Friday, September 8, 2017

Resepi daging bakar garing diluar, juicy di dalam



Resepi daging bakar garing di luar juicy di dalam🐮

1⃣Sebuku daging sebesar tapak tangan direbus/steam dalam pressure cooker dengan sedikit air sahaja selama 5 minit. Angkat dan toskan. Kemudian cucuk2 dengan garfu.

2⃣Perap bersama British table seasoning (garlic, black pepper, rock salt), serbuk kunyit dan Italian seasoning (rosemary & parsley) selama 1/2 jam.

3⃣Bakar dalam magic pan sehingga tahap kemasakannya mengikut citarasa masing2 (well done or halfcook). Suka bakar dalam magic pan sebab ada hangit2 sikit. Kalau bakar dalam Oven atau Convection Oven kadang2 kering sangat. 

4⃣Kemudian hiris panjang2 dan nipis2 masa panas2. Masa ni heaven sebab nampak daging masih berasap dan juicy keluar masa hirisan. Walllaaaaa... Resepi air asam paling mudah 🍯

Campurkan sekali asam jawa extra adabi, bawang merah yang dihiris, tomato yang dihiris, cili padi yang dihiris, sedikit belacan, sedikit budu, daun ketumbar, gula, garam dan perasa bersama sedikit air panas. Kacau2 siap!

Selamat mencuba!
#dagingbakar #airasam

No comments: