Tuesday, January 16, 2018

Potensi diri anak no 2 saya


Kenali potensi anak
Good luck adik #damiaayyunie
First day harini dia start sekolah agama.
Bersungguh sungguh sungguh dia nak masuk sekolah agama. Ikutkan perancangan kami darjah 4 next year baru masukkan sama macam kakaknya dulu. Bukan apa, sebab diaorgkan sekolah petang, balik rumah dah dekat kul 8 malam. Kalau tahun² lepas lagilah 10 lebih baru sampai rumah sebab tuisyen malam. Ni tahun ni adjust tuisyen petang dan weekend je. So tak adalah penat sangat.
Tahun ni juga adik start kelas Taekwando. Dah lama sangat dia nak masuk kelas taekwando. Dari tadika kot. Tapi kami tak bagi. Alasan ayahnya masih kecil lagi takut patah riuk tulang (sayangnya anak sampai fikir camtu), alasan ibu tak nampak gugurl lah masuk taekwando. Ibu lebih suka feminine activities (well you know me 🧜). Tahun ni dia tak putus asa berzikir lagi kat kami nak masuk kelas taekwando. So you berjaya dik!
Btw I love her spirit so willing to try new things. Dia bukan penakut kalau berjumpa kawan2 baru di sekolah baru dan jenis tak kisah nak bersosial dengan orang. Dia pandai sesuaikan diri, mudah mesra, pandai cakap dan berani. Kalau dia nak sesuatu, dia akan cuba juga manipulated idea tu berkali² supaya dapat apa yang dia nak. Tak banyak, sikit pun jadilah bagi dia. Itulah dia anak no 2 saya. Patutlah ko nak makan apa, pergi mana semua dapat dik. Tapi ada juga lah yang tak berjaya.
.
Jadi kalau ikutkan kenali potensi anak melalui kaedah Metafizik, memang hampir sama dah yang tersurat dan tersirat. Sebagai ibu bapa, kita galakkan dan terus bagi semangat bagi apa yang mereka suka. Walaupun kadang² kita yang penat tengok mereka. Jangan bagi mereka putus asa dengan semangat dalaman mereka (ibulah tu, sebab tu ibu banyak do & don't)..
.
Berdasarkan pengalaman kami suami isteri yang ada pusat tuisyen hampir 15 tahun ni, sering juga kami bertanya dan korek rahsia dari dulu lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak² sangat excellent dalam pelajaran dan sangat pandai menyantuni org tua, apa rahsianya. Kebanyakannya jawab "penuhi jadual anak, jangan bagi anak duduk saja, bagi anak pengalaman baru, komunikasi selalu".
.
Ok noted! We follow.
Sekian cerita potensi anak 🀩


Laporan potensi diri ni saya buat untuk suami, saya, Aleesya & Ayyunie pada tahun 2015 lagi. Masa tu Daim masih dalam perut. Saya dan suami belajar kaedah Metafizik secara private class bersama coach. Dan sekaligus buat laporan ni. Kebetulan atau suratan, memang 70% hampir sama dengan karakter diri kita. Dan dari situlah kita boleh tonjolkan kebolehan kita dan cari penyelesaian kelemahan kita.

Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Jadikan amalan didunia sebagai sahan akhirat kelak. Aaaminn.. 
Post a Comment