Friday, June 29, 2012

BANDUNG DAY 2 || Tak sah tak berurut kalau ke Indonesia!!!


Indonesia sinonim dengan urut mengurut ni kan..
So kalau ke mana2 daerah di Indonesia, memang tak sah kalau tak berurut kan..

Dulu masa saya ke Batam, saya sempat menggunakan perkhidmatan mengurut di dalam bilik hotel..
Tapi masa tu untuk saya seorang..

Percutian ke Bandung ni juga saya dan keluarga tak lepaskan peluang untuk berurut dalam bilik..
Tapi memang kebetulan masa tu kaki kami sangat2 penat..
Bukan setakat kaki yang terasa berat, malahan kepala pun ada terasa sakitnya..
Agaknya penangan Jungle Trekking kat Tangkuban Perahu tu rasanya.



Jam waktu Bandung menunjukkan jam 9 malam..
Saya menelefon nombor pusat urutan dalam hotel yang tertera atas side table tu..
Pada mulanya sekadar nak berurut kaki sahaja, tapi difikir2kan....urut satu badan sekaligus lah..
Terdapat banyak nama2 urutan yang tertera pada pamplet tu, tapi selepas diberi penerangan oleh person incharge yang angkat telefon tu, terus saya decided nak "Kawas Massage"

Dalam lebih kurang 10 minit kemudian, pintu bilik hotel berting tong ting tong..
Kelihatan 1 perempuan yang dalam lingkungan 30 tahun dan 1 perempuan yang agak berusia 45 tahun memegang tuala dan aksesori urutan dalam bakul masing2..

Sebelum kami berurut, saya dan suami diberi kain tuala utk menukar pakaian..
Maksudnya hanya pakai tuala semata2..
Alahai abang...dalam keterpaksaan dia terpaksa akur juga..
Sebab nak berurut punya pasal...
Nasib ler berurut dengan isteri sebelah2 jer..
So, senang hati!!

Oh yer sebelum tu, 2 perempuan tu juga sempat mengurut Aleesya & Ayyunie..
Both Damias yang pada mulanya bising2, terus terlena masa diurut oleh terapis tersebut..
So, pabila anak2 dah tido dengan tenang, maka kami suami isteri dapatlah berurut dengan tenang juga..:)

Tapiiiiiiii...sambil2 mengurut tu, sempat lagi weiiii terapis tu promote suruh amik pakej teknik urutan muka..
Mereka kata yang mereka urut ni dapat komisen sikitttt sangat dari pihak hotel, so urutan muka tu kengkononnya tips utk diaorg..
Hurmmm...cam biasa, saya memang pantang dipujuk atau dirayu utk beli barang atau mencuba service..
So, saya anggukkan dan ya ya kan ajer lah...
Si suami pulak tak kisah...hehe

So total wang Indonesian Rupiah saya yang habis utk urutan malam tu ialah.

* Kawas massage utk saya : IR 250,000
* Kawas massage utk suami : IR 250,000
* Urutan muka (Tips mereka): IR 100,000 X 2 org..

Total: IR 700,000

P/S: Suami saya kata jangan berkira sangat dengan duit masa berholiday, nanti mood holiday hilang...:) Baiklah abang, saya menurut perintah...hik hik
p/s: Uolss cam mana?? Pernah panggil terapis datang bilik hotel berurut??? Kalau tukang urut datang rumah tu biasalah kan...



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

No comments: