Monday, January 15, 2018

Resepi Chicken Meatlof Sandwich


Suasana sejuk pagi² ni nyaman sangat..
Pekena pula air coklat panas #cocodamia ni. Tuang je air panas, aroma coklat sebenar bau menusuk sampai ke sanubari.

Nak order? Lazada masih buat promosi. Free delivery lagi! Cepat² grab bagi yang sudi. Terima kasih customers yang memudahkan kami menjemput rezeki.


Bekal anak² harini chicken meatlof sandwich. Penyediaan yang sangat senang. 

Bahan-bahannya:

Chicken meatlof Ayamas
Roti sandwich Gardenia
Telur
Daun sup dihiris
Cii besar dihiris
Mayonis
Sos cili
Sos thousand island
(kuantiti mengikut keperluan dan citarasa masing²) 


Cara-caranya:

1. Goreng chicken meatloaf dengan sedikit minyak. Angkat dan toskan minyak. 
2. Kemudian dalam kuali yang sama goreng telur hancur bersama daun sup dan cili besar yang dihiris. 
3.Sapukan permukaan roti dengan sos cili. 
4. Letak chicken meatloaf pada roti yang disapu sos cili, kemudian letak pula telur hancur, dan last sekali letak thousand island, mayonis dan sos cili. 
5. Tutup dengan roti yang lain diatasnya.  Potong mengikut citarasa sendiri. Siap! 

Anak-anak kenyang disekolah, ibu happy dirumah. Meh fikir esok nak buat bekal apa pula untuk anak-anak :-) 


Post a Comment