Tuesday, January 30, 2018

Oh My Camera Eos M10


Kejadian sebulan lepas.
Tak tahu angkara siapa.
Tapi suspek utama dah macam boleh agak πŸ€”
Esoknya terus bawa gi repair.
Nasib baik lens filter yang pecah.
So boleh guna macam biasa. 
Alang² tu bawa sekaliharung DSLR dan segala lens yang ada dalam dry box untuk service sekali. Berkurun tak guna. Fungus pun ada. Dan buat sekali image sensor cleaning. viewfinder cleaning, LCD panel cleaning & body general service.
.
Total baik pulih lebih kurang beli baru EF-EOS M Lens Mount Auto Adapter + EOS 50 MM lens... Sobs!

#canon #canonian #eosm10 

Monday, January 29, 2018

Pesta makanan Thai di UMall Skudai


Ni saya dan keluarga pergi pada hari pertama pesta ni diadakan. Lepas ambil both Damias kat tuisyen diorg kul 7 malam. 

1

2

3

4

5

6


Berlangsung dari 26 Jan - 4 Feb 2018
Area sekitar di luar Umall Skudai
Gambar No:
1. Aiskrim Krabi. Wahhh siap ada pulut. Apesal dulu time kami kat Krabi tak ada pun pulut tu? Harga RM8. Sedap..
2. Kuew Tiaw Tom Yam. Ramai juga orang jual. Tapi pedas yakmat. Aleesya sampai pedih perut makan. RM8 per bowl.
3. Aneka pilihan tom yam.
4. Besar nau nau nau durian tu. Tak semua jual orang durian tu. Sebab kena beli pakej dengan pulut. 1 bekas pulut durian RM10 per plate. Yang jual durian sahaja RM30/kilo. Tetiba ada makcik tu cakap kat saya, kulit je besar ni. Husband pula cakap, durian pakai silicon 🀣🀣
.
5. Miang Kham. First time nak try. I cannot go. Mungkin manis sangat rasa air gula melaka tu. Husband cakap sireh moden erkk? Hahaha.. Tu daun kaduk lah bang. 1 set harga RM7.
6. Aneka sosej. Takut nak makan makanan yang terdedah cam tu. 1 batang RM4. 3 batang Ram10.
7. Yang tiada dalam gambar. Aneka sup RM8 per bowl. Saya makan nasi kosong dan sup daging RM10 per set. Air dalam cup RM3.

Tu antara gambar yang sempat saya snap lah. Masa makan,  kalut pula dengan si Daim dan nak cepat solat maghrib, tak sempat snap gambar makanan lain.


Selain makanan, macam2 juga lah yang dijual. Beg, pakaian, perfume, gadget handphone, jersey dan lain2... 

Friday, January 26, 2018

Daim Muslim's first E-Book








20.01.2018 (Sabtu)
.
Yeayy first book (actually E-Book) untuk Daim.
.
Btw since bawah 1 tahun lagi Daim ni dah expose dengan flash card dan soft book. Hardcover book pun ada. Semua kepunyaan kakak²nya. See 7-8 tahun ibu masih simpan kan.
.
Tapi boy tetap boy. Terbeliak mata ibu pabila tengok flash card terkoyak 2, soft book tercabut mainannya, dan hardcoverbook sampai terkoyak kulit keras macam thesis tu. πŸ‘€ mata ibu kejap.
.
Dah boleh recognise gambar² ball, bear, apple, cat, duck, flower, fish dan beberapa gambar lagi lah. Cuma nak sebut je tak leh lagi. Bila kita cakap "mana cat?", dia tak sebut cat, dia buat suara kita panggil kucing, bila tanya “mana bear?", dia gi ambillah bear dia and so on. Ok lah tu kan.
.
Daim ni sukaaaaaa sangat muzik. Dia takkan fokus belajar 1-1 tu lama. Mesti dia nak muzik juga. So sebab tu lah ayahnya beli E-book ni. Dengan harapan dia lebih biasa dengar sound rhythm, language patterns dan sequence of words.
.
Nak tanya yang ada boy/boys tu, memang anak lelaki belajar tak fokus eh? Tapi dalam main² tu dia fast learner. Sekali tengok je dah tahu tunjuk itu ini. Girls dulu lain. Sangat komited dan excited buku2 bunyi2 dan warna warni cam ni.
.
Ok boleh tengok video di atas untuk review E-book ni.





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, January 25, 2018

Aksi-aksi Daim Muslim tatkala ibu ligat didapur









Laaa.. Ada juga yang tanya kalau kak ayu masak, Daim tak kacau ke? Daim buat apa? Sempat kak ayu masak tu ni. Kan Daim ni aktif.
.
Ni lah rahsianya! Ada yang perasan kat Video Stories bunyi tung tang tung tang sebagai background tu ni lah kerja Daim.
.
Ya Daim ni sejenis sekaki ngan kita. Kita kat dapur, dia kat dapur. Kita kat luar, dia kat luar. Tapi dengan syarat dia kena ada buat kerja juga. Kalau tak, habis nanti dia explore semua benda yang ada depan mata dia.
.
So kalau masuk dapur nak masak apa² tu, memang Daim pun sama buka kabinet ambil barang yang dia nak main. So far dah berjaya juga didik dia jangan ambil barang kaca, pisau, gunting dan main beras. Tapi kadang² dia acah²kan kita main barang yang kita tak bagi main tu.
.
So bila dia ralit main dengan perkakas² ni, masa tu lah kita guna kuasa SUPERMOM kita masak cepat² dan kadang² siap rekod dan ambil gambar lagi.
.
Jadi kepada jiran² sebelah dan belakang, rasanya dah kalih bunyi tung tang tung tang angkara Daim ni. Harap beristighfar ya 🀣🀣
.
Dengan harapan esok² Daim dah besar pandai berdikari masak sendiri. Aura air tangan ibulah katakan πŸ˜ƒ
.
Gambar Daim di awal pagi tak tun tuang tak tun tuang 😬

#daimmuslim #1y7m

Wednesday, January 24, 2018

Lawatan sambil belajar & DIY coklat di GO JB CHOCOLATE





Sederhana tapi sempurna
.
Haha.. Pagi yang ceria..
.
Pabila team CocoDamia terpaksa off kan Data malam tadi. Kalau tak memang tak tidur lah jawabnya.
.
Pandai pula korang letak no tel saya juga ya. Saja nak suruh saya makin sibuk kan. Memang sesibuknya lah. Nak driving pun tak senang setiap masa tot tet tot tet.
.
Malam tadi hp saya jam 11 malam hingga ke jam 1 pun tot tet tot tet lagi tanya tentang Edutour. Pagini selepas subuh pun ramai bertanya dan terus lock tarikh.
.
Pagini baru reply semua. Bagi yang ingin mengadakan edutour di @gojbchocolate, boleh kemukakan surat permohonan rasmi sekolah/organisasi beserta tarikh cadangan, masa, bil pelajar dan guru ke cocodamia@yahoo.com.
.
Jika tiada pertindihan tarikh, admin akan beri borang untuk isi, bayaran deposit dilakukan dan tunggu tarikh berkenaan. Pasti mengujakan!
.
HAPPIEST EDUTOUR BEGIN WITH US!





My staff sent me this!
Haha.. Boleh pengsan kalau students Edutour 500 orang per session. Tapi insyallah tak mustahil akan datang siapa tahu.
Btw permohonan untuk Edutour sangat² mengalakkan. Jangkanya March yang akan ramai booking slot sebelum cuti sekolah.
.
Rupanya sangkaan meleset Feb ni dah start. Sampai hari last sebelum cuti Tahun Baru Cina pun dah ada slot yang confirmed.
.
Staffs suruh saya pesan ni nak jawab whatsapp, mesengger dan inbox semua harap bersabar kena beratur ya. Cumi cumi cumi.. Diaorg nak mandi dan makan pun tak sempat tu.. Haha..
.
Alhamdulillah



Segala maklumat lanjut berkenaan EduTour, boleh email ke cocodamia@yahoo.com


::: Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi :::

Monday, January 22, 2018

Resepi Kari Kepala Ikan


Awal masak harini..kul 10 pagi dah siap Kari Kepala Ikan.. Saya dan Daim rasmi dulu buat makan tengahari.. Yang lain³ macam biasa malam nanti kul 7 lebih dan 10 lebih baru boleh merasa ni.. 

Cepat makan Daim.. Nanti ikut ibu gi office pula!

P/s: Untuk Daim, ambil isi ikan merah dan makan dengan kicap..licin sepinggan nasi. Sungguh! 

#karikepalaikan #snapdalamkualibesarjelah


Bahan-bahannya:

Kepala ikan merah
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah kecil*
1/2 inci halia*
Kayu manis, bunga lawang & cengkih*
1 paket rempah kari ikan
2 sudu rempah cili
3 sudu besar air asam jawa
Terung dibelah dua memanjang
Tomato dibelah empat
Bendi
2 cawan kepala santan
2 cawan air
Garam, gula dan perasa

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari ikan dan rempah cili yang digaul dengan air. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan 2 cawan air. Biar mendidih seketika. Masukkan pula santan dan air asam jawa. 
4. Pabila hampir mendidih, masukkan terung, bendi dan tomato. 
5. Pastikan kuah dah mendidih betul baru masukkan kepala ikan/isi ikan. 
6. Kacau perlahan² (cedok tuang cedok tuang) kuah diatas ikan untuk elakkan ikan hancur. 
7. Pabila dah betul² masak, boleh padamkan api.  


Ada yang tanya saya guna rempah apa untuk masak kari ikan ni. Ni hah saya guna rempah kari ikan Mak Siti. Rempah Soto, Sup dan Kurma pun saya guna Mak Siti juga. Sedap dan lain sikit rempah²nya tu..

Selamat mencuba! 

Sunday, January 21, 2018

Sejenis perempuan yang bahagia dapat shopping lauk fresh


Perempuan ni ada banyak jenis
.
Tapi saya ni sejenis merasa bahagia dan seronok pabila dapat shopping dan memilih lauk fresh macam ni. Jauh sikit dari rumah pun sanggup pergi jika ada kelapangan.
.
Nikmat dan kepuasan tu dapat dirasai lebih lagi jika sejenis yang ada passion dan suka memasak. Nampak ikan ni, terus terlintas nak masak ni, nampak seafood ni terus merancang nak masak meju apa untuk hari sekian².. Sejenis perempuan kan.. Memang begitu!
.
Separuh hari disini. Lepas shopping ikan, ketam, kepah dan seafood lain, singgah minum pagi tepi jeti. Mujurlah masih ada cempedak goreng yang berharga RM1 untuk 4 biji. Makan sampai puas hati!
.
Otw balik, singgah pula di kedai makan D`Simpang sebab rushing nak solat jumaat dan hantar anak² pergi tuisyen kejap lagi. Kari kepala ikan merah saiz sederhana RM7 sahaja. Masih berbaloi. Tapi untung still banyak sebab tadi beli seekor ikan merah pun dah RM18.
.
Paling puas hati tadi 1 kilo ketam hidup fresh baru naik dari jeti pagi tadi hanya RM14 je sekilo. Kalau yang petang semalam punya RM10 sekilo. Selalu beli 2 ekor saiz sederhana je pun dah RM14.
.
Ok dah siap basuh siang semua!. Rehat kejap sebelum keluar rumah lagi kejap lagi.


Kena pandai memilih. Ada yang fresh. Ada yang tidak..


Hati²..takut Daim terjun je nanti.. Haha


Tak habis2 tunjuk kat air bawah tu. 


Ok je Daim dalam tu..
Tak takut langsung.. 


Yuhuu.. Makan sampai puas.. Mana nak cari RM1 4 biji dah sekarang.. 


Kerepok angin ni ayah Damia cakap.. Haha


Merah mulut ayahnya terkena panas keropok gara2 nak suapkan Daim yang tak sabar tu.. 


Serius ah RM7 je saiz sederhana ni.. 


Saya punya.. Ika  bakar panas2.. 


Seafood pertama yang anak² request nak makan.. 


Ketam anak² awal² dah chop nak masak butter telur masin


Tara terjadilah hasilnya kepah masak sambal


Ketam masak butter telur masin


Kerang masak sambal.. 

P/s: 3-4 harini menu kat rumah berasaskan seafood dan ikan² je lah ya.. 

Wednesday, January 17, 2018

Major cleaning dryer/ pengering baju


Dah hampir 8 tahun tak jemur baju πŸ’ƒ
.
Harini sempat buat major cleaning dryer. Kenapa major? Sebab kalau cleaning penapis rutin biasa² tu cuma tarik penapis dan terus buang habuk yang melekat tu. Selalu buat seminggu sekali. Ni dah dekat sebulan lebih tak buat. Aigoshh 🀦.. Patutlah 2-3 keringan ni lately rasa lambat je baju nak kering.
.
Habis tu major cleaning tu cam mana. Major cleaning ni sakit jari jemari saya yang panjang lagi lentik ni tau. Sebab kena seluk kat bahagian sempit bawah penapis yang ditarik tu. Dan pandai²lah raba², nanti jumpa macam² harta karun tau. Antaranya duit syiling lah paling banyak (hairan sebab sebelum basuh baju saya selalu check poket dan pastikan kosong), resit², kertas², tag tudung Neelofa pun ada (haha), butang baju dan lain2.. Lepas tu bahagian belakang dryer kena vacuum juga takut habuk2 tersekat..
.
Perlu ke buat major cleaning ni? Wajiblah perlu. Sebab nanti yang pertama, baju kita macam lambat nak kering gitu. Selalu pusing 45 minit (tanpa jeans dan tuala) dan kering rangup, ni masih lembap2 lagi. Pastu nanti kalau tak buat major cleaning, baju akan bau hapak² sikit. Agaknya pengeluaran udara panas tersekat dengan kekotoran minor dan major yang ada tu lah.
.
Best ke guna dryer kat rumah? Gilerrr tak best? Kalau tak takkan hampir 8 tahun tak jemur baju. Bukan sekadar JIMAT MASA nak jemur baju bagai, malah ia juga membantu kita kurangkan RISIKO BAJU BERTAMBUN. Sebab keluar je baju dari dryer, boleh terus hangerkan dalam bilik laundry dan terus lipat tanpa ada kedutan. Wow! Tu yang rajin melipat baju tu..
.
Ada keburukan guna dryer ni? Adalah juga sebab kalau lambat keluarkan baju dari dryer atau timbunkan dulu baru nak lipat, memang KEDUT SERIBU lah jawabnya. Lagi satu baju2 macam jersey (yang mahal je sebab suami selalu peringatkan, yang murah masuk juga kiki), lycra yang kualiti tak berapa bagus dan tudung/shawl yang mahal2 tu tak yah lah masuk, nanti ia akan melekat2 dan kain jadi kasar gitu!
.
Pernah rosak tak dryer? Pernah 2 kali rosak, tak lain tak bukan sebab belting putus. Adusss.. Sasau weeii kalau tak ada dryer. Memang rasa dan dan tu juga nak beli yanv baru sebab nak tunggu repair pun kat seminggu. Tunggu order belt sampai.
.
Punca belting putus? Sebab masukkan baju basah (dah spin kering, tapi terlepas pandang yang saluran paip mesin basuh bocor, so air menitis, tu basah sikit baju² tu, biasalah hasil air tangan suami memang cenggitu 🀣).
.
Dryer ni ada beberapa jenis. Jenis yang Tumbler (masa saya mula² beli dulu jenama HAIER pada May 2010, harga RM350 hingga RM400 sahaja masa tu, ingat sebab saya tulis dalam blog) dan jenis yang Condenser (dryer saya dari 2014 sampai sekarang jenama Indensit ).
.
Tumbler kekurangan dia kena ada hos angin mengalir ke tandas atau luar dan bunyi yang kuat. Tapi Condenser tak payah guna hose pun, letak je kat tepi tingkap macam saya punya sekarang dan bunyi pun perlahan je.
.
Itu sahaja perkongsian saya. Jangan tanya saya besar tak kos bayar elektrik guna dryer ni, hoho... Itu bukan kerja saya dan saya tak pernah ambil tahu pun bab bayar utiliti rumah ni dari dulu dulu lagi.. . Hihi..
.
So apa lagi, dah boleh tag pasangan masing² untuk beli Dryer. Nak2 pula time hujan ni kan..😁


Hasil dari major cleaning. Celah² semua korek.. 


Ni hasil dari penapis habuk yang biasa tu setelah 1 bulan lebih tak cleaning. Masyallah... Hairan mana datangnya habuk² tu semua..
 

Ni masa 2010 beli yang jenis tumbler. Siapa ingat masa tu saya buat giveaway teka-teka hadiah apa. Pastu tahun 2014 bertukar ke jenis Condenser jenama Indensit. Brand singapore. Memang puas hati!

Selamat hunting dryer yang best² bagi yang tengah survey². Biasalah perempuan, musim panas nak tambah aircond, musim hujan nak beli dryer kan... Faham faham...

Tuesday, January 16, 2018

Potensi diri anak no 2 saya


Kenali potensi anak
Good luck adik #damiaayyunie
First day harini dia start sekolah agama.
Bersungguh sungguh sungguh dia nak masuk sekolah agama. Ikutkan perancangan kami darjah 4 next year baru masukkan sama macam kakaknya dulu. Bukan apa, sebab diaorgkan sekolah petang, balik rumah dah dekat kul 8 malam. Kalau tahun² lepas lagilah 10 lebih baru sampai rumah sebab tuisyen malam. Ni tahun ni adjust tuisyen petang dan weekend je. So tak adalah penat sangat.
Tahun ni juga adik start kelas Taekwando. Dah lama sangat dia nak masuk kelas taekwando. Dari tadika kot. Tapi kami tak bagi. Alasan ayahnya masih kecil lagi takut patah riuk tulang (sayangnya anak sampai fikir camtu), alasan ibu tak nampak gugurl lah masuk taekwando. Ibu lebih suka feminine activities (well you know me 🧜). Tahun ni dia tak putus asa berzikir lagi kat kami nak masuk kelas taekwando. So you berjaya dik!
Btw I love her spirit so willing to try new things. Dia bukan penakut kalau berjumpa kawan2 baru di sekolah baru dan jenis tak kisah nak bersosial dengan orang. Dia pandai sesuaikan diri, mudah mesra, pandai cakap dan berani. Kalau dia nak sesuatu, dia akan cuba juga manipulated idea tu berkali² supaya dapat apa yang dia nak. Tak banyak, sikit pun jadilah bagi dia. Itulah dia anak no 2 saya. Patutlah ko nak makan apa, pergi mana semua dapat dik. Tapi ada juga lah yang tak berjaya.
.
Jadi kalau ikutkan kenali potensi anak melalui kaedah Metafizik, memang hampir sama dah yang tersurat dan tersirat. Sebagai ibu bapa, kita galakkan dan terus bagi semangat bagi apa yang mereka suka. Walaupun kadang² kita yang penat tengok mereka. Jangan bagi mereka putus asa dengan semangat dalaman mereka (ibulah tu, sebab tu ibu banyak do & don't)..
.
Berdasarkan pengalaman kami suami isteri yang ada pusat tuisyen hampir 15 tahun ni, sering juga kami bertanya dan korek rahsia dari dulu lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak² sangat excellent dalam pelajaran dan sangat pandai menyantuni org tua, apa rahsianya. Kebanyakannya jawab "penuhi jadual anak, jangan bagi anak duduk saja, bagi anak pengalaman baru, komunikasi selalu".
.
Ok noted! We follow.
Sekian cerita potensi anak 🀩


Laporan potensi diri ni saya buat untuk suami, saya, Aleesya & Ayyunie pada tahun 2015 lagi. Masa tu Daim masih dalam perut. Saya dan suami belajar kaedah Metafizik secara private class bersama coach. Dan sekaligus buat laporan ni. Kebetulan atau suratan, memang 70% hampir sama dengan karakter diri kita. Dan dari situlah kita boleh tonjolkan kebolehan kita dan cari penyelesaian kelemahan kita.

Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Jadikan amalan didunia sebagai sahan akhirat kelak. Aaaminn.. 

Monday, January 15, 2018

Resepi Chicken Meatlof Sandwich


Suasana sejuk pagi² ni nyaman sangat..
Pekena pula air coklat panas #cocodamia ni. Tuang je air panas, aroma coklat sebenar bau menusuk sampai ke sanubari.

Nak order? Lazada masih buat promosi. Free delivery lagi! Cepat² grab bagi yang sudi. Terima kasih customers yang memudahkan kami menjemput rezeki.


Bekal anak² harini chicken meatlof sandwich. Penyediaan yang sangat senang. 

Bahan-bahannya:

Chicken meatlof Ayamas
Roti sandwich Gardenia
Telur
Daun sup dihiris
Cii besar dihiris
Mayonis
Sos cili
Sos thousand island
(kuantiti mengikut keperluan dan citarasa masing²) 


Cara-caranya:

1. Goreng chicken meatloaf dengan sedikit minyak. Angkat dan toskan minyak. 
2. Kemudian dalam kuali yang sama goreng telur hancur bersama daun sup dan cili besar yang dihiris. 
3.Sapukan permukaan roti dengan sos cili. 
4. Letak chicken meatloaf pada roti yang disapu sos cili, kemudian letak pula telur hancur, dan last sekali letak thousand island, mayonis dan sos cili. 
5. Tutup dengan roti yang lain diatasnya.  Potong mengikut citarasa sendiri. Siap! 

Anak-anak kenyang disekolah, ibu happy dirumah. Meh fikir esok nak buat bekal apa pula untuk anak-anak :-) 


Sunday, January 14, 2018

Resepi kuih Che Mek Molek


Weiiii..
Ibu goreng 18 biji che mek tu, 2 ibu makan, 4 simpan untuk ayah, lebih siapa makan? 

Kakak²nya serentak jawab "Daimmmmmm"... Tapi ya juga sebab nampak tu bukan main ulang alik ulang alik dok ambik che mek si Daim tu.. Sama je ngan kakak²nya sebenarnya.. 

Petang semalam lepas balik beli barang, nampak ada orang jual ubi keledek dan buah cempedak tepi jalan, terfikir terus nak buat che mek hujan² ni, cempedak tu abaikan untuk dibeli sebab malas nak bermain dengan getah πŸ˜„

Sempat juga menyelit goreng pisang pemberian jiran sebelah.. Terima kasih kak.. Pisang goreng tu lepas goreng tabur gula dan sedikit serbuk kayu manis bagi rasa rare lagi... Haha.. 

P/s: Kakak² jaga Daim, bolehlah nak masak macam², tu pun terbolos juga Daim gi panjat pagar tangga sampai ke atas. Kurrr semangat..


Inti gula didalam che mek yang telah cair jadi air gula. Nampak tak kelibat Daim tu? Bukan main lagi kita tak menyempat nak hidang, tangan dia dah mencapai beberapa biji kuih che mek. Nasib baik dah sejuk sikit, kalau tak terbakar lidah tu terkena air gula yang panas.. Kiki.. 


Bancuhan tepung buat siap2 letak dalam peti. Senang nak goreng apa2 je just ambil dan celupkan bahan yang kita nak goreng. Tahan dalam 1 minggu juga bancuhan tepung ni. Pastikan bancuhan dalam bekas bertutup dan asingkan dalam bekas lain untuk mengoreng. 


Pisang goreng rare. Ditabur gula dan serbuk kayu manis agar rasa lebih stylo. Hihi... Ok je rasanya.. 


Resepi kuih Che Mek Molek

Bahan-bahannya:

4 biji ubi keledek yang sederhana besar. Buang kulitnya dan direbus sehingga empuk bersama sedikit garam. 
6 sudu tepung gandung
Gula mengikut keperluan

Cara-caranya:

Lenyek ubi keledek tadi hingga hancur. Gaulkan dengan tepung gandum yang dibubuh sedikit demi sedikit mengikut keperluan doh ubi keledek agar tidak melekit di tangan. Kalau terlebih tepung nanti che mek akan keras. 

Kemudian bentukkan doh tadi dalam bentuk bulat2 kecil. Tekan ditengah doh supaya leper dan masukkan gula. Katup semula dan bentukkan jadi adunan bujur seperti dalam gambar. Pastikan tidak bocor agar air gula tidak keluar semasa menggoreng. 

Goreng dalam minyak yang panas (api sederhana) hingga kekuningan. Angkat dan tunggu suam2 dulu baru makan ya. Nanti terbakar lidah kena air gula panas kikiki.. Lepas dah masuk mulut, hurmmmm nak lagi dan lagi. 

P/s: Tips tak nak adunan melekit2 kat tangan adalah sapu sedikit tepung pada tapak dan jari tangan serta dalam pinggan yang letak doh bulat kecil. 




Friday, January 12, 2018

Aksi 3 beradik di pagi jumaat


Macam² hah gaya si Daim nak boleh dapat gambar yang dia duduk diam. Kejap nak lari sana, kejap nak masuk kelas ni, kejap nak suruh dukung... Nasib baik lah kakak² ada mood nak melayan ya. 

Alhamdulillah.. Harini urusan bayar yuran sekolah agama dipermudahkan. Sampai2 je kelas Aleesya tak ada ibu bapa lain menunggu. Urusan tak sampai 5 minit. Kalau tahun lepas dekat 1 jam lebih tunggu bayar yuran. Jenuh melayan kerenah Daim yang baru boleh berjalan ketika itu. 

Tengok tandatangan ibu bapa tadi pun tak sampai separuh yang datang. Faham... Hujan² ni ramai yang malas keluar rumah kan..



Btw Tahniah kakak Aleesya, hari rabu lepas dah start pakai uniform baru. Maksudnya dah kena galas tanggungjawab baru di Sekolah Agama. 

Tanya kakak macam mana boleh terpilih? Dia jawab ustaz tanya dalam kelas siapa dapat no 1 dan 2 periksa tahun lepas, terus terpilih πŸ˜€... 

Alhamdulillah..semoga anak² ibu berjaya dalam perjalanan hidup dunia dan akhirat.. Aaaminn..