Wahhh.. Harini penuh wall di IG dan FB dengan gambar-gambar anak sekolah ya. Macam-macam ragam, macam-macam aksi dan yang berdrama pun ada kan..
Yang paling penting jangan lupa sarapan dan bekal anak-anak ya. Ya lah, mereka perlukan tenaga yang lebih dan sihat supaya dapat memberi pengaruh aktiviti yang positif sepanjang hari..
Pagini saya buat bekal roti coklat strawbery untuk dibawa bekal oleh anak2.. Karbo ada, protein ada, vitamin ada. Lagipun senang je penyediaan ni...
Manakala untuk sarapan pula saya sediakan ubi kayu rebus cicah roti. Aleesya nak makan sangat, so kita layankan aje.
Ni pula sarapan dan merangkap bekal anak2 semalam. Habis licin semuanya. Daim pun boleh tahan makan menu2 sihat cam ni.. Alhamdulillah anak2 saya semua pemakan sayur kecuali yang tradisional seperti pucuk ubi dan lain2 diaorg tak pandai makan lagi.
Dan semestinya, jangan lupa beri minuman bertenaga juga pada anak2. Apa kata bagi minuman coklat? Air coklat ni bagus untuk memberi tenaga kan.
Boleh try minuman malt chocolate CocoDamia. Pure chocolate tau kandungannya. Kurang manis, kurang lemak dan sedikit pahit2 tu biasa utk pengemar coklat sejati. Berat 600g bersamaan dengan RM16. Jangan samakan air coklat ni dengan minuman coklat lain tau. Sebab masing2 punyai kelebihan pada citarasa dan produk masing2.
Keluarga kami kalau tak pekena minuman coklat ni hari2 tak sah.
Hari2 ada je videonya ya.. Hihi..
Boleh ke page Ole ole CocoDamia untuk tengok update terkini tentang produk2 CocoDamia..
Ok, tengah berfikir2 esok nak buat sarapan dan bekal apa pula ni. Baru hari ke 3 sekolah... Hurmm
No comments:
Post a Comment