Showing posts with label haji dan umrah. Show all posts
Showing posts with label haji dan umrah. Show all posts

Wednesday, January 23, 2019

Hantar mak pergi umrah di KLIA


Semalam ada budak tu mandi kat Highway RnR Yong Peng.. 
Nak mandikan dia pagi2, dia masih nyenyak tidur lagi.
Al maklumlah kami gerak ke KLIA sejurus lepas hantar kakak2nya ke sekolah jam 6:15 pagi.. 
Tak kira dimana, Daim tetap ceria. 


Kami sampai di KLIA jam 11 pagi. 
Manakala nenek pula sampai penerbangan dari KB - KL jam 10:20 pagi.. 
Just nice untuk masa kami sampai tu. 

Kami berjumpa di Medan selera tingkat 2..
Amboi bukan main lagi Daim peluk nenek ya. 


Ni Daim yang ajar nenek, atau nenek yang ajar Daim buat peaceeeeee? 



Selamat menunaikan ibadah umrah mak/nenek.
 Semoga Allah menjadikan langkah mak/nenek lebih mudah dan tiada halangan serta dapat lakukan ibadah umrah dengan limpah rahmatnya. Aamin.. 


1 untuk kenangan bersama mak. 
Alahai kalau minta orang tolong ambilkan gambar,  gelap pula gambarnya.. 
Dengan Daim tak ready lagi.. Huhu
Tapi ok lah ada kenangan dan rujukan untuk masa akan datang.. 

Selepas mak kena berkumpul dan check in, maka kami pun gerak pulang ke JB dalam jam 12:30. Flight mak KL-Jeddah jam 3 petang. Pergi dengan Al-Nile Tour and Travel Kelantan. Semoga umrah mabrur mak.. Aaaminn

P/s: Walaupun penat dan agak terkejar2 untuk day trip to KL, tapi amat berbaloi.. 




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, May 6, 2015

Wordless Wednesday || Makkah-Madinah Bullet Train by 2015

From Makkah to Madinah..
The Bullet train is ready to go..
Just 1-2 hours duration..






Lazimnya perjalanan Makkah-Madinah adalah 7-8 jam dengan menaiki bas. Dengan Bullet Train, memang jimat banyak masa.

Tapi yang pasti 7-8 jam perjalanan pastinya memberi pengalaman yang berbeza. Antara yang saya masih ingat singgah di RnR yang gersang, toilet yang penuh sepenuh penuhnya dengan orang (kesabaran perlu tinggi), solat berhimpit2 di RnR (sampaikan ada yang solat di luar musolla), dapat rasa makanan arab di RnR, suasana padang pasir sepanjang perjalanan (dapat tengok unta dan kibas) dan 1001 pengalaman lagi.



Monday, April 20, 2015

Rindu kami tak akan putus...


Mana ada insan muslim yang ada iman dihatinya, tidak merasa rindu pada kaabah.

Kadang kala, muncul jua sebak didada.

Tergiang-giang panggilan solat di Kota Suci Mekah ini,

Walaupun subuh, tapi sesaknya Subhanallah..


Pemandangan waktu Subuh di Masjidil Haram..

Berlumba-lumba manusia beribadat.

Sekali sekala rindu  bertandang jua...

Semoga rindu kami tak akan putus..

Dan sampai lagi ke sini..

Salam 1 Rejab..









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, June 13, 2014

Salam Nisfu Syaaban


Nabi Muhammad s.a.w mengalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Diantara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan syabaan adalah:

- memperbanyakkan puasa sunat
- memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepasa rasulullah s.a.w
- bertaubat

Salam Nisfu Syaaban daripada saya.
Jom ramai-ramai kejar pahala.

Friday, January 31, 2014

Tahun Baru Cina 2013 || Hampir setahun CocoDamia di Pasaran





Tahun Baru Cina tahun lepas 2013, Kami berada di Mekah dan Madinah. Setiap saat memori berada disana sangat mengamit kenangan kami disini. 

Dan harini Tahun Baru Cina 2014, kami masih berusaha untuk mempromosikan CocoDamia. Tiada istilah weekends dan Public Holiday kepada kami sejak kami menceburkan bidang dan jatuh cinta dengan CocoDamia. Kerana kami percaya "Man Jadda Wajada" ( Sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti akan dapat hasilnya).

Insyallah, semoga kami terus istiqamah memperjuangkan makanan sunnah serta lubanah kepada mereka di luar sana.

Nak lebih tahu pasal CocoDamia atau menjadi rakan niaga kami, just call 010-646 8383 . Atau terus berjumpa team CocoDamia di Bangi Gateway dan Dataran Penggaram, Batu Pahat hingga ahad ini.

CocoDamia,
-Bukan sekadar coklat biasa-



Friday, July 26, 2013

Umrah 2013 II Ziarah Masjid Quba' dan Jabah Uhud

Hari kedua di Madinah, kumpulan jemaah kami sama-sama dapat ziarah ke tempat yang sepatutnya di Madinah.



Opsss, gambar terlebih cahaya pula..
Ni otw nak ke Masjid Quba' dari tempat parking bas.

Bas kami paling awal sampai...
Lepas tu dah nak balik, alamakkk!! Bukan main banyak bas lagi...berpuluh2 bas parking kat tempat sama..nasib baik tak sesat cari bas..

Masjid Quba' ialah Masjid pertama dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira2 2 batu dari Masjid Nabawi. Diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) dirumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' lalu mendirikan solat didalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah..

Dan Alhamdulillah, rata2 jemaah memang mengikut sunnah nabi tersebut.

Ayah Damia bergambar kenangan dalam Masjid Quba' dengan para jemaah yang agak rapat dengan kami..


Bestnya abang dapat bergambar dengan DSLR dalam Masjid Quba' ni ramai2..
Saya pula bergambar dengan Iphone saya sahaja, dan memang tak ada rezeki saya, tak sempat pun nak abadikan kenangan didalam blog, iphone saya dah hilang. Tak pe, insyallah..memori di Masjid Quba' terpahat utuh di Memori.


Selepas ziarah dan Solat di Masjid Quba', kami meneruskan ziarah kami di Jabal Uhud pula..
Memang dah rezeki, tak sangka antara jemaah yang turut serta dalam rombongan saya adalah isteri kepada owner kedai yang saya sewa hampir 10 tahun tu..

Bukit Jabal Uhud ni sempena perang uhud yang berlaku disitu sehingga mengorbankan ramai pejuang islam kita di tangan tentera kafir. Dan semestinya Syurga adalah balasan mereka kerana mereka mati Syahid.

Kebanyakan pengunjung dengan tertib menyampaikan salam buat para Syuhada yang terkorban dan dikebumikan di tanah perkuburan Uhud ini.


Kelihatan jua ramai jemaah yang tidak melepaskan peluang memanjat Bukit Uhud ini .


Kami juga tak lepaskan meluang ini utk sama-sama memanjat Bukit Uhud ini dan berdoa apa yang sepatutnya. 


Terdapat ramai jua peniaga-peniaga yang menjual pelbagai barangan, kekacang, akar2 dan juga lain-lain. Saya hanya beli kekacang sahaja disini kerana memang awal2 dah beli kismis, kurma dan juga lain2 di Pasar Kurma. 


Selepas itu, jemaah kami menaiki bas lagi untuk ke Ladang Kurma pula. Rata2 yang pernah datang ke sini menasihati supaya jangan mudah terpedaya dengan harga yang agak mahal di Ladang Kurma ini.. Hihihi, tepuk poket tanya hati sendiri..Oh ya, orang sangatlah sesak disini ya. Dan yang bestnya rata-rata orang arab kat Madinah ni boleh berbahasa Melayu jua.


Sempatlah saya membeli buah tin dan juga buah zaiton untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai cenderahati...:)


Antara tempat2 lain yang diziarah di Madinah 
(maaf gambar tiada sebab iphone hilang)

- Perkuburan Baqi'
- Masjid Qiblatain (masjid 2 kiblat)


p/s: Ok, ada masa sambung lagi cerita umrah 2013 kami..:)



Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, July 19, 2013

Umrah 2013 || Pengalaman dan ziarah di Kota Madinah

Salam Jumaat semua..
Dah lama sebenarnya jemari saya ni ingin membuat travelog ziarah dan umrah saya di Madinah dan Mekah. Bayangkanlah, sejak balik dari SANA febuari lalu, hati tetap rindu dan mata setiap kali sujud di sejadah, mesti terbayang Kaabah yang tersergam indah di Mekah. Perasaan bercampur baur tatkala mendengar Laungan Azan Subuh sebaik sahaja kami tiba di Madinah pada hari pertama. 

Namun apakan daya, sebaik sahaja pulang dari SANA, keadaan kerja bertambah sibuk dengan mengajar di kolej Komuniti, kemudian pula business CocoDamia (petunjuk dariNYA di SANA mungkin) bermula, dan yang pasti untuk menaip setiap langkah huruf di dalam entry ni juga memerlukan masa yang betul-betul terluang dan juga bait-bait kata yang Indah.

Lalu saya tangguhkan dan bercakap sorang diri "Insyallah, Bulan Ramadan nanti, nak tak nak aku tetap kena tulis entry ni walaupun sikit". Takut makin lama nanti makin berkubur pula niat nak kongsi bersama saat-saat indah dan ibadat di SANA nanti. Jom kita mulakan dengan ziarah di Madinah.

Semasa di Madinah, memang saya langsung tak mengeluarkan DSLR saya. Ya lah, sebab di Masjid Nabawi ni sangat strict, nak bawa kamera handphone pun tak boleh, diperiksa oleh pengawal wanita di masjid, inikan pula nak bawa DSLR yang besar gedabak itu. Namun demi untuk merakamkan sedikit memori di dalam Masjid Nabawi ini, saya letakkan handphone saya paling bawah sekali dalam beg sandang yang berisi pelbagai barang keperluan dan juga telekung solat. Alhamdulillah, saya lepas. Tetapi yang tak lepas pen digital Al-Quran saya, pengawal wanita tu siap tanya saya lagi apa ni (boleh agak walaupun dia cakap dalam bahasa arab), dan saya pun jawab "read quran, quran"...hihi terus lepas..

Dan nak dijadikan cerita mungkin rezeki saya juga, gambar2 Madinah saya semuanya saya snap dengan Iphone saya masa tu. Seawal bulan Mac lagi saya dah simpan dalam draft kat blogger. Kengkonon ada masa nanti, just taip dan publish sahaja. Namun pada bulan Mei haritu, Iphone saya kan hilang..sedih yang teramat sebab banyak gambar2 memori saya di Madinah dan Mekah diabadikan dalam Iphone tu. Tapi Alhamdulillah, seperti tahu yang Iphone saya tu akan hilang, awal2 lagi saya dah simpan gambar yang cukup bermakna ni dalam Draft.


Indahnya perkarangan di Masjid Nabawi dengan payung-payung yang cantik sekali.
Sebagaimana saya tgk di TV-TV atau dalam gambar orang, akhirnya saya dapat juga jejak kaki secara langsung disini.


Berehat sambil menikmati dan menghayati persekitaran Masjid Nabawi.


Sebelum solat sempat merakamkan kenangan di hadapan Masjid Nabawi


Manusia berpusu-pusu keluar dari masjid selepas selesai solat.
Keluar sahaja, kelihatan para lelaki ramai2 menunggu mahram masing2..ada pelbagai cara mereka memanggil mahram mereka, ada yang melambai-lambai, menjerit-jerit memanggil nama, memanjat palang dan lain-lain. Lucu pun ada. 


Pandangan waktu Magrib..
Manusia berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan tuntutan wajib..
Tersergam Indah di hadapan jemaah semua..


Pemandangan selepas waktu Isyak


Betapa bersyukurnya kami kerana dapat sujudkan kepala kami di Masjid Nabawi ini.


Masing2 khusyuk iktikaf, mengaji al-quran atau pun berzikir pabila dalam ni..
Tiada yang duduk sahaja dalam Masjid Nabawi ini..


Saya selepas waktu Isyak..


Kenangan abadi yang tidak mungkin dapat dilupakan


Alhamdulillah, walaupun manusia berpusu-pusu, tapi Allah tetap izinkan kami suami isteri senang nak jumpa di tempat yang dijanji. Mata melilau-lilau mencari sekejap, terus kami sama-sama terpandang antara satu sama lain. 


Pemandangan waktu siang di Masjid Nabawi.
Masa ni baru lepas solat Zohor.


Jalan-jalan sekitar Madinah..


Skip makan tengahari kat hotel sebab nak rasa makan ayam bakar kat Madinah..
Beratur panjang oooooooo...



Kat sini tak ada tempat makan proper, so cari mana2 bangku yang berdekatan untuk makan..
Set nasi dan ayam bakar serta roti dan kebab tu kalau tak silap (ingat-ingat lupa) SR35


Banyak peniaga yang berniaga di lorong-lorong nak ke Masjid Nabawi atau kawasan sekitar Madinah.
Sempat saya beli hampir 12 helai jubah disini untuk saudara serta keluarga.
Kebetulan dapat harga yang reasonable dengan kualiti kain, bukan kain licin yang biasa tu..


Ke Pasar Kurma..
Jalan kaki jer dari hotel..Mutawif tak bawa, ikut pakcik yang dah beberapa kali buat umrah dan haji...
Penat sedikit tapi puas hati sebab betul2 dapat menghayati suasana madinah.


Kat sinilah saya borong kismis, kurma Ajwa dan juga aneka coklat serta kekacang..
Harga orang kata lebih murah di sini berbanding di Ladang Kurma..
Apa2 pun syukur kerana ALLAH mengizinkan saya sampai ke sini bersama suami saya. 
Tanpa IzinNYA, tak mungkin saya berada di bumi Madinah ni..

Insyallah, nanti saya akan kongsikan pengalaman saya di Raudhah pula..:)

Wednesday, July 17, 2013

Kedai jual kelengkapan Haji dan Umrah di Taman Universiti, Skudai


Wahhh... Taman U dah ada kedai jual barang-barang umrah dan haji..Teringat masa saya dan suami nak cari kelengkapan ke SANA tempohari, siap google bagai kat area JB ni mana ada jual kelengkapan ni. Last2 beli kat Terminal bas larkin dan pontian.

Masa tu terdetik, alangkah bagusnya kalau ada org buka kedai jual kelengkapan haji dan umrah ni kat area2 sini. Terdetik juga nak transform butik kebaya saya kepada kedai jual kelengkapan camni. Bertambah-tambah nilainya kepada masyarakat sekeliling kan...

Tumpang happy dengan orang yang buka kedai ni kat area Taman U. Dah tak yah pening kepala nak cari kat mana lagi kalau diizinkan Allah utk jadi tetamunya lagi kan.

Oh ya kedai ni sederet dengan kafe Warisan Noor dan pejabat pos Taman U..

Friday, March 22, 2013

Umrah 2013 || Genap Sebulan!!!

Sedar tak sedar,
Dah sebulan saya meninggalkan Mekah Al-Mukarramah,
Tapi masih terbayang2 saya solat dan beribadah dalam Masjidilharam..

Oh betapa rindunya saya di SANA..
Betapa tenangnya saya di SANA..
Kerana hanya solat dan ibadah sahaja yang jadi penentu masa..

Sikit2 tanya ayah damia "bang, Zohor masuk pukul berapa ya??"
Sikit2 tanya lagi "bang, Maghrib masuk pukul berapa ya???"
Memang itulah hari2 soalan yang terpacul di mulut sebab senang nak set time pergi masjid awal.

Lepas tu kadang2 kami dah set time yang ada waktu2 kami tak balik hotel. Masing2 ambil kesempatan utk mengaji atau iktikaf dalam masjid. Lepas tu baru sama2 jumpa kat mana2 dan balik sama2 ke Hotel.

Ada masa2 tu sama2 bertanya "esok buat umrah nak?? larat tak??"..hurmm mana boleh bagi alasan tak larat kan kecuali betul2 kesihatan serta keadaan tak mengizinkan...

Semoga umrah saya dan suami bukan hanya membawa balik gambar-gambar serta memori sahaja, malah membawa balik hati yang lebih ikhlas kepadaNYA serta istiqamah dalam mengerjakan ibadah kepadaNYA..supaya juga kami menjadi Insan yang lebih baik dan sempurna dimataNYA daripada sebelum2 ini..Insyallah...

Gambar2 kenangan di Masjidilharam utk tatapan diri sendiri tatkala rindu mengundang..


Betul2 depan kaabah. Gambar selepas solat subuh.

Semoga doa2 kami dimakbulkan olehNYA dengan izinNYA..


Di atas tangga menuju ke Kaabah


Masjid yang tak pernah sunyi...


Laluan ke pintu utama Babus Salam..


Di hadapan pintu utama (1).
Disunatkan masuk melalui pintu ini utk menuju ke Kaabah..


Pelbagai bangsa, pelbagai negara, pelbagai warna kulit, pelbagai taraf dan semuanya pelbagai disini..


Insyallah, kita akan bertemu lagi yan Masjidilharam..
Ya Allah, permudahkan niat aku..

Imam saya, imam anak-anak saya dan Syurga saya..
Alhamdulillah..


Menara Jam tertinggi didunia..
Betul2 hadapan MasjidilHaram...

p/s: Sekejap jer sebulan kan...:)





Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::