi di tanah haram yang suci..



Saturday, February 16, 2013

Mengenali Kaabah

Kaabah:
Rumah pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t utk manusia beribadat. Dijadikannya kiblat utk orang2 yang beriman yang mengesakan Allah di atas muka bumi ini. Allah memerintah manusia menunaikan haji disitu. Maka datanglah manusia dari segenap pelusuk ceruk dan rantau.

Gambar dibawah adalah gambar pintu kaabah yang sempat saya snap malam tadi masa tawaf sunat. Al Multazam adalah bahagian tembok atau dinding antara hajar aswad dan pintu kaabah. Ia adalah antara tempat2 makbul doa. Syukur Alhamdulillah saya dan ayah damia diizinkan berada di sini. Subhanallah, Allahuakbar... Walaupun penuh dgn lautan manusia, tapi kalau diizinkanNya, tiada yang mustahil utk kita kerana Allah maha mengetahui.





Friday, February 15, 2013

Ni baru betul makan nasi Arab..:))

Selama ni makan nasi Arab di Malaysia je kan.. Dengan Izin Allah, dapat juga kami merasa makan nasi arab asli di negara Arab sendiri.. Hihi.. Pagi2 tadi lepas subuh singgah kat Shopping Complex Abraj Al Bait Shopping Centre utk breakfast.. Saja skip breakfast kat hotel sebab nak try makanan kat Mekah pula..:)) .. Seawal 6:30 pagi dah pergi try.. Oh ya shopping complex ni betul2 depan masjidil Haram..

Gambar bawah sekali tu adalah tea time kami lepas asar.. Makan kat shopping complex tu juga.. Saja tak nak balik hotel sebab nak gi kenal tempat org.. Ok lah jap lagi terus nak gi solat maghrib..

Tgk2 gambar dulu ya..













Thursday, February 14, 2013

Demam rindu

Saya dan ayah damia boleh katakan tiap2 hari skype-ing dan call both Damias.. Tapi dah ketentuan takdir both Damias still rindu kat kami sampaikan Aleesya demam2... Ayyunie pulak kalau call mesti tanya "bila ibu ayah nak balik, baby rindu ibu ayah".. So kalau uolss dengar cam tu tak sebak???

Pagi tadi call tok ma both damias cakap aleesya tak nak makan langsung.. Tu baru nak makan bubur mc"d bagi selera sikit.. Tapi 2-3 mulut jer makan..

Pastu bawak pula ke office baru boleh tido, kat rumah tak nak tido pula.. Agaknya dah terbiasa both damias hari2 kat office, tu yg diaorg rindu suasana office tu..

Apa2 pun semoga both Damias cepat sembuh dan sabar menanti kepulangan ibu ayah seminggu lagi.. Wallahualam..









Wednesday, February 13, 2013

Live From Mekah

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Illahi, saya dan suami dah selamat menyempurnakan Umrah yang pertama jam 3 pagi tadi. Kami sampai dari madinah dalam keadaan berihram jam 12 tengahmalam, simpan beg dalam bilik hotel terus buat umrah. Insyallah akan kami cuba buat sebanyak mampu tawaf rukun dan tawaf sunat. Saya juga doakan semoga kalian semua dapat sampai jua ke tempat yang suci dan tumpuan Islam ni.