Monday, January 1, 2018

Last day in 2017



Sesi menghabiskan voucher yang ada di SDS Cafe & Bakery.. 31 Disember last day, haritu jugalah baru berpeluang nak redeem... 

Ambil gambar dulu sementara tunggu ayahnya sampai. Ayahnya sibuk sungguhlah pabila Disember dan Januari tiba. Biasalah sibuk dengan pendaftaran pelajar2 baru serta training dan meeting bersama tutor2. 


Alololo.. Manjanya dengan kakak2.. 


Sibuk nak baca menu juga


Grill platter.. Dalam menu tulis untuk 2 orang makan. Tapi kami berempat plus Daim sorang pun tak habis2.. Lauk lamb grill, chicken grill dan fish fillet habis lah.. 


Complementary dapat mix fruits ni 2 set.. 


Complimentary dapat drinks 2 glass.. Boleh pilih air tu.. 


Complementary dapat 2 set mushroom soup.. Feveret Daim ni..


Our appetizer.. Cheesy sticks.. Gemukss gemukss cheese dalam tu.. 


Kegemaran anak2 juga ni..


Pertandingan cheese siapa ke paling panjang.. Hihi..

Alhamdulillah..done redeem diskaun voucher.. So bayar hanya RM50 lebih sahaja.. 


Lepas tu bawa anak3 pergi shopping groceries untuk mereka sarapan dan bawa bekal ke sekolah pula. Masing2 ada taste masing2.. 


Si kakak banyak pilih buah dan sayur, patutlah slim mlim.. 


Si adik banyak pilih cheese dan produk tenusu, patutlah sihat walafiat ko dik.. Haha


Daim? Semua pun dia nak pilih.. Janji tangan dia sampai nak tarik itu ini.. Haha.. Budak aktif, kita pun kena aktif tempis dia.. Kiki

Ok selamat kembali ke sekolah adik2 dan pelajar2 semua. Kepada para ibu selamat menjadi supir... Ni tengah tunggu adik balik sekolah petang dan ambil kakak balik tuisyen jam 7 malam nanti.. Phewww.. Moga segala pekerjaan diberkati olehNya... Aaamin

No comments: