Thursday, May 18, 2017

Hari Guru Pusat Bahasa Pelangi

Makan-makan sempena HARI GURU oleh Warga Pusat Bahasa Pelangi di Restoran Singgah Selalu semalam.

Terima kasih semua! Semoga lebih komited dan bersama-sama menjaga Kualiti Pusat Bahasa Pelangi..:-)

Yang tak ada dalam gambar tu tengok je lah ya...

#pusatbahasapelangi #pusattuisyenpelangi
#since2003
#kejapjedah14tahun









Warga Pusat Bahasa Pelangi yang terdiri daripada bahagian admin, tutors dan juga staff sokongan. 






Wednesday, May 17, 2017

Hadiah Hari Guru nak bagi apa?


Hadiah hari guru untuk anak-anak sendiri tumpang selit order customer je lah tahun ni. 

Tapi yang customer punya ada ribbon bagai. Yang sendiri nak cepat punya pasal, kita letak sticker je lah ya.

Kurma badam 4pcs untuk ustaz/ustazah sekolah agama. Kurma badam 2 pcs + 2 pcs crunchy praline untuk cikgu2 sekolah cina. 

Malam nanti Ayyunie suruh buat Chocoballs pula untuk cikgu2 tuisyen dia. Amboiii.. 

Stock keluar! So ibu kena bayar juga ni walaupun untuk anak sendiri.


Ada siapa-siapa lagi tak yang nak order set coklat HARI GURU ni? 

2pcs Kurma Coklat + 2 pcs Crunchy heart shape Chocolate per box ni hanya RM5 sahaja per box khas untuk pelajar2/students.

Rasa? Memang sekali makan, mesti cikgu tanya "kenapa bagi cikgu satu box je? Sedap sangat!"

Pengeposan pun hari-hari untuk set coklat ni. Minimum untuk pos 10 boxes. Takkan cair dan yang dah selalu rasa coklat #cocodamia memang tahu takkan manis punya.

Order? Whatsapp 010-6468383 atau terus ke Galeri kami untuk Walk-In,

GO-JB CHOCOLATE
52, Jalan Enau 15,
Taman Teratai,
Skudai, Johor

#oleolecocodamia #gojbchocolate #teachersday #specialday #birthday #birthdayparty


SELAMAT HARI GURU UNTUK WARGA PENDIDIK SEMUA.

Semoga keikhlasan serta kesungguhan kita mengajar anak didik mendapat keredhaan serta memberi manfaat dan kebaikan kepada semua.

Aaaminn..

Sunday, May 14, 2017

Mother's Day 2017 Hi-Tea Buffet

Terima kasih keluarga kecilku..
Atas celebration Mother's Day Hi-Tea Buffet di Amansari Residence Resort semalam..

Ayyunie siap tanya lagi bukan Mother's Day tu esok ke (harini)?
Ayahnya siap jawab hari-hari Mother's Day sebab hari-hari ayah keluar duit bawa korang makan.. Hahaha..


Alhamdulillah.. Dapat makan kat bilik berair-cond dan kerusi jenis sofa panjang tu. Senang sebenarnya kalau Daim nak tidur, tidur atas sofa tu je. Tak yah susah2 keluar kan stroller dia.

Tapi tengokkan semalam, full booked semua meja. Termasuklah bilik berair-cond ni. Ya lah kat Johor kan cuti jumaat sabtu, so memang ramai yang celebrate semalam lah berbanding harini.


Pabila hi-tea, appertizer dan dessert memang meriah dan warna warni ler..


Tak habis makan pun semua ni haih. Pabila usia makin matang, buffet2 ni makan yang perlu dan serba sedikit je..


Tapi yang ni dekat 8 biji saya makan. Haha.. Memang sedap giler tepung pelitanya ni. Rasa sebijik style kelantan punya. Bukan tako tau.. Tapi tepung pelita pure punya..


Macam2 makanan ada. Stall makanan panas2 seperti Char kuew tiaw penang, nasi goreng seafood, curry laksa, rebus2 menarik perhatian sesiapa yang nak memecah selera dengan makanan panas2.


Untuk bahagian heavy food pula, tak banyak sangat pilihan. Ada mini pizza, tortella, aneka lauk pauk dan paling best ada teh tarik kaw section!


Kami antara yang sampai awal jam 1 tengahari. Lepas tu makin lama makin penuh meja2 kat belakang tu. Tu ayah Damia bawa Daim pusing2 tengok makanan.


Wefie.. Buat kenangan untuk Mother's Day 2017..


Yeahhh.. Dah siap makan..
Jom balik..


Terima kasih Keluarga kecilku.. Tq ayah damia dan anak2 meraikan hari ibu untuk saya. Buat pertama kalinya tahun 2017 ni menyambut Hari Ibu dengan anak 3 setelah sekian lama ada anak 2 je. Hihihi..




Friday, May 12, 2017

2D1N at Dash Box Hotel, Cyberjaya

Woww..
Sungguh tertarik dengan konsep hotel yang terletak di tengah2 bandar Cyberjaya ni..
Sebuah hotel yang berkonsepkan Bali + fresh + hipster. Itulah persepsi saya terhadap Dash Box Hotel ni..
Dan hotel ni katanya kepunyaan Dato' Nurul anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi...

Jumaat lepas saya ke Nilai ada meeting dan ambil stock di Bandar Baru Bangi. Esoknya pula ada meeting lagi di Seremban bersama supplier machine. Jadinya saya mengambil peluang berehat dan bermalam di Dash Box Hotel ni. 

Saya tahu mula2 tentang hotel no adalah melalui Agoda. Lepas tu nampak beberapa friendlist IG dan FB pun ada review ke sini. Makin kuatlah naluri hati nak stay di hotel ni ya tak.


Mula2 sampai!
Wahhhhh..
Great view, nice pool..
Eksklusif & Serene..
Mungkin hari jumaat waktu orang masih bekerja dan bersekolah, jadi tak ramai yang check in sini dan suasana pun senyap je..


Waduhh.. Cantik sungguh pemandangannya..


Ni bilik kami. Bilik 305. Betul2 depan pool. Don't belok-belok.. Hihi..


Dari dalam bilik pun dah boleh nampak suasana pool dan view cantik kat luar tu..


Hurmm.. Anak-anak pun apa lagi? Tak nyempat2 terus tukar baju dan terjun ke dalam pool depan bilik kami. Tengahari kul 3 panas2 pun bersemangat kome anak2 main pool ya. Sunburn weeii..


Tu Aleesya naik slide. Btw sangat recommend untuk anak2 yang suka main pool tu duduk kat hotel ni. Sebab kita boleh pantau melalui bilik je. Ada kids pool, ada pool besar. Pool besar pun tak bahaya. Walaupun makin lama makin dalam tapi sampai paras 0.9meter sahaja. Tak curam dan tak licin.

Dah puas mandi nanti pandai2 lah anak2 cari jalan pulang ya. Muahahaha..


Sementara tu Daim pula masih tidur. Ayahnya pula berehat kejap penat drive dari lepas subuh lagi pastu attend 2 meeting..


Kami amik bilik studio. Dalam bilik ni ada complementary drinks. Boleh habiskan. Cuma kalau nak refill ada bayaran seperti tertera.


Ni masa mula2 sampai tadi. Both Damias teruja betul dengan pool tu.


Bilik air pun selesa, luas dan tak licin..


Bersih je.. Ya lah hotel baru katakan..:-)


Simple but necessary..


Tempat gantung baju pun simple. Senang. Nampak semua yang tergantung. Kiki. Hipster style ni..


Meja make-up dan TV LCD yang terang .. Bilik tak lah besar mana, tapi selesa..


Dan lepas asar, lepas Daim bangun dari tidur, saya dan ayah damia pun turut serta terjun tirukk dalam pool.. Hihi..


Ni suasana malamnya pula. Btw pool ni buka 24 jam rasanya. Sebab lepas jam 12 malam pun masih ada yang berendam. Esoknya lepas subuh pun dah ada juga yang berendam..


View malam dari bilik kami..


Lepas balik makan malam..
Ni lah view dari depan bilik kami..
Kreatif kan designya..


Masa saya stay sini. Tak ramai yang duduk studio room ni. 3 unit je yang berpenghuni. 1 unit ada 3 bilik. Yang lain rasanya duduk bilik kabin..


Ni lah bilik kabinnya... Kebanyakannya kat tingkat atas. Ada satu side bilik kabin ni boleh terus ke pool melalui slide ja.. Cepat sampai gitu.. 


View malam area nak ke lobby. Ada bilik gymn, ada bilik jual baju2 cenderahati, ada bilik aktiviti foto dan lain2.


Malam tu kami dinner kat Downtown KLIA Seafood. Google je cari tempat2 makan sekitar. Tapi jauh gak nak sampai sini. Dalam 20 minit gitu.


Menu kami. Siakap steam lemon, udang goreng butter, mix vegetable dan nasi putih 4. Jenuh juga nak habiskan lauk2 ni walaupun order saiz small je. Kuantiti still banyak untuk 2A2C. Daim makan nasi dengan sayur je. Total RM125.


Morning view kami keesokan paginya..
Bukan main lagi Daim gi kacau kakak2nya tidur. Siap pakej gigit ibu jari kaki lagi..Cepat bangun anak2. Siapkan homework dulu, baru leh gi swimming tau!

Oh ya, untuk breakfast boleh add on RM15/person di cafe yanh disediakan.


Saya pun sama naik dengan anak-anak mandi pool dari semalam lagi.. Senang nak terjun pool depan bilik je.

Kalau yang duduk bilik kabin tingkat atas, senang juga nak turun dalam pool.. Guna slide je.. Tu pun kalau berani..haha..


Sementara ayahnya berehat  buat kerja untuk meeting jam 2 nanti  dan berurusan dengan staffs. 

Alhamdulillah, pagitu rezeki dapat order dari Singapore untuk borong banyak kurma badam coklat. 


Sebelum check-out minta Ayyunie snap2 kan gambar saya.. Hurmm mujurlah stay beautiful walaupun gambar shaking.. Kih kih... Tapi sebenarnya view tu beautiful sangat!


Ok lah, ada satu gambar yang tak shaking. Tq Ayyunie.

Btw masa saya otw nak ke hotel ni baru saya booked via Agoda. Dah sampai saya upgrade ke Studio Room gara2 nak duduk depan pool punya pasal. Add on RM50 sahaja. So total 2D1N adalah RM220.


Lepas check-out, cepat2 ke Ikea Cheras pula. Misi utama adalah nak beli barang2 galeri coklat. Penuh 1 bonet kereta. Lepas tu apa lagi? Makan meatballs lah jawabnya..


Penuh sesak orang. Hari sabtulah katakan. Nak dapat tempat makan pun tinggi turn.


Lepas tu bergegas ke Seremban pula untuk meeting. 


Dalam jam 5:30 petang, selesai meeting bawa anak2 minum petang di Mc'D nak masuk highway Seremban pula. Kami pun nak refresh juga. Pekena hot milo di Mc' Cafe. Penambah tenaga nak balik JB. 

Alhamdulillah, jam 11 malam sampai rumah. Esoknya ada shooting dari MOA pula (dah buat entry).

Kesimpulannya Dash Box Hotel Cyberjaya memang best! Insyallah akan menginap lagi disini...