Thursday, June 21, 2012

BANDUNG DAY 2 || Tangkuban Perahu sebuah perjalanan!!

~Hari ke 2 di Bandung~

Pagi2 lepas kami breakfast, terus tunggu supir amik kami di bahagian Concierge.
Kami kenal supir ni pun sebab BIL yang suggestkan masa dia hantar kami kat LCCT sebelum berlepas ke Bandung. Memang untunglah kami pada masa tu...kalau tak main redah jer naik teksi ke sana sini..
Tepat jam 9 pagi, supir pun tiba dengan Avanzanya..
Sesuai dan selesalah utk kami 4 beranak ni..


Memang dah rancang dari awal lagi, tempat pertama nak pergi ialah Tangkuban Perahu..
Tu supir kami, baik orangnya, dan walaupun dia bekerja utk saya hanya 3 hari di Bandung, tapi serius saya cakap, dia memang sangat baik dan jujur...langsung tidak mengambil kesempatan atas kami. Malahan kami pulak yang tak berkira nak ajak dia makan itu ini, beli itu ini utk dia dan anak-anak..
Buat baik dibalas baikkan.
Owhh nama supir kami tu Opik (Taufik)


Mula2 sampai kami terus bergambar disini..
Masa kami tgh bergambar ni, tetiba datang pula tourist guide dok promote suruh ambil dia as a tourist guide kami...siap tunjuk kad pengenalan diri bagai yang dia adalah tourist guide berdaftar di Tangkuban Perahu tu..
Katanya dia akan tunjuk jalan sampai ke kawah bawah di sana..dan akan pastikan keselamatan kami..
Disebabkan kami ni mudah kesian ngan pujuk rayu org, memang ya ya kan ajer lah..
Lagipun excited nak sampai kawah bawah kan..



Tempat wajib bergambar yer kalau dah sampai sini...:)
Fuhhh sejukkk betul atas ni...macam Genting Highlands sudaaaa..


Sebelum meneruskan perjalanan ke dalam Hutan yang cantik itu, kami sempat bergambar di pokok unik ini..
Unikkan warna batang pokok ni...dan pokok ni masih hidup kata tourist guide tu..
Nama tourist guide kami DEDI...so lepas ni sebut DEDI jer lah senang yer..:)

Baiklah...perjalanan kami akan bermula..
Oh yer..lupa pulak nak cakap..
Maksud Tangkuban Perahu ialah "Perahu Terbalik" yer..


Mula2 perjalanan pun dah excited dan mencabar..
Semua gambar kami sepanjang Tangkuban Perahu ini adalah disnap oleh Dedi..


~Untunglah~
Sebab ada tourist guide yang boleh snap2 gambar kami berdua..
Kalau tak jangan harap ler nak dapat banyak2 gambar berdua kan..


Subhanallah...Indahnya ciptaan Tuhan..
Memang sangat2 cantik dalam hutan ni..
Selama ni tgk dalam gambar jer..
Sekarang puas hati dah tgk dengan mata sendiri


Berhenti berehat di tengah2 hutan ni..


Untunglah both DAMIAs..
Dikendong sepanjang jalan..
Aleesya adalah juga nak berjalan kejap2..
Ayyunie?? haha...kesianlah orang yang memang dukung Ayyunie tu..


OTW nak sampai ke Kawah tu...
Terjumpa pula Kayu belah kayu bertangkup...
Hehehe..nasib baik masa masuk dalam tu tak bertangkup...:)


Nasib baik muat hokeyy...
Tersengih2 pabila muat masuk dalam ni.....:)


Sampai separuh perjalanan rehat kejap..


Sambil2 rehat tu pandang ke bawah..
Wahhh, kelihatan kelibat2 manusia di kawah yang masih aktif tu..
Nampak tak manusi2 kat dalam gambar tu..


Gambar ni blurrr
Tapi sebab tangga kayu yang unik tu, nak masukkan jugak..


Sambil borak2 dengan penjual yang mengikut kami..


Masa ni Aleesya nak jalan..
Haihhhh, runsing jugak sebab jalan tak rata dan licin..
Tapi nasib baik ada ramai yang take care both DAMIAs..


Berehat kejap disini...
Katanya sikit lagi nak sampai..
Berapa banyak sikitttt daaaaa....


Hah tu dia dah nak sampai...


Yahooooo!!!! Akhirnya kami sampai jua ke kawah di bawah ni...
Sebelum tu kami beli 4 biji telur utk direbus dalam air panas kat sini..
4 biji telur IR10,000 (RM3.50)


Happy sebab penat kami berbaloi..


Sesi rebus2 telur...


Hurmmm...amik kesempatan ni!!!!


Yeayyyy, telur kami dah masak...


Bergambar beramai..
Dengan orang kuat kami sepanjang perjalanan ke Kawah ni..


Sementara ibu ayah berurut kaki dengan belerang (sulfur) kat sini, both DAMIAs ada yang jaga..
Tu cokelat yang beli kat airport..agak expensive harganya..
Rasanya yang tukang jaga lagi banyak makan dari both DAMIAs kot..
Tak pe lah...share2 antara mereka..


Sesi mengurut..


Lebih kurang setengah jam kat kawah tu, kami pun kena mendaki pula nak naik ke stesen kereta..
Kat situ Supir kami dah tunggu...
Means bukan laluan yang mula2 kita turun tadi..


Rehat....melepaskan kepenatan kejap..


Penat2 pun sempat lagi amik gambar..


Otw balik kebanyakannya jalan agak rata..
Tak berapa banyak curam..


Katanya pokok tertua kat situ..


Akhirnya dah nak sampai ke stesen kereta supir2..
Agak2 apa yang berlaku masa kat atas tu yer??
Hurmmm...panjang ceritanya..
Nantilah cerita details dalam next entry yer...:)

Ni pun dah panjang sangat rasanya entry ni..
TQ sebab sudi baca..:)




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

 
Post a Comment