Wednesday, January 10, 2018

Resepi Salted Egg Butter Prawn Pasta


Malam tadi masak menu ni lagi.. 

Anak-anak berselera betul makan since lemak² kuning telur masin bergabung dengan manis² udang butter tu, memang berlemuihhhh eh mulut tu 👩‍🍳... 

Cara penyediaan sangat mudah seperti bahan² dalam gambar di atas. Cara nak buat pula macam kita masak ketam/udang butter telur masin tu.

Ok lah saya share juga lah cara²nya kot ada yang tak tahu:

1. Panaskan sedikit minyak (minyak tak snap pula 😶) dengan api perlahan.
2. Masukkan butter & garlic & bawang besar. Goreng sampai naik bau. 
3. Masukkan telur masin kuning. Kacau sampai berbuih.
4. Masukkan pula daun kari. Dah naik bau, baru masukkan air rebusan pasta tadi.
5. Apabila dah mendidih, masukkan udang dan capcicum. Kemudian tuangkan krim masakan.
6. Last sekali baru masukkan spagetti dan kacau sampai sebati.
7. Sedia dihidangkan. Kalau nak pedas bolehlah tabur serbuk cili sebelum makan.


Bila dah makan, nanti asyik teringat nak makan lagi dan lagi. Sebab tu malam tadi buat lagi. Minggu ni dah 2 kali dinner menu ni. 
Post a Comment