Alhamdulillah, pada jumaat malam sabtu yang lepas, selesai sudah majlis kenduri Solat Hajat serta Maulidur rasul dirumah kami. Majlis yang dimulakan lepas solat isyak dihadiri oleh jemaah2 surau serta masjid yang berdekatan, jiran-jiran, sahabat handai, staff-staff serta anak-anak murid tercinta.
Untuk urusan makanan, saya dan suami melantik Mak Jah Catering uruskan semuanya dari A-Z...ya kali ni memang keluarga saya tak buat apa2 persediaan makanan pun memandangkan saya rasa ini adalah masa utk berehat sebaik-baiknya serta tak nak menyusahkan FIL yang datang jauh2 dari Kelantan. Dah biasa buat catering ngan Mak Jah, yang the latest masa kenduri kesyukuran tempoh hari..
Awal juga ya Mak Jah Catering hantar makanan. Seawal jam 7 petang dah sampai. Sepatutnya haritu kata jam 8 malam. Tapi tak kisahlah janji makanan dah ada dan masih segar walaupun time makan hanya lepas isyak...
Lepas solat Isyak, maka tetamu pun mulalah hadir...Didahului dengan jemaah2 masjid dan surau kemudian diikuti oleh jiran2 dan sahabat handai..Sebelum memulakan solat hajat, Imam akan menerangkan cara-cara bagaimana utk solat hajat yang betul dan ayah damia juga memberi sedikit ucapan apakah tujuan solat hajat ini diadakan.
Doa daripada kalian semua amat bermakna buat kami berdua utk menjadi TETAMU ALLAH..
Sebilangan tetamu yang hadir dan muat utk solat hajat..
Ada sesetengah yang datang lambat dan tak muat duduk kat luar...
Maaflah rumah tak berapa besar nak muatkan semua tetamu yang hadir utk solat hajat..
Manakala tetamu perempuan pula berkampung diluar...
Ni saya bersama ex students saya..
Lepas sahaja solat hajat serta selawat ke atas Nabi S.A.W sempena Maulidur Rasul, tetamu perempuan masuk ke dalam rumah, dan tetamu lelaki pula keluar utk menjamu hidangan nasi beriani. Alhamdulillah, seronok tgk semua makan..
Jemaah lelaki makan diatas tikar yang disediakan..
Ada sesetengahnya duduk atas buaian serta kerusi2 yang disediakan..
Sekali sekala macam ni, terasa sangat seronok..
Masing2 berbual dan berkenalan antara satu sama lain..
Ni pula sahabat handai ayah damia...
Ada antara mereka tu staff kami..
Kebetulan pula ada staff yang ada kelas malam tu, so memang diaorg datang lewat sikit dalam jam 10:15 malam...
Yang hujung sana jiran2 serta sahabat2 saya..
Manakala yang dalam bulatan besar tu adalah staff2 saya dan ayah damia..
Diaorg datang pun 3 peringkat ni..
Yang tak ada kelas malam tu, datang lepas isyak..
Pastu yang dari centre saya habis mengajar datang dalam jam 9:45 pm..
Dan akhir sekali yang datang lepas habis kelas dari centre ayah damia pula lebih kurang jam 10 lebih..
Alhamdulillah, semua staffs saya datang kecuali beberapa sahaja tak dapat hadir atas sebab2 tertentu..
Gambar kat atas tu staffs saya yang tak ada kelas malam tu..so lama sikit ah diaorg lepak sambil tunggu yang baru habis kelas datang...
Yang tudung biru tu teacher Athirah..antara staff lama saya..bulan 3 ni dah nak kahwin..
Sob-sob-sob...lepas ni dia dah nak letak jawatan sebab nak jaga makan minum suami sambil sambung PHD pula...apa2 pun uolsss semua memang best!!!!
Terima kasih kepada semua yang hadir malam tu...Doa2 kalian serta salam kalian kepada Rasulullah Insyallah akan kami sampaikan. Terima kasih jua atas sumbangan2 kalian yang ada siap kirim dari Kampung kat Kelantan kepada MIL saya..Mana yang kurang lebih tu minta halalkan. Mana yang terguris hati serta terkasar minta diampunkan. Semoga perjalanan kami menjadi TETAMU ALLAH dipermudahkan sebelum, semasa serta selepas Umrah. Yang baik datang daripadaNYA, yang buruk itu adalah dari saya sendiri..
Wallahualam..
p/s: Gambar semua diambil oleh salah seorang ex-students saya...so memang shaky sebab katanya KETAR pegang smart camera baru saya...hihi..so hasilnya sangatlah blurrrrrrrrrrrrr kan...ok lah janji ada kenangan bersama kalian semua...oh ya, ex-students saya pun ada rekod beberapa video pada malam tu, nanti saya upload ya...terima kasih semua..
p/s: Kita hanya merancang dan Allah yang tentukan segalanya...
Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
2 comments:
meriah nyer ;)
Salam..minta sampaikan salam sy kpd Rasulullah SAW juga ya:)..semoga mendapat umrah mabrur.
Post a Comment