Monday, January 22, 2018

Resepi Kari Kepala Ikan


Awal masak harini..kul 10 pagi dah siap Kari Kepala Ikan.. Saya dan Daim rasmi dulu buat makan tengahari.. Yang lain³ macam biasa malam nanti kul 7 lebih dan 10 lebih baru boleh merasa ni.. 

Cepat makan Daim.. Nanti ikut ibu gi office pula!

P/s: Untuk Daim, ambil isi ikan merah dan makan dengan kicap..licin sepinggan nasi. Sungguh! 

#karikepalaikan #snapdalamkualibesarjelah


Bahan-bahannya:

Kepala ikan merah
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah kecil*
1/2 inci halia*
Kayu manis, bunga lawang & cengkih*
1 paket rempah kari ikan
2 sudu rempah cili
3 sudu besar air asam jawa
Terung dibelah dua memanjang
Tomato dibelah empat
Bendi
2 cawan kepala santan
2 cawan air
Garam, gula dan perasa

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau
2. Masukkan rempah kari ikan dan rempah cili yang digaul dengan air. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan 2 cawan air. Biar mendidih seketika. Masukkan pula santan dan air asam jawa. 
4. Pabila hampir mendidih, masukkan terung, bendi dan tomato. 
5. Pastikan kuah dah mendidih betul baru masukkan kepala ikan/isi ikan. 
6. Kacau perlahan² (cedok tuang cedok tuang) kuah diatas ikan untuk elakkan ikan hancur. 
7. Pabila dah betul² masak, boleh padamkan api.  


Ada yang tanya saya guna rempah apa untuk masak kari ikan ni. Ni hah saya guna rempah kari ikan Mak Siti. Rempah Soto, Sup dan Kurma pun saya guna Mak Siti juga. Sedap dan lain sikit rempah²nya tu..

Selamat mencuba! 
Post a Comment