Tuesday, February 27, 2018

Daim Muslim II 1 year 9 months


Yeayyy.. Harini Daim dah berusia 1 tahun 9 bulan... Kejapnya masa berlalu, lagi 3 bulan dah masuk 2 tahun.. Dah tak boleh kategori infant dah, kategori toddler pula. Adusss, harga tiket flight nanti dah tak boleh harga murah lah ya Daim. .. Sobss!

Makin besar ni makin panjang akal. Minum susu pun dah kurang, tidur tengahari pun sekali sehari, malam tidur lewat (tunggu ayahnya balik kul 10 lebih), makan memang berselera selalu, banyak objek dah boleh recognised, banyak toys dah boleh main sendiri, dah banyak faham arahan kita dan orang lain dan macam2 improvement dan achievement lah. 

Alhamdulillah..
Terima kasih Allah atas anugerah ini. Moga Daim sentiasa menjadi anak yang soleh, penyebab ibu ayah masuk syurga, taat pada orang tua dan sentiasa sihat dan bijak pandai. Aaaminn.. 


Sunday, February 25, 2018

GO JB CHOCOLATE terima Edutour dari Kelas Pendidikan Khas lagi..


Finally, terlaksana sudah lawatan sambil belajar murid-murid program pendidikan khas integrasi (masalah pembelajaran) dengan jayanya atau kata mudahnya Edutour di GO JB Chocolate.

Walaupum 22 orang pelajar, tapi peluh jantan peluh betina semua keluar.. Haha.. Ya lah budak2nya ada yang hyperaktif, ada yang obses dengan speaker besar (memang duduk je tepi speaker tak buat coklat), ada yang datang pegang2 mikrofon walaupun kita tengah bercakap, ada yang comel sangat bila kita tanya soalan semua dijawab " I don't know" haha, dan macam2 kerenah. Bagusnya diaorg tak sentuh pun barang2 kat galeri dan atas rak. Mereka dengan dunia mereka sahaja.

Memandangkan hari ni pelajar2nya dari SJKC, jadi automatik juga lah saya kena cakap dwibahasa iaitu Mandarin. Kagum betul dengan cikgu2 melayu yang mengajar kelas pendidikan khas sekolah cina. Sebab diaorg pun terpaksa pandai cakap mandarin.

Pendek kata saya memang salute dengan cikgu2 kelas pendidikan khas. Bak kata salah seorang cikgu mereka, kelas ada 6 orang je, tapi umpama ada berpuluh2 orang. Tahniah cikgu!

#edutour #lawatansambilbelajar #cocodamia #gojbchocolate #oleolecocodamia #bukanfirsttimehandlebudakkelaskhas


Sesi lawatan tengok bagaimana coklat dihasilkan


Ibu ayah yang turut naik syehhh buat coklat.. 


Sesi pembahagian bawa balik semua coklat yang mereka buat


Macam2 kerenah, macam2 mimik muka


Sesi pembahagian apron


Tak sabar nak masuk semuanya


Sesi soal jawab


Ada yang begitu tekun buat coklat


Bila dah bagi mic, takut pula nak jawab ya.. 


Terima kasih SJKC Pulai dan SK Pulai (pendidikan khas) 

P/s: Untuk tengok gambar2 edutour dari tadika/organisasi/sekolah yang lain, boleh like page Ole Ole CocoDamia ya.. Warna warni semua gambar2 pelajar yang non stop back to back datang Edutour ke GO JB CHOCOLATE ni... Terima kasih Allah.. Terima kasih semua..

Berminat nak adakan edutour di GO JB CHOCOLATE? Boleh whatsapp 0106468383..
Gerenti puas hati! 

Thursday, February 22, 2018

Resepi Mee Sup Daging


Bahan-bahannya:

3 sudu minyak jagung
3 ulas bawang putih yanh diketuk
1 inci halia yang dihiris halus
Sup bunjut
Daging yang telah direbus dan dihiris
Air rebusan daging (untuk kuah) 
Tomato
Sawi
Anak jagung
Telur
Mee kuning (dicelur air panas dan ditoskan) 
Lada putih
Garam
Perasa
Daun bawang, hirisan limau dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih dan halia dalam minyak sehingga garing. Kemudian masukkan sup bunjut. 
2. Masukkan air rebusan daging dan hirisan daging. Biarkan mendidih. 
3. Masukkan tomato, sawi dan anak jagung.
4. Masukkan pula lada hitam, garam dan perasa. 
5. Akhir sekali pecahkan telur dan biarkan telur masak (terpulang kalau suka telur goyang masak telur sekejap je. 
6. Masukkan mee dalam mangkuk. Tuangkan kuah beserta isi. 
7. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan hirisn limau. 

Slurpppp masa panas2 memang syok walaupun peluh menitis keluar nanti.. :-) 

Selamat mencuba! 

Wednesday, February 21, 2018

Coklat Praline 24 karat





Wow!

Come up with some fresh ideas after the holidays.

Client minta saya custom kan praline tema VVIP minggu lepas. Bangun tidur pagi tadi terus saya dapat ilham ni. Maka team CocoDamia pun bertungkus lumus mengikis emas2 yang ada ni.

Bukan senang juga nak buat praline ni, kena kikis 4 urat gelang emas, 2 bentuk cincin emas dan 2 utas rantai emas baru boleh siapkan 700 pcs ni πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Untunglah siapa dapat praline mahal ni 😁

Ada yang nak selit order untuk kikis semula emas kat coklat tu tak πŸ˜‚πŸ˜‚? 

#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate #praline #chocolate

Sebarang tempahan coklat boleh whatsapp 010-6468383..

Tuesday, February 20, 2018

Masih cuti Tahun Baru Cina


Budak 2 orang yang sekolah cina ni masih cuti.. Untunglah.... Ibu & ayah juga yang pagi-pagi lagi kena masuk office dan kilang.. Tapi Ayyunie cakap mana ada untungnya... Sebab duduk kat rumah kena jaga Daim... Haha..

 #damiaaleesya 
#damiaayyunie 
#sekolahcinaextracuti1hari

Monday, February 19, 2018

Holiday 3 malam 3 hotel


Alhamdulillah.. Finally sampai dah JB.. 
Tamat sudah cuti-cuti bersama mertua dan adik-adik ipar serta keluarga kecil kami. Destinasi yang dipilih Melaka dan KL sahaja. Kenapa KL? Sebab alang-alang tu hantar salah seorang adik ipar saya yang akan praktikal di Menara Tabung Haji KL. So sambil-sambil carikan rumah sewa dan beli keperluan dia sedikit, kami ambil peluang bercuti bersama. 

So selama 3 malam bermusafir, 3 hotel kami stay. Ya lah pabila dah ramai-ramai bercuti ni, pilihan hotel/apartment memainkan peranan penting juga untuk keselesaan semua serta aurat saya terjaga. 


Di Melaka, kami stay di Gold Coast International Melaka. Saya tempah 3 bedrooms apartment. Ni kali kedua keluarga kecil saya stay sini. Tahun lepas saya bawa mak saya bercuti disini dan ambil 2 bedrooms apartment. 
 

Di KL, lepas uruskan urusan praktikal adik ipar,  kami stay di chalet Flamingo by The Lake. Ambil 2 chalet.  Check in pun dah nak jam 8 malam, so kami pilih hotel yang berdekatan Ampang juga supaya dekat dengan Menara Tabung Haji. 


Keesokkannya, lepas dah selesai urusan rumah sewa adik ipar, kami free and easy. Cari dalam Agoda terhad pula apartment yang ada. Mujurlah ada The Suitel ni kat Bandar Sunway. Walaupun jauh sikit dari bandar KL, tapi berbaloi bila dah sampai sini. Ada 3 bedrooms semuanya.

So nanti saya buat review 1 by 1 lah ya berkenaan hotel2 ni. Mana tahu sesiapa yang nak bercuti ramai2 dapaf manfaar dari blog saya ni kan. Insyallah..

Tak sabar juga nak buat entry romantic dinner/valentine dinner masa kami di Melaka. Rezeki tanpa disangka tu. Alhamdulillah, berkat Che dan Ayah bercuti bersama kalini. 

Ok lah, undur diri dulu... Nanti sambung lagi.. 

Thursday, February 15, 2018

Echocardiography and stress test


Cerita semalam.. 
14 Feb 2018
Catatan untuk rujukan akan datang jika perlu.  


Haha.. Selalu cikgu ajar murid. Ni pembantu doktor ajar cikgu pula.


Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan untuk:
1. Buat Echocardiogram
2. Stress test

Sepatutnya kena ikut prosedur dari 1st step semula sebab tak nak masuk ward dan case close. Tapi dengan bantuan one of parent yang kerja di department jantung hospital, dapat korek balik data di emergency, buka semula case dan terus buat test. You know who you are. 

Cuma stress test kena buat appointment lain kali sebab bacaan BP sangatlah tinggi. Haihh.. Entahlah suamiku ni, bacaan normal sepanjang seminggu pantau ni 158 - 171.. 


Ni lah test Echocardiography tu.. Haha.. Husband buat lawak macam spa.. Sebab lampu romantik, katil pun macam kat spa dan kena buka baju... Kiki.. 


Terima kasih kepada semua ibu bapa dan pelajar2 serta staff2 #pusattuisyenpelangi dan staffs CocoDamia terutama family jauh yang sangat prihatin akan kondisi Cikgu Khai ni. Ramai yang sayang awak abang! So please makan ubat ya.

P/s: Faktor utama darah tinggi ni kemungkinan besar kata doktor sebab keturunan. Sebab ayah damia bukan smoker, umur masih muda, dan gaya hidup pun biasa2 tak bercampur dengan perokok.. Cuma makan tu adalah kadang2 terlebih batas, so lepas ni pemakanan pun kena jaga juga. 

P/s: On vacation now.. Later update.. 


Tuesday, February 13, 2018

Resepi Makaroni Kari Bakar


Makanan kegemaran suami ni. Dah lama sangat tak masak makaroni kari bakar ni. Tapi lately tiap2 minggu kena masak sebab anak2 request. 

Ayyunie cakap "adik bagi 5 bintang". Kalau boleh dia nak makan semua yang saya buat, tapi saya dah warning manja² simpan untuk ayahnya juga dan jangan tamak.. 

Ok, ni saya share resepi cara saya ya.

RESEPI MAKARONI KARI BAKAR

Bahan-Bahan :

400g makaroni (Direbus hingga lembut dan toska )
400g daging kisar
2 sudu rempah kari maggi
3 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 biji capsicum dipotong dadu
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1/2 tin susu cair 
4 biji telur - dipukul bersama sedikit garam
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Bawang goreng
Daun sup
Hirisan cili merah
Sedikit minyak dan butter untuk menumis

Cara-cara Membuatnya:

1. Tumis bahan yang dihiris halus bersama rempah kari hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak. 
3. Masukkan capsicum, susu cair, sos cili dan sos tomato dan dimasak sebentar. 
4. Masukkan makaroni yang ditos dan gaul sehingga rata. -
5. Kemudian masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang pembakar, tuangkan telur yang dipukul diatas makaroni, tabur mozerella dan cheddar cheese mengikut sukatan suka masing2. 
6. Bakar selama 15 minit dgn suhu 200'c (saya guna convection oven) 
7. Apabila siap boleh taburkan bawang goreng, daun sup dan hirisan cili. 
8. Tak payah tunggu sejuk, panas2 pun masing2 dah tak sabar nak makan.

Selamat mencuba. #makaronikaribakar #makaronibakar



Ni yang masak semalam. Licinnn uolss.. 

Sunday, February 11, 2018

Birthday celebration untuk mak mertua



"First time seumur hidup Che, dapat suprise suprise birthday macam ni".
Kata Mak mertua saya kepda kami semua...
Terharunya dia, kami pun turut terharu juga..


Btw perancangan asalnya lain, tapi last minute tukar ke perancangan sebegini..
Insyallah..pasti ada tertulis hikmahnya kan..


 Betapa gembiranya Che, siap suruh anak bongsu dia masukkan gambar2 dan video dalam FB terus, supaya yang lain-lain dapat tengok juga kemeriahan kami disini..


Memang panggilan saya dan suami serta adik beradik suami yang lain panggil Che, 3 beradik yang kebawah je panggil Ma..


We are happy family...


Betapa sportingnya la hai ayah dan mak mertua saya..


Hahaha..Ayyunie monyok makanan lambat sampai...


Seafood platter....paling lambat sampai..agaknya mau dekat sejam tunggu..sampaikan ayah mertua saya kata agaknya tukang masak gi tangkap ikan kat laut dulu kot..hahahaha


We enjoy the food walaupun lambat sikit..
Menu semalam kami order banyak western...


Yeayyy...lepas dapat suprise birthday song dan birthday slices cake..


We really enjoy the moment..
Semoga terpahat selalu dalam ingatan Che...


2 slices Nutella cheese cake..
RM14.90 per slices..
Agak muak bagi orang tua makan, tapi ok lah bagi kami..


Selepas adegan suap menyuap dalam video..ewahhh..


And the master planner..

Kebetulan family in law datang jalan2 ke JB...kebetulan birthday mother in law...kebetulan ayah damia pun tak berapa sihat sebab darah tinggi..tapi semua kebetulan tu Allah dah rancang sebaik2nya kan..

Happy Birthday Che untuk yang ke 57..
Muda lagikan mak mertua saya ;-)
Semoga Che panjang umur dan jangan berhenti berdoa untuk anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya....
Aaamiinn...

P/S: Oh ya, tempat celebrate dan party deco adalah di Fork N Dagger by Agora, Jalan Dhoby, JB







:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, February 10, 2018

Big family, big dinner


Semalam family in law saya datang dari Kelantan. Datang jalan-jalan sampai cuti Raya Cina. Kebetulan juga ayah damia pun tak berapa sihat, so memang betullah instinct seorang ibu ni hebat kan. Sebab pesen ayah damia kalau sakit ke apa memang susah nak bagitau family dia. Takut menyusahkan da  membuatkan orang tua tak senang duduk nanti. 


Mereka sampai dalam tengahari. Kebetulan saya dan ayah damia ada edutour dikilang. Lepas mereka singgah kilang kejap terus balik rumah. 

Dan malamnya baru berkesempatan bawa mereka keluar dinner. Kami pilih R&R Bistro sebab layanan memang first class dan makanan pun sedap. Nasi, air semua mereka servedkan. Sambil2 halwa telinga dengar band yang menyanyi secara live. 


Yeayyy! Makanan dah sampai. Jom jamu selera.. 


Kami order set ni. RM280 per set. Menunya ikan siakap masak nyonya, ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng telur masin, sotong goreng tepung, tauhu masak apa ntah, tom yam campur, kailan ikan masin, air oren 1 jug, 1 sirap 1 jug, 1 kosong 1 jug, nasi 2 mangkuk besar untuk 7-8 orang makan. Memang puas hati sebab semuanya habis.

Alhamdulillah.. 

Thursday, February 8, 2018

Panik suami diserang sesak nafas


Semalam (7/2/18) Allah beri saya pengalaman hebat melalui suami saya. Cammana nak handle suami yang disyaki serangan jantung.

Panik? Haruslah. Situasi pula masa tengah otw ambil both Damias balik dari sekolah petang dan tuisyen petang kul 7. So memang kelam kabut. Sebelum ambil Ayyunie, saya dapat whatsapp suami suruh hantar ubat cap kapak dan urut dada dia sebab sesak nafas. Dah lega, saya keluar ambil ayyunie (dah lambat) dan terus ambil aleesya. Dapat whatsapp lagi suami tak tahan sangat nak gi klinik pula.

Sampai klinik je, terus attendant kat kaunter jerit "red alert red alert".. Aduss makin panik saya.

Selepas makan ubat dan pemeriksaan wayar berselirat tu, Dr beritahu suami saya darah tinggi melampau bacaan 240, hypertension, kolestrol tinggi dan mungkin saluran jantung sempit. Kena pemantauan selalu sebab takut serangan jantung..so Dr buat surat untuk refer kecemasan terus kat hospital.. Allah.. Macam2 dah bermain dibenak kepala.

Ikutkan suami tak nak pergi hospital walaupun masih sakit lagi. Masih fikirkan kelas dia lagi. Saya terus hantar whatsapp kat staff admin tuisyen tanya solution, then they make it to handle. Alhamdulillah.. 

Bergegas hantar anak2 balik rumah pula. Takkan nak bawa semua bertapa kat hospital kan (sebab dah boleh agak kalau bab2 jantung ni corfim kena masuk wad). 

Dipendekkan cerita, sampai kecemasan 8:30 malam ( tunggu tak lama pun walau orang ramai sangat), terus refer yellow zone. Tup tap tup tap urus ni urus tu 2:12 pagi baru selesai semuanya. Sorry bukan semuanya selesai sebab suami tak nak masuk wad sebab harini banyak appointment dan kerja kena buat. Huhuhu.. Punyalah payah nak sign Surat Akuan Discaj atas Risiko Sendiri. Macam2 Dr datang bagi tazkirah suruh juga masuk wad tunggu final report tengok cam mana. But what to do πŸ˜₯.. 

Harini anak2 tak gi sekolah sebab kami pun penat kul 3 pagi sampai rumah but guess what? Kul 9 pagi suami request Uber, nak gi ambil kereta lagi satu yang ditinggalkan kat office semalam. Dan kul 10 masuk meeting. Dah selesai meeting tu, now dia tengah sibuk pula dengan technicians yang hantar part of machine yang kena modified balik kat kilang.
 

 Fuhh... Ya Allah, kau lindungilah suamiku dan panjangkan usianya. Aaminn..


Masa ni baru balik dari buat X-Ray.. Sempat lagi record video buat kenangan.. 


First time merasa dan melihat gelagat pesakit dan kesibukan kakitangan KKM di bahagian Kecemasan.. 


Buat kenangan ya bang. Insyallah first and last. Tak nak masuk sini lagi dah.. 


Kul 12 malam tengah tunggu X-ray.. Nasib baik kejap je. Nak tunggu result tu lambat. Alhamdulillah paru2 ok, jantung tak bengkak. 


Yes, dari bulan 12 sampai sekarang pusat tuisyen kami  sangat2 sibuk. Campur lagi kesibukan di CocoDamia, mungkin faktor kepenatan kot.. Tension tak ada lah rasanya.. Sikit2 stress tu biasalah. 


Paling lama kami menunggu kat wad pemerhatian ni. Nak tunggu pakar jantung datang check berkurun, nak tunggu Dr lain bagi pengesahan surat akuan discaj atas risiko sendiri pun berkurun. Tapi kami faham.. So redha menunggu. Last2 tumpang lelah kat wheelchair suami. Hahaha.. Dia ada katil pun tak nak duduk sebab memang betul2 tak nak masuk wad. 


My staff whatsapp gambar ni.. Kat 3 jam dia dok tunggu installation part of machine ni.. Sampai nak kul 4 petang baru nak makan lunch.. ALLAH.. Workaholic sungguh suamiku ni. But what to do dia kata, business is business. Bukan macam sesetengah pekerja sakit sikit dapat MC suka dapat cuti. Kalau boleh nak tambah lagi cuti tu kan. Moga Allah memandang setiap inci kesungguhan dan usaha abang. Insyallah..