Monday, January 29, 2018

Pesta makanan Thai di UMall Skudai


Ni saya dan keluarga pergi pada hari pertama pesta ni diadakan. Lepas ambil both Damias kat tuisyen diorg kul 7 malam. 

1

2

3

4

5

6


Berlangsung dari 26 Jan - 4 Feb 2018
Area sekitar di luar Umall Skudai
Gambar No:
1. Aiskrim Krabi. Wahhh siap ada pulut. Apesal dulu time kami kat Krabi tak ada pun pulut tu? Harga RM8. Sedap..
2. Kuew Tiaw Tom Yam. Ramai juga orang jual. Tapi pedas yakmat. Aleesya sampai pedih perut makan. RM8 per bowl.
3. Aneka pilihan tom yam.
4. Besar nau nau nau durian tu. Tak semua jual orang durian tu. Sebab kena beli pakej dengan pulut. 1 bekas pulut durian RM10 per plate. Yang jual durian sahaja RM30/kilo. Tetiba ada makcik tu cakap kat saya, kulit je besar ni. Husband pula cakap, durian pakai silicon 🤣🤣
.
5. Miang Kham. First time nak try. I cannot go. Mungkin manis sangat rasa air gula melaka tu. Husband cakap sireh moden erkk? Hahaha.. Tu daun kaduk lah bang. 1 set harga RM7.
6. Aneka sosej. Takut nak makan makanan yang terdedah cam tu. 1 batang RM4. 3 batang Ram10.
7. Yang tiada dalam gambar. Aneka sup RM8 per bowl. Saya makan nasi kosong dan sup daging RM10 per set. Air dalam cup RM3.

Tu antara gambar yang sempat saya snap lah. Masa makan,  kalut pula dengan si Daim dan nak cepat solat maghrib, tak sempat snap gambar makanan lain.


Selain makanan, macam2 juga lah yang dijual. Beg, pakaian, perfume, gadget handphone, jersey dan lain2... 

No comments: