Thursday, February 8, 2018

Panik suami diserang sesak nafas


Semalam (7/2/18) Allah beri saya pengalaman hebat melalui suami saya. Cammana nak handle suami yang disyaki serangan jantung.

Panik? Haruslah. Situasi pula masa tengah otw ambil both Damias balik dari sekolah petang dan tuisyen petang kul 7. So memang kelam kabut. Sebelum ambil Ayyunie, saya dapat whatsapp suami suruh hantar ubat cap kapak dan urut dada dia sebab sesak nafas. Dah lega, saya keluar ambil ayyunie (dah lambat) dan terus ambil aleesya. Dapat whatsapp lagi suami tak tahan sangat nak gi klinik pula.

Sampai klinik je, terus attendant kat kaunter jerit "red alert red alert".. Aduss makin panik saya.

Selepas makan ubat dan pemeriksaan wayar berselirat tu, Dr beritahu suami saya darah tinggi melampau bacaan 240, hypertension, kolestrol tinggi dan mungkin saluran jantung sempit. Kena pemantauan selalu sebab takut serangan jantung..so Dr buat surat untuk refer kecemasan terus kat hospital.. Allah.. Macam2 dah bermain dibenak kepala.

Ikutkan suami tak nak pergi hospital walaupun masih sakit lagi. Masih fikirkan kelas dia lagi. Saya terus hantar whatsapp kat staff admin tuisyen tanya solution, then they make it to handle. Alhamdulillah.. 

Bergegas hantar anak2 balik rumah pula. Takkan nak bawa semua bertapa kat hospital kan (sebab dah boleh agak kalau bab2 jantung ni corfim kena masuk wad). 

Dipendekkan cerita, sampai kecemasan 8:30 malam ( tunggu tak lama pun walau orang ramai sangat), terus refer yellow zone. Tup tap tup tap urus ni urus tu 2:12 pagi baru selesai semuanya. Sorry bukan semuanya selesai sebab suami tak nak masuk wad sebab harini banyak appointment dan kerja kena buat. Huhuhu.. Punyalah payah nak sign Surat Akuan Discaj atas Risiko Sendiri. Macam2 Dr datang bagi tazkirah suruh juga masuk wad tunggu final report tengok cam mana. But what to do 😥.. 

Harini anak2 tak gi sekolah sebab kami pun penat kul 3 pagi sampai rumah but guess what? Kul 9 pagi suami request Uber, nak gi ambil kereta lagi satu yang ditinggalkan kat office semalam. Dan kul 10 masuk meeting. Dah selesai meeting tu, now dia tengah sibuk pula dengan technicians yang hantar part of machine yang kena modified balik kat kilang.
 

 Fuhh... Ya Allah, kau lindungilah suamiku dan panjangkan usianya. Aaminn..


Masa ni baru balik dari buat X-Ray.. Sempat lagi record video buat kenangan.. 


First time merasa dan melihat gelagat pesakit dan kesibukan kakitangan KKM di bahagian Kecemasan.. 


Buat kenangan ya bang. Insyallah first and last. Tak nak masuk sini lagi dah.. 


Kul 12 malam tengah tunggu X-ray.. Nasib baik kejap je. Nak tunggu result tu lambat. Alhamdulillah paru2 ok, jantung tak bengkak. 


Yes, dari bulan 12 sampai sekarang pusat tuisyen kami  sangat2 sibuk. Campur lagi kesibukan di CocoDamia, mungkin faktor kepenatan kot.. Tension tak ada lah rasanya.. Sikit2 stress tu biasalah. 


Paling lama kami menunggu kat wad pemerhatian ni. Nak tunggu pakar jantung datang check berkurun, nak tunggu Dr lain bagi pengesahan surat akuan discaj atas risiko sendiri pun berkurun. Tapi kami faham.. So redha menunggu. Last2 tumpang lelah kat wheelchair suami. Hahaha.. Dia ada katil pun tak nak duduk sebab memang betul2 tak nak masuk wad. 


My staff whatsapp gambar ni.. Kat 3 jam dia dok tunggu installation part of machine ni.. Sampai nak kul 4 petang baru nak makan lunch.. ALLAH.. Workaholic sungguh suamiku ni. But what to do dia kata, business is business. Bukan macam sesetengah pekerja sakit sikit dapat MC suka dapat cuti. Kalau boleh nak tambah lagi cuti tu kan. Moga Allah memandang setiap inci kesungguhan dan usaha abang. Insyallah..

No comments: