Thursday, June 7, 2012

~My Childhood~ Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...


Phewwwww.. what a hectic week..
Sesungguhnya dalam seminggu dua ni selain dari bizi bercuti ke hulu hilir, at the same time juga bizi dengan tugasan2 yang diberi oleh Pihak Jacobs dan TVC...

Bayangkan sebelum bertolak ke Bandung lagi, saya dah dapat jadual untuk appointment dan juga shooting.
Yang best sekali tu saya kena stay kat KL bermula sabtu ni iaitu 9hb hingga 14hb iaitu khamis depan..hotel, makan minum semuanya DITANGGUNG oleh pihak Jacobs selama 1 minggu di KL tu..best memang lah best, tapi keje cam mana?? 

Hohohoho...dah lah office cuti seminggu last week, pastu minggu ni sibuk dengan perkhemahan students dan juga seminar teknik menjawab soalan, takkan minggu depan kena cuti lagi kan...dalam dilema ni..harap2 keputusan yang dibincang bersama dengan pihak TVC mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik

Walaupun bercuti, tetap banyak juga kerja kena buat, antaranya masa kat Bandung lagi dah dapat call dari TVC dan juga inbox FB...pastu sampai Malaysia otw nak ke Ipoh pun discuss lagi dalam phone..Last2 sampai Homestay Ipoh, saya diminta buat telefon conference seramai 5 org bertanyakan itu ini..

Pastu masa dekat perkhemahan pun dapat call in dari TVC..pihak TVC nak gambar2 lama serta gambar2 sekarang...mula2 nak suruh mak kat kampung pos kan..tapi kata mereka lambat, mak pun suruhlah anak buah dia emailkan...pendek kata macam2 lah lagi tugasan kena buat...enjoy memang enjoy tapi kebetulan timing tu dalam keadaan memang dah sibuk..so pendek kata kerja bertimbun2 perlu diselesaikan..


Ni saya kongsikan antara gambar2 lama yang telah selamat mak pos semalam dari Kelantan..
Sekadar menjadi kenangan atau rujukan utk masa akan datang..
Tu saya masa umur 1 tahun...mak kata masa ni saya baru pandai berjalan..
Mak cakap saya memang pantang tgk kamera, asalkan tgk kamera jer mesti tersengih..
Sebab tu sampai sekarang saya suka senyum nampak gigi depan kamera...:)


Ni pun masa saya berumur 1 tahun..
See...sengih lagi..


Ramai yang cakap masa ni tak ada rupa saya sekarang kan..


Patutlah Aleesya suka tolong saya di dapur, rupa2nya masa kecil2 mak cakap saya pun sama suka tolong mak kat dapur..mana nak tumpahnya kuah kan...:)

p/s: Mak cakap, saya kecik2 suka pakai skirt dan gaun. Tak suka pakai seluar...dan hingga kini Aleesya + Ayyunie pun sama suka pakai skirt dan gaun..kalau ada seluar pun jenis yang legging atau seluar senteng macam cina2 pakai tu...percaya tak?? Hingga kini Both Damias tak ada seluar jeans..

p/s: Ramai yang cakap juga both Damias tak ikut rupa saya pun masa kecik2..kalau ada yang ikut rupa pun Ayyunie yang ikut gambar pertama tu..apa kata anda??


p/s: Alahai, sabtu ni mak ada KURSUS HAJI yang last...wajib pergi tu..cam mana nak attend appointment ni??





Post a Comment