Wednesday, June 20, 2012

Kenduri kesyukuran ~ meriah dalam kesederhanaan

2 Hari sebelum bertolak ke Bandung, kami sekeluarga sempat mengadakan majlis Kenduri Kesyukuran yang diadakan di Mak Jah Cafe, UTM.
Dah lama nak buat majlis Kenduri Kesyukuran ni, tapi ada jer halangan terutamanya dari segi masa.
So memang dah nekad, sebelum kami ke Bandung tetap nak langsaikan juga hutang NAZAR ayah damia tu.
NAZAR ni tak ada kena mengena dengan kemenangan Contest yer...tak kira Dutch Lady, Jacobs, atau contest lain-lain. Lagipun duit Jacobs pun tak dapat lagi lerrr...bila nak dapat ni...hik hik.

Opssss, ada pula tetamu yang buat andaian NAZAR ayah damia adalah berkenaan dengan 
baby "Danial Aaron" dalam perut ibu....hahahahaha...sabo jer lah..
Apa2 pun terlaksana sudah hajat hati di ayah Damia nak buat kenduri kesyukuran "Kambing Golek"




Nak dijadikan cerita, masa malam kenduri tu dah bawak DSLR, tapi alahai...boleh pulak tak ingat nak insert  memory card..punyalah frust masa tu...so apa2 pun redha jer lah guna Iphone utk snap2..

Kami as a tuan rumah wajib lah mula2 sampai kan..
Mula2 sampai tgk semua dah tersedia dengan ringkas tapi cantik...
Paling tertarik dengan susunan dessert puding koktail ni...




Susunan makanan secara buffet dihias cantik dan disusun rapi...
Ni bahagian pencuci mulut dan juga kuih muih..




Ni pula bahagian main course
Nasi beriani, ayam masak beriani, dalca, pecuk nenas, papadom dan lain lain.




Alhamdulillah...kami memang sangat puas hati dengan decoration yang dibuat disini...
Selesa, sejuk dan makanan pun best!!




Sebelum tetamu sampai, baik posing2 dulu kan...
Tema kami malam tu pink hitam...alah..pakai jer mana yang ada sebenarnya..




Bergambar bersama mak juga..
Mak datang JB ni atas undangan khas dari anaknya..
Terima kasih mak!!




Kambing ni diberi nama DINGGO oleh kawan2 ayah damia..
Ntah cam mana kawan2 ayah damia boleh terfikir pasal DINGGO ni..
Semuanya bermula dari whatapps utk group ayah damia lah ni..
Chatting punya chatting, terlekat nama DINGGO kambing ni...haha




Sos utk kambing golek haritu..
BBQ sos dan juga Chili sos homemade..




Ayyunie berposing2..
Sekarang sukarela jer posing2..
Dah tak yah suruh bagai..





Aleesya pun apa kurangnya..
Posing2 maintain gitu..




Anak2 dah posing, takkan ibunya tak nak posing juga kan..




Tepat jam 8:10 malam..
Tetamu mula hadir, antara tetamu yang sampai paling awal adalah teacher school both DAMIAs..
Lepas tu dihadiri oleh para staff kami dan juga jiran2..
Ada juga comper yang baru kenal datang juga...
Lepas tu baru lah geng2 ayah DAMIAs datang..
Kawan2 ibu pun tak lupa utk datang juga..
Alhamdulillah...meriah memang meriah..

Tu ayah DAMIAs tgh memberi sedikit ucapan terima kasih kepada para tetamu..





Majlis malam tu dimulakan agak lewat sikit sebab ustaz yang baca doa selamat lambat sampai..
Kesian para tetamu kan menunggu nak makan..
Hehehe..salah kan uztaz tu, jangan salahkan saya..:)





Maka acara makan memakan pun bermula..
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar..





Dinggo yang menjadi idaman!!
Jujurnya ramai yang memuji Dinggo golek ni sangat sangat best..
Masing2 makan bertambah2..
Bayangkan yang tak makan kambing pun boleh makan berpinggan2..
Ibu yang tak suka makan kambing pun pabila rasa, memang tak rasa kambing langsung..
Dengan lembutnya, dengan tak bau hamisnya, dengan garing diluarnya..
Pendek kata perfect utk Dinggo Golek kali ni..
Ni komen2 dari tetamu yang datang yer...

Pabila dengar komen2 cam tu..alhamdulillah..
Sebab memang NAZAR nak jamu dan makan kambing golek kan..
Kebetulan pula Dinggo pun sangat best rasanya..
So, memang sangat2 berbaloi..





Walaupun jam menunjukkan angka 10 malam...tapi tetamu tak putus2 hadir..





Ni geng2 ayah damia lah ni..
Duduk kat luar, depan2 betul Dinggo Golek tu..
Hik hik...lebih santai dan lebih senang nak capai agaknya..




Beginilah nasib Dinggo tu..
Hingga ke tulang rusuk di ratah dan di makan...
Baguslah...tak membazir namanya kan..
Kami sekeluarga pun senang hati tgk...





Kawan2 both DAMIAs..
Alahai tak sempat pulak nak snap2 semua gambar tetamu dan juga para jemputan..
Al-maklumlah..ada yang kata saya dah macam mak pengantin..
Ke hulu ke hilir melayan para jemputan..
Tak menang mulut dok melayan para tetamu..
Sudahnya...last2 baru dapat makan..
Tu pun tak dapat makan dengan khusyuk sebab melayan tetamu lagi pentingkan..:)
Tetamu kan rahmat daripadaNYA..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir tak kira jauh atau dekat..hahaha...majlis dah nak dekat sebulan, baru ucapkan terima kasih...tak lah dalam FB, sms dan whatapps dah ucap TQ awal2..dalam Blog jer ni baru sempat ucap terima kasih..

Sesungguhnya kehadiran tuan/puan/adik/kakak/abang semua memang memeriahkan suasana..
You all memang best!!!!
Lain kali ada rezeki buat lagi...
Insyallah....

p/s: Patutlah sekarang banyak majlis kahwin buat kat hotel2 atau dewan2 jer...senang...balik terus mandi dan tido jer...tak payah susah2 nak kemas rumah dan deco2 rumah....hik hik..lagipun sejak2 dah tak ada maid ni, memang selalu buat majlis kat restoran2 jer...:)


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone
Post a Comment