Saturday, September 30, 2017

Jom ke HPPNK 2017


Alhamdulillah..

Hari Rabu lepas, Team CocoDamia dah selamat loading barang2 dan stoks untuk event HPPNK di Maeps Serdang.

Kata team CocoDamia, dah macam Mini MAHA event ni.. Kalau siapa pernah pergi MAHA tahulah kebanjiran pelbagai usahawan dari serata negeri dan ribuan produk yang boleh dipilih.

Dah sampai sana tu, jangan lupa jengok2 gegadis manis CocoDamia di Hall A, bawah Pavillion Johor ya. Eh bukan jengok2 je, beli lah sekali terutama Coklat IQ dan Krukk Krakk Energy Bar tu. Kalini special kami bawa oat choco Durian (hot selling kat galeri ni) sekali.

Ok temui kami dari 28hb hingga 1 Oktober di sana ya! 10 pagi hingga 10 malam. 

CocoDamia~ Bukan sekadar coklar biasa



Dijangka harini makin ramai dan lebih padat ke #hppnk2017 yang sedang berlangsung di Maeps Serdang. 

Pelbagai produk2 peladang, ternakan, perikanan dan juga pertanian yang dijual serta dipamerkan.

Jangan lupa ke Hall A, Pavillion Johor untuk rasa dan cuba produk2 dari #cocodamia dan #oleolecocodamia ya. Dah rasa, bolehlah beli dan shopping sekali kan. 

Ada Coklat IQ, Energy Bar, Chocotart dan paling hot Oat Choco Durian tau!

Happy shopping semua!

Nota: Kami sekeluarga baru bertolak dari JB kul 12 tengahari tadi.. Jenuh fikir nak pergi ke tak nak pergi ke tak sebab esok anak2 kan sekolah dan jadual Edu Tour serta event pun padat bulan ni. Last2 pergi juga. Jumpa kalian disana...

Wednesday, September 27, 2017

Helmet Diving II Umpama Astronaut di dasar laut

Helmet diving ni antara aktiviti yang paling saya tak sabar nak lakukan..
Walaupun takut tapi sebab dah set mind dari Malaysia..
So takut2 pun kena buat juga..


Naik speed boat untuk ke pelantar Helmet diving di tengah laut..
Dekat je, tak jauh pun dari pantai..
Cuma kalini pantainya bukan kat pantai White Beach yang cantik tu..\
Ni kat Water Sport Beach..

Daim tengah tidur tu..
So senang sangatlah kami nak buat aktiviti kan...hihi..


Sampai je di pelantar, kami akan di-briefing-kan oleh staff disitu. Kita akan diajar guna body language seperti 'ok, problem, up, down, snap photo, record" dan lain2 lah.. bagi saya ngan ayah damia tak susah pun sebab kami dah pernah belajar masa nak diving kat sabah dulu. Cuma kena refresh je lah..

Lepas tu kita juga akan diajar cara2 nak buang tekanan udara dalam telinga kita dengan telan air liur, nganga luas2 dan juga ajar cara nak bersihkan topi astronaut yang kabur..

Sebelum turun ke dasar laut, pakaian kita yang labuh kena diikat atau buka, sebab takut terbang dalam air katanya...haha..so sebab memang saya dah pakai swimming suit siap2 dan just dress pantai labuh je kat luar, so kita ikat tepi lah dress tu..


Sempat lagi ko senyum walaupun tengah cuak tu..
Depan kamera kena pandai berlakon beb... haha


Di Boracay ni terlalu banyakkkkkkk aktiviti yang boleh dilakukan. Antara berani atau tak dan antara berapa budget yang diperuntukkan je.

Ni salah satu aktiviti yang saya pilih untuk anniversary goal tahun ini (tema mengatasi ketakutan sebab saya ni memang penakut yang amat bab2 aktiviti adventurous ni)..


Opsss! 'tangan misteri' tu menjadi tanda tanya ramai orang kat IG dan FB. Tangan siapa tu weiii?
Hahaha...suspen je erkkk.. tu tangan diver kat bawah yang tarik kita ke dasar laut lah... agaknya orang pulau...sentiasa berjemur...tu nampak merah kecoklatan tu kulitnya..


Sebenarnya awal2 tu saya takut juga nak buat... baru je masuk dalam air sekejap, pastu saya timbul balik.. siap divers kat bawah dan staffs kat atas kelam kabut tanya "are you ok mom? have problem?"...hahaha adoiii kecoh je kan...
Sebenarnya saya tak berapa confident dengan diri sendiri, tapi lepas baca bismillah dalam hati, barulah tak takut...lupa baca bismillah rupanya...kikiki..


Ok..kalini dengan confidentnya jadi water-nout..
Fuhhh selamat..
Misi mencari ayah damia yang lebih awal turun ke dasar laut pula...


Gambar2 kat bawah ni dari CD yang disediakan oleh pihak helmet diving..
Memang termasuk dalam pakej siap CD kalau buat aktiviti ni..


Patutlah mula2 duduk je dah ada orang datang amik gambar kita..
Rupa2nya nak buat cover CD lah...hihi..
Masa ni tak tahu lagi..


Turun2 je dasar laut, tengok2 ayah damia dah tunggu saya kat kaki tangga...
Wahhh...namapun anniversary vacation kan..
Takkan lah dia nak tinggal isteri dia sorang2 terkapai2 kat dasar laut tu hah..
Kikikiki..
Nampak??? Muka senyum berseri je kan....hahahaha


Kat dasar laut ni kita boleh berjalan2 macam biasa..
So kalini dah tak takut dah...


Amboi... banyak pula ikan2 yang buat lintas langsung depan kami ya..


Sibuk je ikan2 pun nak selfie ya..


Perasaan? Mestilah seronok sangat buat perkara yang tak ada di Malaysia ni kan..


Kita juga akan diberi roti kepal oleh divers kat bawah untuk umpan ikan2 datang tempat kita..


Sempat lagi buat muka ya bang..


Buih2 yang kepul2 keluar tu pernafasan kita..


Amboiii...siap pegang tangan koooooo..


Lebih jelas, lebih dekat, lebih faham dengan corals yang kat bawah ni...


Cantiknya corals ni alive depan mata kita..


Banyak ikan datang ni sebab kita umpan dengan roti..


Tak tahu nak tulis caption apa dah..


Tengok je lah gambar2nya ya


Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang beri kepada kami..
Pengalaman baru pertama kali seumur hidup merasa..
Insyallah kalau ada peluang dan ruang, kita ber-helmet diving di Pulau Negara lain pula ya...
Aaamin..



:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, September 24, 2017

Island Hoping @ Boracay II Crystal Cove Island

 Selepas Pit stop 1 dan Pit stop 2, kita ke pit stop yang ke 3 pula iaitu Crystal Cove Island.
Nak masuk ke pulau ni kena bayar 20 peso/ person (tapi kami dah include dalam pakej private tour kami, so tak payah bayar). Pulau ni merupakan sebuah pulau persendirian yang dijaga rapi, terawat dan juga bersih. Mempunyai pantainya sendiri dan juga 2 cove. Monomen2 serta hasil tinggalan sejarahnya pun masih utuh lagi. Pulau yang agak besar untuk di-explore dan juga sesuai untuk mandi manda serta snorkelling di laut yang jernih itu.


Mula2 sampai je...wahhhh..
What a breathtaking views..


Ada trek from both ends of the island kat sini..


Kesian rambut Ayyunie dah berserabai...;>)


Bukti dah sampai Crystal Cove Island


Ramai sungguh tourists...
Walhal bukan peak season ni..
Kalau peak season tak tau lah..
Majoriti disini from Taiwan, Korea, China dan sewaktu dengannya..


Jauh berjalan luas pemandangan...
Cantik sangatttt


Ayah Damia dan Aleesya je turun ke Cove 1 ni..


 Explore the natural landscape of nature and enjoy snorkeling inside the coves and play with the fishes and be amazed with the corals underneath. 
Ayat copy dari sini


Geia yang banyak menjaga Daim masa kami Island hoping..
Senang both Damias berinteraksi dengan Geia dalam English..


Bangga jadi rakyat Malaysia..
Hari2 ayah Damia pakai baju Sukan Sea Malaysia ni tau...


Aksi2 gediksss kena adalah kan..
Ater anak kecik ada orang jagakan..
Sebab tu banyak juga gambar berdua kami kalini..


Lepas tu kita berjalan explore ke Cove 2 pula..
Sepanjang trek perjalanan memang cantik2 viewnya...


Be in cloud 9 with the breathtaking panoramic sights of Carabao island, Romblon Island, Caticlan Island, Boracay Island and Sibuyan Island!
Ayat copy dari sini


Wahhhh...kena masuk Cove 2 pula...
Tapi Daim tak masuk....sebab agak mencabar juga nak ke Cove 2 ni..
So Daim Geia yang jaga kat ruang rehat kat atas..


Hurmmmm....gigih sangat masuk tempat cam ni kalau kat Negara orang kan..
Kalau kat Malaysia tak lah..
Eh! 2tahun lepas saya pernah explore gua kat Geokilim Park di Langkawi lah tengok kelawar bagai....haha...


Take your cove adventures to the next level as you experience crawling inside the tunnel leading to another enchanting cove.
Ayat copy dari sini


Tunduk bangun tunduk bangun...akhirnya sampai juga kat Cove 2 ni..
Cantik jernih airnya...


Muka sememeh semua berpeluh sunburn bagai..
Tapi tetap kena ambil gambar sebagai bukti betapa gigihnya kami anak beranak sampai ke Cove 2 ni..hihi..


Ok take 5 kejap sebelum naik boat bersambung ke pit stop yang ke empat pula..
Tempat paling lama kami beristirehat....

Stay tune...


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, September 23, 2017

Membelai diri


2 jam anak gi tuisyen..
2 jam dapat membelai diri disini..
Di D' Embun Spa & Wellness Taman Pulai Utama..
Lega dapat buat facial, face spa dan juga shoulder massage.

Last facial kat sini masa pregnantkan Daim.. Alih2 arini dapat tau pengurusan baru dah take over.. Tapi service tetap sama macam dulu.. 

Btw masa kat Boracay aritu sempat buat foot spa & massage juga. Buat dalam Kalibo Airport. Tapi jujurnya urutan melayu juga yang best ๐Ÿ˜€


Dan untuk anak-anak.. Cuti macam tak cuti.. Back to back tuisyen. Lepas amik si kakak, hantar si adik pula, tak pe.. Study hard & smart.. Nak final exam dah kan..

Happy weekend uolss!

Friday, September 22, 2017

Salam Maal Hijrah 1439H



Salam Maal Hijrah...
1 Muharam 1439H...
Selamat Tahun Baru Islam..

Semoga hijrah diri kita semakin baik tahun demi tahun dan semoga perancangan dan perniagaan kita juga menakjubkan mengikut sifir Allah. Aaamin..

Gambar lawatan dari team Kementerian Pertanian dan Asas Tani Putrajaya dan Jabatan Pertanian Johor Bharu semalam. Semoga apa yang kita usahakan menjadi milik kemenangan kita.

#cocodamia #oleolecocodamia #gojbchocolate

Thursday, September 21, 2017

Island Hoping @ Boracay II Snorkeling at Crocodile Island

 Pit-stop yang kedua untuk Island hoping di Boracay adalah Crocodile Island.
Namanya Crocodile Island adalah kerana bentuk pulaunya seperti buaya.


Yuhuuuuu...kami semua tak sabar nak snorkelling dan menikmati keindahan bawah laut di Boracay ni...


Untunglah Daim...
Bangun2 je tidur, terus uncle Alvin jaga ya..
Senang jaga Daim sebab tak takut orang...


Otw nak ke Crocodile Island, nampak sebuah feri besar sedang berlabuh dan ramai tengah snorkeling. Majoriti chinese look...


Ni lah dia Crocodile nya...
Memang nampak bentuk buaya pun..


Tengah sibuk2 nak turun snorkeling..
Eh eh ada orang datang jual ikan fresh pula..
Alahai, cam mana kami nak beli...nak masak kat mana..


Masing2 sibuk snorkeling..
Cantik ikan2 dan corals dalam laut..


Daim dengan sis Geia...
Daim pun nak snorkeling juga ya..
Daim snorkeling atas duck je lah..
Sepanjang Island hoping dan Romantic dinner kami, memang Geia yang jaga Daim...


Eh tetiba Daim nangis pula nak naik boat..


Wahhh...kat tengah2 lautan pun ada yang jual buah kelapa weiii...
Saya pun apa lagi...panas lit lit..
Terus beli 6 biji belanja orang atas boat semua..
Sebiji harga 50 peso, lepas tawar menawar, dapat 3 biji 100 peso..


Pandai orang2 pinoy ni cari rezeki tengah laut ya... 


Untung Daim.... Sis Geia jaga ya...
Makan minum tidur main semua berjaga..
Dah macam ada maid pula ibu ayah kat Boracay..haha
Alhamdulillah...dengan nikmat terindah Allah bagi..

Bersambung ke pit-stop ketiga pula..

Updated: Gambar2 dari Gopro Hero 5 pula


Sementara menanti boat untuk island hoping, kita bergambar dulu...


Semua happy nak memulakan aktiviti pertama di Boracay ni....


Hahaha..nampak tak Daim dengan kejongnya tidur tu..


Opssssss...terbesar pula mukanya..


Panas lit lit..
Nak buka mata pun tak leh...


Cakkkkk!


Daim Daim...roti tu untuk bagi ikan makan masa snorkelling..
Boleh pula dia yang makan dekat 2 buku roti...haha
Geia pun layan aje..tapi sebelum tu dia dah minta kebenaran sayalah boleh bagi makan ke tak..

Nampak tak yang naik sampan tu? Tu jual ais krim pula..


Hooraaa..hoorey!


Menikmati air nyor muda kat tengah laut ya..
Sambil minum sambil snorkeling..


Mujur ada sudu Daim yang memang selalu spare dalam beg susu dia..boleh korek2 makan isi nyor kat tengah laut tu...haha


The view


Ok...jom jom..
Nak ke island yang seterusnya pula...



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::