Wednesday, September 27, 2017

Helmet Diving II Umpama Astronaut di dasar laut

Helmet diving ni antara aktiviti yang paling saya tak sabar nak lakukan..
Walaupun takut tapi sebab dah set mind dari Malaysia..
So takut2 pun kena buat juga..


Naik speed boat untuk ke pelantar Helmet diving di tengah laut..
Dekat je, tak jauh pun dari pantai..
Cuma kalini pantainya bukan kat pantai White Beach yang cantik tu..\
Ni kat Water Sport Beach..

Daim tengah tidur tu..
So senang sangatlah kami nak buat aktiviti kan...hihi..


Sampai je di pelantar, kami akan di-briefing-kan oleh staff disitu. Kita akan diajar guna body language seperti 'ok, problem, up, down, snap photo, record" dan lain2 lah.. bagi saya ngan ayah damia tak susah pun sebab kami dah pernah belajar masa nak diving kat sabah dulu. Cuma kena refresh je lah..

Lepas tu kita juga akan diajar cara2 nak buang tekanan udara dalam telinga kita dengan telan air liur, nganga luas2 dan juga ajar cara nak bersihkan topi astronaut yang kabur..

Sebelum turun ke dasar laut, pakaian kita yang labuh kena diikat atau buka, sebab takut terbang dalam air katanya...haha..so sebab memang saya dah pakai swimming suit siap2 dan just dress pantai labuh je kat luar, so kita ikat tepi lah dress tu..


Sempat lagi ko senyum walaupun tengah cuak tu..
Depan kamera kena pandai berlakon beb... haha


Di Boracay ni terlalu banyakkkkkkk aktiviti yang boleh dilakukan. Antara berani atau tak dan antara berapa budget yang diperuntukkan je.

Ni salah satu aktiviti yang saya pilih untuk anniversary goal tahun ini (tema mengatasi ketakutan sebab saya ni memang penakut yang amat bab2 aktiviti adventurous ni)..


Opsss! 'tangan misteri' tu menjadi tanda tanya ramai orang kat IG dan FB. Tangan siapa tu weiii?
Hahaha...suspen je erkkk.. tu tangan diver kat bawah yang tarik kita ke dasar laut lah... agaknya orang pulau...sentiasa berjemur...tu nampak merah kecoklatan tu kulitnya..


Sebenarnya awal2 tu saya takut juga nak buat... baru je masuk dalam air sekejap, pastu saya timbul balik.. siap divers kat bawah dan staffs kat atas kelam kabut tanya "are you ok mom? have problem?"...hahaha adoiii kecoh je kan...
Sebenarnya saya tak berapa confident dengan diri sendiri, tapi lepas baca bismillah dalam hati, barulah tak takut...lupa baca bismillah rupanya...kikiki..


Ok..kalini dengan confidentnya jadi water-nout..
Fuhhh selamat..
Misi mencari ayah damia yang lebih awal turun ke dasar laut pula...


Gambar2 kat bawah ni dari CD yang disediakan oleh pihak helmet diving..
Memang termasuk dalam pakej siap CD kalau buat aktiviti ni..


Patutlah mula2 duduk je dah ada orang datang amik gambar kita..
Rupa2nya nak buat cover CD lah...hihi..
Masa ni tak tahu lagi..


Turun2 je dasar laut, tengok2 ayah damia dah tunggu saya kat kaki tangga...
Wahhh...namapun anniversary vacation kan..
Takkan lah dia nak tinggal isteri dia sorang2 terkapai2 kat dasar laut tu hah..
Kikikiki..
Nampak??? Muka senyum berseri je kan....hahahaha


Kat dasar laut ni kita boleh berjalan2 macam biasa..
So kalini dah tak takut dah...


Amboi... banyak pula ikan2 yang buat lintas langsung depan kami ya..


Sibuk je ikan2 pun nak selfie ya..


Perasaan? Mestilah seronok sangat buat perkara yang tak ada di Malaysia ni kan..


Kita juga akan diberi roti kepal oleh divers kat bawah untuk umpan ikan2 datang tempat kita..


Sempat lagi buat muka ya bang..


Buih2 yang kepul2 keluar tu pernafasan kita..


Amboiii...siap pegang tangan koooooo..


Lebih jelas, lebih dekat, lebih faham dengan corals yang kat bawah ni...


Cantiknya corals ni alive depan mata kita..


Banyak ikan datang ni sebab kita umpan dengan roti..


Tak tahu nak tulis caption apa dah..


Tengok je lah gambar2nya ya


Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang beri kepada kami..
Pengalaman baru pertama kali seumur hidup merasa..
Insyallah kalau ada peluang dan ruang, kita ber-helmet diving di Pulau Negara lain pula ya...
Aaamin..



:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: