Tuesday, February 26, 2013

Day 2 || Kolej Komuniti lagi..:))

Hari ke 2 bersama dengan pelajar2 kolej komuniti ni, dah semakin rapat pula hubungan kami..bermula dengan sesi pembelajaran teori pada waktu pagi, kemudian lepas lunch terus masuk makmal komputer utk latihan dalam kumpulan. Haha jakun jap saya masuk dalam makmal komputer tingkat 3 harini, sebab screen LCDnya semua besauu besauu. Semalam LDK dalam makmal komputer kat bawah, kompnya yang macam biasa punya.. Ni besauuu betul tgk screennya.. Tapi setiap LCD dilekatkan dengan "hak milik kerajaan".. Hihi

Makan pun best.. Ada sarapan pagi, lunch dan menu petang. Walaupun menunya sederhana, tapi kami semua enjoy.. Yang penting ilmu yang disampaikan kepada mereka dapat dipraktikkan sepenuhnya..

Lagi satu layanan staffs kepada kami pun sangatlah kami hargai. Kami minta itu ini pun semuanya diberi. Alhamdulillah, rezeki Allah kepada saya dan ayah damia melalui saluran ini.

Gambar last sekali tu cam biasa saya cilok dari FB salah seorang student kat sini. Hihi.. Suka betul ya diaorg ni ambil gambar candid saya dan ayah damia..:))

Hampir terlupa, harini salah satu silibus adalah "iklan media elektronik".. Tu yg keluar iklan jacobs tu saya tunjukkan contoh.. Hihi.. Lepas tgk 3 kali baru diaorg percaya tu saya.. Kata mereka saya nampak lagi muda di luar berbanding dalam TV.. Apa2 diaorg happy sebab celebriti yang ajar diaorg katanya.. Haha.. Pandai2 jer diaorg ni..

Ok lah esok sambung lagi day 3 ya..:))























No comments: