Saturday, January 6, 2018

Resepi Nasi Minyak dan Ayam masak Sambal paling mudah


Semalam kan tak sekolah, bolehlah anak-anak dara ibu tolong ibu masak sarapan di dapur. Memang Aleesya dan Ayyunie rajin menolong didapur, nampak je ibu masuk dapur, terus berebut2 siapa yang nak tolong ibu didapur. Btw saya dah tetapkan mesti gilir2 tolong di dapur. Kalau tak siapa nak tengokkan Daim yang semakin aktif tu..hihi


Semalam saya masak nasi minyak, ayam goreng sambal dan acar sebagai sarapan pagi. Very the Pantai Timur kan.. Anak2 makan sampai bertambah-tambah. Confius kejap jam 10 pagi tu makan sarapan atau lunch..

Ok jom kita tengok resepi mudah ni ya.. 


Nasi minyak sesuai dimakan bersama acar mentah ni. Buat hilang rasa muak minyak2 tu semua. 

Bahan-bahannya:
1/2 batang timun dibuang kulit dan pulurnya (direndam air kapur dan dihiris) 
1/2 batang lobak dikikis kulitnya (direndam air kapur dan dihiris) 
1 ulas bawang merah besar (dihiris halus) 
Beberapa biji cili hijau (dihiris halus) 
Beberapa titik cuka, gula (sesedap rasa) dan secubit garam. 

Cara membuatnya:
Gaul kesemua bahan-bahan diatas. Biarkan seketika agar air manis2 masam2 tu meresap masuk ke dalam timun dan lobak. 

Ayam masak sambal

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (digoreng kunyit separa masak) 
2 ulas bawang merah besar**
4 ulas bawang putih**
1 inci halia**
3 sekawan (kayu manis, bunga lawang dan cengkih)**
8 sudu cili kering
1 sudu gula
Sos cili
Sos tomato
1 cawan air
Sedikit gula melaka
Garam
Sedikit air asam jawa
Daun sup dan bawang goreng

Cara-caranya:
On kan setting Chicken pada Ewant Pressure Cooker (EPC), tumis bahan-bahan yang bertanda **. Apabila dah naik bau, masukkan pula cili kering, kacau2 sehingga naik minyak. 

Kemudian tekan setting cancel, masukkan ayam yang telah digoreng, sos cili, sos tomato, 1 cawan air, gula, gula melaka, air asam jawa, dan garam. Tekan semula setting chicken dan adjust kepada 3 minit sahaja.

Pabila dah masak, boleh tabur daun sup dan bawang goreng untuk lebih ummmpph!  


Nasi Minyak

Bahan-bahannya:
1 kilo beras wangi dibasuh dan ditos
1 ulas bawang merah besar (dihiris halus)*
3 sekawan*
2 sudu besar lemak sayuran Adela Vanaspati
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya

Cara-caranya:
Tekan setting Rice, masukkan lemak sayuran dan tumis bahan2 bertanda** sehingga naik bau. Tekan setting cancel. 

Kemudian masukkan beras, susu cair dan air sehingga paras lebih 1/2 inci dari paras beras. Tekan setting Rice auto 12 minit. Pabila dah masak, boleh tabur bawang goreng untuk naik bau. 

Untuk nasi minyak, saya suka guna beras wangi sebab nanti nasi tu akan berminyak dan tekstur macam pulut sikit. Barulah betul NASI MINYAK kan.. Apa2 pun ni cara saya. Lain orang lain resepinya.. 

Selamat mencuba! 

2 comments:

ResepiAsia.com said...

alololo rajinnye anak dare memasak, kipidap =)

Ayu Zarina said...

ResepiAsia.com..

Time rajin bolehlah tolong...hihi