Thursday, January 25, 2018

Aksi-aksi Daim Muslim tatkala ibu ligat didapur









Laaa.. Ada juga yang tanya kalau kak ayu masak, Daim tak kacau ke? Daim buat apa? Sempat kak ayu masak tu ni. Kan Daim ni aktif.
.
Ni lah rahsianya! Ada yang perasan kat Video Stories bunyi tung tang tung tang sebagai background tu ni lah kerja Daim.
.
Ya Daim ni sejenis sekaki ngan kita. Kita kat dapur, dia kat dapur. Kita kat luar, dia kat luar. Tapi dengan syarat dia kena ada buat kerja juga. Kalau tak, habis nanti dia explore semua benda yang ada depan mata dia.
.
So kalau masuk dapur nak masak apa² tu, memang Daim pun sama buka kabinet ambil barang yang dia nak main. So far dah berjaya juga didik dia jangan ambil barang kaca, pisau, gunting dan main beras. Tapi kadang² dia acah²kan kita main barang yang kita tak bagi main tu.
.
So bila dia ralit main dengan perkakas² ni, masa tu lah kita guna kuasa SUPERMOM kita masak cepat² dan kadang² siap rekod dan ambil gambar lagi.
.
Jadi kepada jiran² sebelah dan belakang, rasanya dah kalih bunyi tung tang tung tang angkara Daim ni. Harap beristighfar ya 🀣🀣
.
Dengan harapan esok² Daim dah besar pandai berdikari masak sendiri. Aura air tangan ibulah katakan πŸ˜ƒ
.
Gambar Daim di awal pagi tak tun tuang tak tun tuang 😬

#daimmuslim #1y7m
Post a Comment