Monday, December 18, 2017

Lawatan dan audit HALAL ke CocoDamia (2017)


Isnin
18 Disember 2017


Syhhhh...
Lawatan pemeriksaan dan audit HALAL dari Jabatan Agama Johor (renew). Untuk pengetahuan semua, audit HALAL ni tak ada tarikh appointment, tak ada hint nak datang, anytime mereka terjah.

Tapi dengan prosedur kerja dan SOP yang ada di @gojbchocolate serta pengurusan yang betul dari CocoDamia, insyallah kami sentiasa bersedia untuk diaudit.

Mudah-mudahan semua berjalan lancar. Aamin.. 

P/s: Oh ya pemeriksaan dan audit dari KKM minggu lepas kami dapat 93%. Alhamdulillah. 


Kalau 3-4 tahun lepas, ayah damia yang buat semua dokumentasi dan persediaan untuk audit halal, tahun ni alhamdulillah...CocoDamia ada Eksekutif halal dah yang menguruskan semuanya.. Kami hanya pantau dan memberi tunjuk ajar sahaja.. 


Audit jangan tak audit.. 


Semoga dipermudahkan segala urusan... Aaaminn... Jangan ragu ragu untuk beli semua coklat2 dan produk2 CocoDamia..

P/s: 3 hari tak update blog sebab balik kampung ler.. Alih2 harini masuk kerja tengok audit HALAL dah terjah :-) 
Post a Comment