Wednesday, April 13, 2022

Iftar bersama staffs di Trinidad Suites Puteri Harbour


8/4/2022 - Jumaat - Ramadan Day 6

Iftar bersama staffs yang sentiasa bersama Pusat Bahasa Pelangi dari sebelum Covid, semasa Covid dan hinggalah saat endemik ini. Terima kasih semua 🌹..

Rezeki kami dapat Iftar dalam suasana umpama cafe ini kami yang punya 😁. 
Tiada guests lain selain group kami 10 orang dan sepasang couple.
 Syokk sembang2 buat macam rumah sendiri 🤭. 
 
Btw nak book untuk 10hb sebenarnya. Tapi fully booked lah pula. 
So kami decided tarikh Iftar  diawalkan pada 8hb yang mana itulah hari pertama hotel ini buka untuk orang ramai berbuka puasa.

Konsepnya disini adalah semi buffet. Main course akan dihidangkan di setiap meja. 
Manakala appetiser, dessert, aneka mee, bubur lambuk, minuman dan makanan ringan lain adalah secara buffet. Main course akan bertukar setiap minggu. 
Makan macam ni pun dah kenyang sangat2. Yang penting tak membazir dan tak payah kesana kesini sangat untuk mengambil makanan (dasar malas bangun, hahaha).

Review:
Foods 4/5 ⭐. 
Layanan 5/5 ⭐.
Tempat 4/5 ⭐. Kapasiti tak luas sangat utk ramai orang. Tapi open space.
Surau 5/5 ⭐. Ni paling puas hati. Sebab bilik hotel dijadikan surau. Luas dan selesa. Kena ambil kad access untuk naik lift ke bilik.
Parking 5/5 ⭐. Banyak boleh parking depan hotel atau basement.
Harga 5/5 ⭐. Sangat berpatutan untuk konsep semi buffet ni. Hanya RM49/person. 
Siap free voucher lagi tau! Tapi tak sure sekarang ada lagi tak promosi voucher tu.

Sekian review ikhlas dari saya..

P/s: Dulu nama hotel ni Somerset. Baru ni pengurusan baru ambil alih dan tukar nama hotel. Kalau siapa2 biasa makan kat MANA CAFE, hah mesti tahu lokasi hotel ni..

#ramadanday6
#iftar2022
#ramadanbuffetjb
#ramadanbuffet
#ramadanbuffetjohor
#trinidadsuitesputeriharbour


Tak ada orang lagi masa ni, so ambil kesempatan posing sana posing sini..


Sudut buffet


Sudut buffet


Sudut buffet


Ingatkan kami terlebih awal sampai, rupa2nya memang group kami je yang ada dengan 1 couple lagi.


Syokk ada ulam-ulaman dan pelbagai ikan kering ni..
Sis siap ambil makan budu tau..


Ok posing lagi..


Budak kena paksa ambil gambar...
Makin besar makin susah nak bergambar..
Tu pakai baju ibu..apoooo? Muat dah weiii anak2 ibu pakai baju ibu..
Aleesya tadi pun pakai baju ibu juga..


Halah halah my handsome boy..
Rasmi baju raya buat iftar..


Dalam pukul 7, main course akan dihidang..


Antara lauk pauk kami haritu adalam Siakap sweet sour, masak lemak cili api udang galah, ayam panggang dan sayur goreng...cukup mewah dah haihh...


Pasangan baru kahwin bulan 11 tahun lepas..
Siapa sangka jodoh bertemu di Pusat Bahasa Pelangi.
Sorang Alumni, sorang lagi staffs kami hingga kini..


3 set semuanya hidangan kami..


Say cheese..
Tudung biru depan sekali tu pun staffs juga...haha
Ayah dia bayar gaji untuk buat nota, buat poster, jaga sosial media etc..


Bos besar sedang meeting supaya semua staffs lebih bersedia untuk kelas fizikal selepas raya nanti.


Macam biasa, acara bergambar ramai2 sebelum pulang..


Nak buat tik tok, tapi boss besar tak dengar arahan...kui kui..


Ruang solat yang sangat selesa..
Diberi 1 card access untuk naik lift ke bilik solat..
Perempuan solat dalam bilik master bedroom..


Manakal lelaki solat kat hall..


Memang selesa dan sangat mewah tempat solat pun..
Diberi suites 23 bilik siap 3 toilet..



Last but not least, buah apa ni siap jeruk dengan kulit2 dia..
Kalau termakan mau luka lidah nanti..
Buah kelubi atau buah salak erkk?









:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: