Sunday, January 7, 2018

Resepi roti telur sosej


Morning..
Harini bekal anak-anak apa? Saya buat roti mentega gula je. Anak-anak yang minta menu tu. 

Dan sebelum ke sekolah semestinya minum secawan air coklat #cocodamia dulu.. Aroma coklat makin membangkit pabila bersatu dengan air panas. Lunak rasa sedikit pahit² dan kaw² memang memenuhi citarasa. 

Kat Lazada tengah ada promosi tu. Cepat grab nanti rugi. Free delivery lagi! Search di Lazada "cocodamia" okey! 


Btw hari khamis lepas saya ada buat roti telur sosej untuk bekal2 anak. Ada yang DM tanya resepi. Ada yang PM kenapa sosej tak lekat. So saya share resepi mudah ni ya. Mudah tapi sedap dan menarik! 

Resepi roti telur sosej;

2 biji telur, 
1/2 cawan susu segar, 
2 hot dog dihiris halus, 
daun sup dihiris halus, 
serbuk lada hitam 
Dan sedikit garam.

Cara-caranya:
Pukul semua bahan2 di ataw dalam mangkuk, celup roti dan bakar dalam magic pan guna butter. Siap! Anak2 pun suka


Ada yang tanya kenapa hotdog tu tak melekat. Sebenarnya lekat je, cuma tak banyak lah. So no worries, nanti just cedok je hotdog tu letak atas lapisan roti telur tu. Then tutup lah magic pan tu bagi masak sekata. 

Ada yang tanya, kalau nak bakar dalam oven boleh ke? Boleh je, alaskan kertas minyak pada dulang, sapu sedikit marjerin, dan susun roti yang telah dicelup. Tapi roti agak keras sikit berbanding bakar dalam magic pan ni. 



Dan esoknya semesti I'm happy pagi2 dah ada orang yang mention nama saya sebab buat resepi roti telur sosej ni. Roti telur je pun, tapi ia bermanfaat. 

Semoga kita terus memberi manfaat dan kebaikan kepada orang-orang sekeliling kita. Aaaminn.. 

No comments: