Thursday, February 1, 2018

Cabaran membuat Rainbow Pralines CocoDamia


Masa client dari Art's Cool Studio beritahu yang mereka nak coklat yang sama tema dengan warna baju dan trademark mereka,  dan mereka serah bulat² kepada saya untuk buat keputusan dalam design coklat (serah kepada pakar kata mereka) , takut juga tak dapat memenuhi kehendak mereka.
.
2-3 malam juga lah tidur lewat dok study pasal rainbow praline ni.
.
And finally, inilah hasilnya separuh hari saya disini. Bukan sekali buat terus jadi. Berkali-kali juga try and error supaya hasil yang dapat adalah berkilat, smooth, tidak serabut dan menyerlah.
.
Bukan senang nak buat ni. Bukan cairkan coklat putih dan letak pewarna ya. Kalau cam tu senang kerja. Tapi ni banyak bahan2 advance lain yang digunakan.
.
Alhamdulillah. Hopefully pihak clients suka dan teruja.
.
Korang komen sikit ok tak rainbow praline ni?

#cocodamia #gojbchocolate #praline #dahnampakmacamgulipula


Ramai komen kat FB macam guli dan mainan.. Kih kih.. 


Penuh kesabaran dan ketelitian serta kepantasan masa nak deco warna warni tu.. 


Alhamdulillah.. Clients pun teruja juga masa whatsapp gambar2 ni..

Bagi sesiapa yang nak custom made praline mengikut tema atau imaginasi sendiri, jemput datang ke Galeri GO JB CHOCOLATE untuk bincang2 atau food testing ya. 

Terima kasih semua customers..
Post a Comment