Tuesday, February 13, 2018

Resepi Makaroni Kari Bakar


Makanan kegemaran suami ni. Dah lama sangat tak masak makaroni kari bakar ni. Tapi lately tiap2 minggu kena masak sebab anak2 request. 

Ayyunie cakap "adik bagi 5 bintang". Kalau boleh dia nak makan semua yang saya buat, tapi saya dah warning manja² simpan untuk ayahnya juga dan jangan tamak.. 

Ok, ni saya share resepi cara saya ya.

RESEPI MAKARONI KARI BAKAR

Bahan-Bahan :

400g makaroni (Direbus hingga lembut dan toska )
400g daging kisar
2 sudu rempah kari maggi
3 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 biji capsicum dipotong dadu
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1/2 tin susu cair 
4 biji telur - dipukul bersama sedikit garam
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Bawang goreng
Daun sup
Hirisan cili merah
Sedikit minyak dan butter untuk menumis

Cara-cara Membuatnya:

1. Tumis bahan yang dihiris halus bersama rempah kari hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak. 
3. Masukkan capsicum, susu cair, sos cili dan sos tomato dan dimasak sebentar. 
4. Masukkan makaroni yang ditos dan gaul sehingga rata. -
5. Kemudian masukkan semua bahan tadi ke dalam loyang pembakar, tuangkan telur yang dipukul diatas makaroni, tabur mozerella dan cheddar cheese mengikut sukatan suka masing2. 
6. Bakar selama 15 minit dgn suhu 200'c (saya guna convection oven) 
7. Apabila siap boleh taburkan bawang goreng, daun sup dan hirisan cili. 
8. Tak payah tunggu sejuk, panas2 pun masing2 dah tak sabar nak makan.

Selamat mencuba. #makaronikaribakar #makaronibakar



Ni yang masak semalam. Licinnn uolss.. 

Post a Comment