Saturday, May 25, 2013

Jom Jalan!!!

Ok, perjalanan telah bermula..
JB- Melaka- PD- KL dan may be kelantan.
Semoga urusan kami dipermudahkan dan selamat..
Cuti seminggu harus dimanfaatkan sebaiknya.
Dan yang pasti CocoDamia ada di bawa bersama sebanyak 100 kotak!!! 


Muka happy semua nak jumpa nenek kat PD kejap lagi ni..


Sebelum gerak sempat gi kenduri kahwin kakak anak murid saya di Dewan Taman U. Ngam2 kami sampai kompang dipalu, zapin bermula, pengantin berarak dan makanannya sangatlah besttt!!! Door gift pun sangatlah cantik!!! Thanks Amirul jemput cg.. Sempat lagi beli 3 kotak CocoDamia utk dibawa bekal ke Matrik di Pahang esok. Semoga awak berjaya dalam pelajaran dan jangan sibuk nak ngurat awek ya!!!!

Friday, May 24, 2013

Orang business mana ada public holiday kan..:)

Setuju???
Hanya orang business sahaja yang tahu dan memahaminya..:)


Pagi ni saya ada kelas..
Lepas tu saya ada sambutan Hari Guru..
Lepas tu kena gi tgk production coklat dan siapkan packaging CocoDamia..
Lepas tu kena kemaskan beg utk travel esok..
Lepas tu bla bla bla bla...yang pasti tak pernah putus reply email, whatapps dan pm..:)


Apa2 pun sarapan dulu.. Sian anak2 ibu cuti2 sekolah pun kena bangun awal ikut gi office..

Thursday, May 23, 2013

Hadiah-hadiah contest yang sampai minggu lepas...

Dipendekkan cerita..
Berikut adalah hadiah2 yang saya dapat dari hobi join contest yang sampai minggu lepas..
Walaupun nilainya tidaklah besar mana, namun kepuasan tetap ada..


Hadiah dari Berjaya Times Square Hotel..
Ada banyak booklet tentang promosi di Berjaya Times Square..
Bolehlah survey2 harga kot2 nak makan buffet Ramadan di sini nanti..
Saya menang dari Contest "My Mother, My Idol"..
3 pemenang sahaja yang dipilih berdasarkan gambar dan slogan..


Alhamdulillah, menang voucher Hi-Tea Weekends utk 2 person dan juga Spa package utk 1 person..
Sangat pantas tau hadiah dari Berjaya Times Square ni..
Jumaat umum pemenang, Isnin pos, Selasa dah sampai ke tangan saya..
Terima kasih Berjaya Times Square..:)


Minggu lepas juga saya dapat hamper dari P&G..
Btw kena collect sendiri di Damansara..
Tak ada perkhidmatan courier kepada pemenang..
Nasib baiklah ada seoarang adik Comper ni yang sudi tolong collectkan utk saya dan kemudian pos kan kepada saya..Terima kasih Dyatt..Nanti next time boleh tolong akak lagi collect hadiah ya...:)
Yang ni saya menang Millions Smile Contest


Ni antara hadiah2 yang saya dapat..
Banyak pulak dapat Satin Floss tu..
Dah lah saya tak pandai guna..hihi..


Ok, mari saya bercerita kisah voucher 2D1N dari Dumex Dugro..
Saya dapat voucher ni dah lama..
Dalam Bulan 4 haritu..
Lepas dapat tu terus saya contact person incharge utk book Resort dan confirmkan tarikhnya..
Hurmm, bukan senang juga ya nak book..
Kena hantar salinan passport lah, salinan IC lah, surat rasmilah dan yang penting hantar Original Voucher kepada Pihak Travel utk sahkan redeem kita tu..
Sudahnya???? Dah dekat sebulan saya buat salinan semua...cuma tak sempat nak buat surat jer lagi..
Dan akhirnya sampai sekarang tak hantar2 lagi kepada Pihak Travel..
Kalau tak cuti ni dah boleh bawak both Damias pergi cuti2 USS dah...


Dan yang bestnya juga, saya menang contest Mister Potato..
Opsss, saya jadi proxy org...means saya pinjamkan nama saya pada comper tersebut..
Sebab dia tau saya tak join contest ni, so dia minta saya jadi proxynya..
Alhamdulillah, dah masuk pun duit dari Mister Potato ni 2 hari lepas...
Terima kasih Yumie..
Nanti boleh jadi proxy lagi..
Nak harapkan saya betul2 join contest cam dulu2..huhu..masa sangatlah mencemburui saya..

Tapi apa2 pun Aturan Allah dah sangat cantik..
Setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya..
Betull....tak percaya?? Cer cuba muhasabah diri..
Sure anda jumpa jawapanya..:)

Perasaan seorang ibu pabila anaknya ikut lawatan tadika..

Ahad lepaskan tadika aleesya ada lawatan gi zoo.. First time pergi lawatan under sekolah naik bas.. Aleesya excited lah.. Tapi yang si ibu ni pulak dup dap dup dap.. Bukan tak yakin dgn cikgu2 tadikanya, bukan tak yakin dengan kebolehan Aleesya jaga dirinya sebab Aleesya memang anak yg mudah dijaga sejak dalam perut lagi.. Cuma biasalah perasaan seorang ibu pabila first time anak daranya keluar tanpa ibu dan ayah.. Parent lain ok kot.. Kami jer yang terover dup dap dup dap.. Hihi


Bas Aleesya sampai dulu, kami sampai lambat sikit sebab gi makan sarapan dulu.. Ayyunie pun excited nak gi Zoo jugak..padahal baru jer both Damias gi Zoo Johor ngan cousins, tok ma, tok ayah dan mak saudara diaorg masa bulan Feb aritu..


Amboi romantik sungguh burung cantik ni..


Jeng jeng jeng... Finally dah nampak group aleesya.. Btw tadika Aleesya ni ada 3 cawangan.. So semuanya datang sekali harung naik 3 buah bas..


Yang bestnya tu, Kami pula yang beria2 naik pedal bot. Walhal budak2 yg datang lawatan cuma ziarah binatang2 dalam zoo jer.. Haha..


Ayyunie takut juga mula2, pastu dah ok..


Haha, boleh pulak diaorg amik gambar group depan tasik ni jer.. Aleesya tak perasan kami, last2 kawan2 Aleesya jerit "aleesya!!!! Your mommy here!!!"


Ayyunie takut betul ngan burung2 ni.. Panjang yg amat muncungnya..


Friendly betullah burung muncung panjang ni..:)


Kejap jer kami kat sini, tak sampai sejam.. Lepas tu balik.. Otw balik group aleesya dan lain2 tgh berehat makan meehoon goreng.. Siap lambai2 lagi kat kami.. Happy tgk dia happy ngan kawan2... Lepas tu diaorg pun pergi Danga Bay naik Choo Choo Train dan main2 kat playground pulak..

Semalam dia dah bawak balik gambar group session kat Zoo Johor dan Danga Bay.. Kena beli sekeping RM1.50.. Happynya dia..

P/s: Ayyunie tak ikut sebab ni program utk 6 tahun sahaja..tapi kalau request nak ikut boleh jer sebenarnya..:)


Wednesday, May 22, 2013

Minggu pakai shawl free..:)

Mana tak freenya..
Shawl anak murid bagi..
Sempena Hari Guru tahun ni..


Jumaat lepas saya pakai shawl dari kain viscose ni.. Ya Ampun.. Sejuk bangat kain ni.. Sangat selesa.. Ok aksi Gwiyomi utk anak murid saya, Rose.


Ni semalam saya pakai shawl Pashmina dari anak murid saya, Farahin.. Anak murid yang diajar sejak darjah 5 lagi.. Saya siap bawa gi meeting lagi semalam kat MyIPO..

P/s: saya sekarang pakai shawl simple2 jer.. Nampak muda kata mereka.. Ok otw nak gi Tampoi.. Ada appointment pasal business..

7 spices II Makan dalam daun pisang



Hah!!!
Finally sampai jua disini..
Dah lama tahu tentang kewujudan 7 Spices ni..
Masa dia tgh mula2 renovated restoran ni beberapa tahun lepas.
Masa tu saya dan ayah damia jadi members utk "Clark Hatch" kat Bangunan sebelah..
Lagipun 7 Spices ni betul2 depan jalan utama nak gi JB kan..
So sangat senang nak jumpa Restoran 3 tingkat ni..



Jeng jeng..
Yeayyy finally sampai juga kan..
Ni pun dah late dinner ni..
Nak dekat kul 10 malam baru sampai..
Tutup jam 11 malam..


Btw boleh tergerak nak makan kat sini, masa saya up status kat FB, ada siapa2 tahu tak kat mana nak cari makan dalam daun pisang. Entah kenapa pula ayah damia dah lama mengidam nak makan nasi dalam daun pisang. Last sekali makan nasi dalam daun pisang masa kat Cameron Highlands beberapa tahun lepas. So, banyaklah students dan kawan FB saya bagi cadangan kat situ, kat sini...tapi yang paling saya tahu kat 7 Spices ni lah...sebab tu cuba kat sini dulu...next time cuba kat tempat lain pula ya..


Lauk pauk..
Sebab dah late dinner, so ayah damia sorang sahaja makan nasi beriani.
Saya dan anak2 makan roti nan..
Tu lauk ayam apa ntah namanya...tapi sedap...macam rendang..
Dan juga kambing apa ntah juga namanya...haha
Malas pula nak tgk resit nama2 menu tu..


Air Lassi orange utk ayyunie..
Lassi ni macam yogurt lah..


Hah, dah hilang kempunankan abang nak makan nasi dalam daun pisang..
Sejak 3 bulan yang lalu, asyik dok sebut nak makan nasi daun pisang, nak makan nasi daun pisang..
Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan abang...:)


Roti Nan Ayam...best weiii..
Nanti repeat lagi ya makan sini..


Tuan Blog Enterframe kejap..


Si ayah dan anak2..
Kul 11 malam baru balik..
Oh ya rata2 yang makan kat sini memang melayu..
Adalah cina 2-3 family makan kat sini..
Diaorg makan besar nampaknya..
Siap lobster masak massala lagi tu..

Dan rata2 meja saya tgk mesti ada DSLR nak snap2 makanan..
Hihi...saya lately malas pulak nak bawak DSLR..
Next time lah datang bawa DSLR..:)


Kalau tingkat bawah menu adalah utk makanan berat..
Manakal menu tingkat 1 pula adalah menu makanan ringan dan masakan panas..
Tapi jam 10 malam dah tutup..
Sekarang ada promosi kat 7 Spices ni utk sarapan pagi..
Boleh lah try bagi sapa yang nak cuba makan kat sini..

Review saya tentang makanan di 7 SPICES:

* Makanan recommended..sedap...tapi pedas rempah..siapa2 yang tak tahan pedas tu rasanya tak suka kot makan sini..
* Layanan waiter from Indonesia sangat tip top..peramah dan sopan..
* Tempat duduk yang sangat selesa dan ber-aircond
*Tapi nak makan sini memang poket kena teballlll sikit..saya makan nasi beriani, kambing, ayam dan set roti nan serta air fresh orange, 100 plus, ice lemon tea dan lassi orange total +- RM80... tu baru sorang makan nasi...tapi kalau makanan sedap, apa susah kan...hihi..

p/s: Balik dari sini, ayah damia cepat2 beli pil chit kit teck un utk standby sakit perut...biasalahkan makan makanan yang berempah dan pedas, sure sakit perut...dan finally memang betul sakit perut pun..hihi

Tuesday, May 21, 2013

Wahhhh!!! Galerria Kotaraya dah berwajah baru..

Ada urusan di Menara Ansar..
Then lunch hour gi makan kejap..
Masuk Galleria Kotaraya..
Wahhh betul2 dah berubah wajah lah..
Nampak more fresh dan cossy..

Medan makan dia bukan main happening lagi tau!!! Macam macam makanan ada.. Susah nak sebut satu2 sebab banyak sangat.. Wowww kaunter air pun meriah bangat weiii.. Banyak jelly melly..:)




Penuh dengan orang yang bekerja office lunch kat sini..


Ruang makan yang selesa..


Saya makan nasi bubur je..Ayah damia makan rojak mee.. Dan kalau boleh nak try makan macam2 benda kat sini..


Masih dalam mood "HARI GURU"

Jumaat malam lepas, ex-studentS f5 2012 datang buat kejutan utk sambut "Hari Guru" di Pusat Bahasa Pelangi Taman Universiti. Wahhhhhhh terharu cikgu tau!!! Walaupun masing-masing sibuk, tapi tetap luangkan masa utk menyambut bersama cikgu.


Lama dah tak berkumpul macam ni, sekali sekala berkumpul, gamat dibuatnya. Kebetulan Jumaat lepas keputusan UPU keluar, ada yang dapat sambung belajar diploma. So, sempatlah En Khai aka ayah damia bagi sesi kaunseling kerjaya kepada mereka. 
Ada org komen kat FB, saya pun dah macam student jugak dalam gambar ni. Hihi may be sebab saya pakai shawl yang baru diberi oleh anak murid saya sempena Hari Guru tak...:)
Cer tgk tu diaorg buli ayah damia. Hahaha, kalau dah berkumpul, memang best main buli2 kan...:)
Kalau nak tahu, gambar ni Aleesya yang snap2 tau...good job my girl!!!


Adoiii, gaya gwiyomi pulak..


Selalu time belajar En Khai yang belanja Dominos Pizza..
Sekarang, terbalik sudaaaa..
Pelajar2 pulak yang belanja cikgu...:)
Tq uolssss..


Huaaaaa, kakak Iylia dah nak sambung Matrik Jumaat ni dah..
Sob sob sob!!!
Semoga kamu sentisa mengingati kami di PBP..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang jumaat pun budak2 form 3 buat suprised sambut "Hari Guru"..
Masa ni saya tak ada sebab ada kelas di Centre lagi satu..
So, saya cilok dari FB students saya..


Wahhh, En khai dapat kek Angry Bird..
Ada maksud tersiratkah??


Hadiah2 dari para pelajar saya..
Terima kasih, terima kasih..


Hadiah yang mengamit memori seribu kenangan!!
Alaaaaa, bila nak buat Bachelor Party lagi ni???
Terima kasih sekali lagi kepada para pelajar saya atas pemberian yang sangat berharga ni..
Yang best tu siap dapat tie UTM, buku UTM, pen-pen UTM, cover buku UTM..
Hahah, dah macam staf UTM pulak rasanya..
TQ Mummy Zalifah dan ibu bapa lain yan turut memberi hadiah kepada saya dan Cg Khai..
Alhamdulillah, rezeki daripadaNYA dalam macam2 bentuk kan...:)


Pengetua paling sporting!!!! Wink!!!

Monday, May 20, 2013

TERtengok, TERbeli dan ini namanya TERjebak!!!

Semalam lepas jer ambil Aleesya dari Lawatan ke Zoo di tadikanya, terus bawa dia ke Jusco untuk makan tengahari. Lepas tu naik atas kejap untuk beli some groceries..sekali lalu depan Body Shop....wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, ada SALE!!!!


Mula2 TERlangkah masuk dalam Body Shop..
Lepas tu TERtengok..
Then TERpegang,
Apa lagi TERkenan..
Dan akhirnya TERbeli..
Itu namanya TERjebak..
Lagipun masa tu tak ramai org pun dalam tu..
So dapatlah TERbelek dengan senang hati..


Beli satu botol perfume jer pun..50% less
Tak tahu nak beli apa..
Huhu
p/s: Uols terjebak tak beli barangan Body Shop??

p/s: Ya Allah, jujurnya saya sangat-sangat-sangat penat harini!!!

COD boleh, WALK IN pun boleh untuk customer COCODAMIA!

Terima kasih tak terhingga kepada semua customer-customer Coklat IQ-CocoDamia samada yang beli online, yang walk in dan buat julung kalinya sabtu lepas saya COD sendiri Coklat IQ kepada customer2 saya. Kebetulan saya ada kerja di Bandar, on the way balik singgah kat tempat yang diset oleh customer2 saya. Kebetulan ada 10 kotak CocoDamia dalam kereta, tu yang hantar terus..


Tq kak Ina, delivered 5 kotak Coklat IQ at Sek Teknik Johor.
Kebetulan dia jengok2 anaknya di Asrama.
Usahawanita juga ni, sentisa sibuk ke sana sini..:
Tq kak Ina dan suami atas perkongsian tips business tempohari walaupun berborak di tepi jalan sahaja..:)


Lepas tu bergegas pula ke Kempas utk delivered to Wanie..
Btw ni first time saya jumpa Wanie..kenal melalui FB jer pun..
Tapi kerana Coklat IQ, akhirnya kami bersua muka juga..


Lepas tu, cepat2 ke Mc'D Bukit Indah pula..
Jumpa Aida..Ni pun first time saya jumpa dia..
Saya kenal dia sebab dia comper dan rajin join contest..
Tq Aida, kalau tak kerana coklat IQ memang tak bersua muka lah kita kan..:)


Dan rezeki pagi ni, ex-students saya yang belajar Diploma di Melaka datang utk beli Coklat IQ..
Dah lama tak jumpa, almost 4 years kot..keep in touch dalam Instagram dan FB je.
Tq Nabil sebab sudi datang beli Coklat IQ dan jengok2 cikgu..
Kebetulan masa dia datang, production packaging sedang berjalan.
Siap minta kerja lagi tgk saya yang kelam kabut utk siapkan stok dan postage ke KL, kelantan, Perak, Selangor, Kedah dan Brunei sebelum jam 2 petang ni. 


p/s: Harini both Damias tak pergi school sebab tadika dia cuti peristiwa yang lawatan ke Zoo Johor semalam..So nak tak nak, kul 8 pagi dah ikut ibu pergi sarapan, lepas tu tgk pemprosesan coklat dan seterusnya packaging production.. Insyallah...ini semua utk Allah dan kamu berdua wahai anak-anakku!

Sunday, May 19, 2013

Lawatan ke Zoo

Seawal pagi lagi dah hantar Aleesya ke Tadika dia utk lawatan ke Zoo Johor.  First time Aleesya ikut lawatan sekolah dia ni. Ibu pula yang dup dap dup dap. Al maklum lah selama ni asyik berkepit jer bawah ketiak ibu kan..:) tapi ibu percaya Aleesya pasti gembira dan seronok dapat jalan dan enjoy bersama kawan-kawan.

Ibu, ayah dan adik nak gi breakfast di Hutan Bandar kejap. Kang lepas breakfast ibu gi jengok2 kejap kat Zoo Johor tu ya. Sesibuk mana pun, anak2 tetap keutamaan.

Saturday, May 18, 2013

Menang contest "My Mom, My Hero"

Alhamdulillah, menang lagi contest yang berkaitan dengan mak!!! Tajuk contest "My Mom, My Hero".... Anjuran Dettol Malaysia dan Singapore...Ni betul2 send and forget jer. Sebab rata2 peserta tulis karangan dalam BI. Saya dan hanya beberapa peserta sahaja tulis dalam BM. Masa tu redha, kalau disqualified pun tak pa lah. Anggap sahaja tak ada rezeki.

Lepas tu 1 of my comper friend pm tanya boleh ke tulis dalam BM, saya cakap tak tahu cuba je. Then dia pula tolong tanyaka  pada Dettol samada boleh tak tulis dalam BM karangan tu. Sekali Dettol reply boleh. Alhamdulillah, memang dah tertulis rezeki saya menang bersama pemenang2 yang lain.

Karangan dia suruh kita tulis mengapa kita rasa ibu kita adalah hero kita..:)



  
Ni pemenang Grand Prize contest ni. Ceritanya telah selamat dijadikan filem pendek. Terimgat pula tahun lepas, cerita mak dijadikan iklan dengan kerjasama Jacobs..

Btw ada juga grand prize winner dari Singapore. Cerita yang menang pun difilemkan jadi filem pendek.


Hadiah pemenang Grand Prize...


Saya menang Conso jer. Tapi happy sebab ramai peserta yang join. So menang dalam 10 pemenang conso pun buatkan saya betul2 bersyukur. Alhamdulillah, rezeki Mak masih bersama saya..

Ya Allah, Engkau panjangkan lah usia ibuku agar aku masih dapat berbakti dan mendapat doa keberkatan daripada ibuku, Hajah Hapsah Bt Dollah... Aminn