Saturday, February 3, 2018

Pembukaan Mydin Mall Mutiara Rini


Hello.. 
Warga Skudai dah pergi ke Mydin Mall Mutiara Rini yang baru dirasmikan semalam? 


Sementara tunggu kakak² habis tuisyen ada gap masa 3 jam semalam,  ibu dan Daim menghabiskan masa kat sini lah. Dah dekat dengan area tuisyen kakak². Kalau tak, memang tak pergilah time ramai² cwmni kan. 

Pembukaan Mydin Mutiara Rini semalam boleh dikatakan best juga lah. Banyak maskot, banyak promosi, banyak tester, dan lain².... 

Boleh tahan besar yang amat jugalah Mydin Mall ni (besar utk kategori Mydin yang ada ya).  Walaupun ramai orang dan besar, no worries, parking pun luas. 360' boleh parking. Tingkat LG pun ada tempat parking lagi. 


Tujuan utama datang sini selain cuci² mata, nak juga beli serba sedikit groceries kat rumah yang dah susut ni. Tapi masuk² je pasaraya, hamboiii... Nak tolak troli pun susah. So saya surrender untuk shopping. Terus keluar cari tempat makan. Lagi pun berdua je dengan Daim, agak leceh jugalah nak beratur panjang beli tu ni terutama kat kaunter bayaran kan. 


Outlet restoran pun bukan main penuh ngan orang terutama Marrybrown. Nasib baik kat Mee Tarik Warisan ni ada kosong. Dapat duduk depan pentas utama lagi. Seronok Daim sambil makan sambil tengok ragam orang dan aksi² kanak² lain kat situ. 


Eh Daim suka erkk ada mascot Carrie Junior tu. 


Jasmine tea. Lately memang suka minum teh hijau atau apa2 teh tanpa gula. Nak diet konon.. Hihi.. 


Nak order mee yang berkuah. Tapi macam tak berapa kena je dengan selera ni. Last² order nasi juga. Sedap nasi ni. Nama menu ni lupa pula dah. Kalut² nak tulis order dalam kertas, sampai tak alert sangat nama menu ni. 


For those yang nak datang sini. Tingkat 1 untuk pasaraya yang jual groceries. Tingkat 2 untuk pasaraya yang jual peralatan rumah, pakaian, barang hiasan dan lain². Saya pun tak habis jejak lagi ni.. Next time tunggu reda² sikit kita terjah lagi.

P/s: Promosi masih berlangsung sehingga 4hb ni.

Post a Comment