Showing posts with label my school. Show all posts
Showing posts with label my school. Show all posts

Wednesday, April 13, 2022

Iftar bersama staffs di Trinidad Suites Puteri Harbour


8/4/2022 - Jumaat - Ramadan Day 6

Iftar bersama staffs yang sentiasa bersama Pusat Bahasa Pelangi dari sebelum Covid, semasa Covid dan hinggalah saat endemik ini. Terima kasih semua 🌹..

Rezeki kami dapat Iftar dalam suasana umpama cafe ini kami yang punya 😁. 
Tiada guests lain selain group kami 10 orang dan sepasang couple.
 Syokk sembang2 buat macam rumah sendiri 🤭. 
 
Btw nak book untuk 10hb sebenarnya. Tapi fully booked lah pula. 
So kami decided tarikh Iftar  diawalkan pada 8hb yang mana itulah hari pertama hotel ini buka untuk orang ramai berbuka puasa.

Konsepnya disini adalah semi buffet. Main course akan dihidangkan di setiap meja. 
Manakala appetiser, dessert, aneka mee, bubur lambuk, minuman dan makanan ringan lain adalah secara buffet. Main course akan bertukar setiap minggu. 
Makan macam ni pun dah kenyang sangat2. Yang penting tak membazir dan tak payah kesana kesini sangat untuk mengambil makanan (dasar malas bangun, hahaha).

Review:
Foods 4/5 ⭐. 
Layanan 5/5 ⭐.
Tempat 4/5 ⭐. Kapasiti tak luas sangat utk ramai orang. Tapi open space.
Surau 5/5 ⭐. Ni paling puas hati. Sebab bilik hotel dijadikan surau. Luas dan selesa. Kena ambil kad access untuk naik lift ke bilik.
Parking 5/5 ⭐. Banyak boleh parking depan hotel atau basement.
Harga 5/5 ⭐. Sangat berpatutan untuk konsep semi buffet ni. Hanya RM49/person. 
Siap free voucher lagi tau! Tapi tak sure sekarang ada lagi tak promosi voucher tu.

Sekian review ikhlas dari saya..

P/s: Dulu nama hotel ni Somerset. Baru ni pengurusan baru ambil alih dan tukar nama hotel. Kalau siapa2 biasa makan kat MANA CAFE, hah mesti tahu lokasi hotel ni..

#ramadanday6
#iftar2022
#ramadanbuffetjb
#ramadanbuffet
#ramadanbuffetjohor
#trinidadsuitesputeriharbour


Tak ada orang lagi masa ni, so ambil kesempatan posing sana posing sini..


Sudut buffet


Sudut buffet


Sudut buffet


Ingatkan kami terlebih awal sampai, rupa2nya memang group kami je yang ada dengan 1 couple lagi.


Syokk ada ulam-ulaman dan pelbagai ikan kering ni..
Sis siap ambil makan budu tau..


Ok posing lagi..


Budak kena paksa ambil gambar...
Makin besar makin susah nak bergambar..
Tu pakai baju ibu..apoooo? Muat dah weiii anak2 ibu pakai baju ibu..
Aleesya tadi pun pakai baju ibu juga..


Halah halah my handsome boy..
Rasmi baju raya buat iftar..


Dalam pukul 7, main course akan dihidang..


Antara lauk pauk kami haritu adalam Siakap sweet sour, masak lemak cili api udang galah, ayam panggang dan sayur goreng...cukup mewah dah haihh...


Pasangan baru kahwin bulan 11 tahun lepas..
Siapa sangka jodoh bertemu di Pusat Bahasa Pelangi.
Sorang Alumni, sorang lagi staffs kami hingga kini..


3 set semuanya hidangan kami..


Say cheese..
Tudung biru depan sekali tu pun staffs juga...haha
Ayah dia bayar gaji untuk buat nota, buat poster, jaga sosial media etc..


Bos besar sedang meeting supaya semua staffs lebih bersedia untuk kelas fizikal selepas raya nanti.


Macam biasa, acara bergambar ramai2 sebelum pulang..


Nak buat tik tok, tapi boss besar tak dengar arahan...kui kui..


Ruang solat yang sangat selesa..
Diberi 1 card access untuk naik lift ke bilik solat..
Perempuan solat dalam bilik master bedroom..


Manakal lelaki solat kat hall..


Memang selesa dan sangat mewah tempat solat pun..
Diberi suites 23 bilik siap 3 toilet..



Last but not least, buah apa ni siap jeruk dengan kulit2 dia..
Kalau termakan mau luka lidah nanti..
Buah kelubi atau buah salak erkk?









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, March 29, 2021

Grill & Chill with the graduate @ Pulai Spring Resort || SPM PROMAX 2020


School holiday just started.
Selalunya cuti sekolah bulan Mac ni, Pusat Bahasa Pelangi akan mengadakan Kem Jati Diri untuk students.
Tapi memandangkan tahun ni masih belum boleh buat aktiviti luar lagi bersama students, maka kalini kami buat acara BBQ Buffet dinner bersama dengan pelajar-pelajar SPM Promax 2020. 
Eh dah habis SPM, tak boleh panggil pelajar2 dah kan..hiiiii...
Ok gambar model kat atas ikut dress code: White & jeans ;)


Raikan sekecil-kecil kejayaan tanda bersyukur..
Nanti kejayan besar akan menyusul..

Memang tujuan event ni adalah untuk raikan students SPM Promax 2020 yang baru je merdeka exam SPM beberapa hari lepas. Batch paling lama belajar di Pusat Bahasa Pelangi. Penuh dengan badai melanda, roller coaster dan onak duri.. Finally, habis pun exam SPM kan.


TQ Cikgu Khai sponsor event ni.
Dan tq juga pada parents yang ada bagi sumbangan untuk menjayakan program ni.


Disclaimer: Masa bergambar ni je terpaksa rapat2 dan buka mask kejap. 
Kalau tak, tak masuk frame nanti.



Pukul 6 semua sampai, so aktiviti pertama adalah bergambar dulu sebelum matahari melabuhkan tirainya. Takut nanti gambar kelam dan kusam bila senja muncul.


Berkumpul dan briefing kejap.


Halah halah...manis2 semuanya..


Alhamdulillah...semua ikut tema dress code.
Siap ada AJK disiplin lagi tau supaya semua tetamu ikut SOP..


Jam 7 malam,  dah boleh start makan2...
Weiii..apesal cikgu tengok korang dah macam pekerja katering kat hotel tu..
Hahaha..


Teacher Ayna..
Yang mengajar subjek english semua peringkat di Pusat Bahasa Pelangi..


Makanan2 di Pulai Spring Resort memang tidak pernah menghampakan dari dulu..


BBQ Section..
Semuanya sedap...
Fresh dan panas2...


Daging harimau menangis anyone?


Saya memang ulang alik ulang alik punggah lamb chop dan udang tu je..


Salad section


Sambil2 makan, gilir2 tunaikan solat maghrib di bilik hotel masing2..
Lebih separuh dari students yang hadir  stay kat hotel.
Termasuklah kami sekeluarga..
Yang tak stay hotel, boleh solat kat surau hotel yang disediakan.


Then majlis tukar-tukar hadiah pun bermula..
Semua tetamu tak balik dengan tangan kosong..


Hah ni budak2 perempuan dan teacher sekali kena denda buat tik tok sebab kalah game teka2 lagu..


Daim pun dapat hadiah juga..
Tapi tak tukar dengan sesiapa pun..
Ibu beli siap2 spare bagi kat dia..
Kang dia nampak semua dapat hadiah, apesal dia sorang tak dapat..haruuuu


Dalam jam 9:30 malam, majlis pun bersurai..
Hurmmm biasalah...sebelum masing2 balik..
Boomerang lah, tik tok lah, stories lah, reels lah, snap sana snap sini lah...
Hihihi...


Sebelum masing2 membawa haluan sendiri nanti..
Banyak kenangan offline dan online dengan mereka ni.
Semoga kejayaan besar menanti kamu semua di masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi untuk
 team PUSAT BAHASA PELANGI.
InsyaAllah...keputusan SPM keluar nanti, kita raikan lagi.
Aaaaminnn




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, February 28, 2021

Deko-deko di Pusat Bahasa Pelangi sempena "Welcome back to tuition"



2 hari deko-deko di  Pusat Bahasa Pelangi sempena 
"Welcome Back to Tuition" & welcoming students untuk Sesi 2021 pada 8/3 ni.

Simple deko je. Pasang wallpaper dan Vinyl bagi nampak lagi luas dan lebih cerah.


Buat sendiri je semua kami anak-beranak.
Apa yang penting?
Kerjasama..


Hari pertama tu fokus tampal wallpaper je..


Tak susah mana pun tampal wallpaper jenis ni berbanding wallpaper jenis gulung tu..


Hari kedua pula fokus pasang vinyl.
Pun tak susah mana sebab guna yang sticker berbanding yang gam tu..


Ni bilik transit anak3.
Pun deko2 juga bagi wajah baru sikit...
Macam tahun2 sebelum ni..
Kat bilik transit ni lah anak3 akan siapkan homework, mandi, makan, rehat, nap sekejap sebelum sambung sekolah agama sesi petang dan tuisyen sesi malam.
Daim pun dah tukar tadika ke Taman U mulai esok (1/3).
Senang sekaliharung uruskan 3 beradik tu setempat.


Ngam2 habis je pasang vinyl, students SPM Promax tiba2 datang singgah nak tanya soalan math & add math dengan Cikgu Khai. Siap bawa pizza dan kek lagi ya. Kiranya korang datang rasmi nak duduk atas vinyl baru lah ni ya. Hihi...

InsyaAllah..
Doakan anak3 kita dilindungi olehNya dan dijauhi dari sebarang penyakit berjangkit. 
Dan semoga sektor Pendidikan kembali seperti biasa.
Aaaminn..

p/s: Bagi yang nak daftar tuisyen secara bersemuka bermula 8/3/21 ni, boleh whatsapps Cikgu Khai di talian 0127507659 ya.


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::