Friday, June 22, 2012

Walaupun dah beringat, tapi kami tetap kena tipu juta-juta jugak..

 Sambung  cerita masa nak balik kat Tangkuban Perahu semalam..

Ok lah, masa otw nak ke Tangkuban Perahu tu, supir dah pesan siap2..
Jangan mudah terpedaya beli barang-barang yang org jual kat situ..
Sebab harganya adalah 10 kali mahal dari harga kat luar tu..
Supir juga siap pesan lagi, kalau ada org ikut kita, cakap kita tak suka, kalau ada yang nak jual barang2 tu cakap saya dah beli banyak dan ini hari terakhir saya di Bandung..
Pendek kata macam2 lah jugak Supir saya tu bagi tips2 agar tidah mudah terpedaya nak beli barang2 yang mahal itu..
Tapi supir saya cakap
"Walaupun sudah dipesann banyak kali, tapi masih ramai juga yang beli"

Pabila dengar cakap2 supir tu, terus cakap kat ayah damia
"Abang dengar tu, kita kena kuatkan hati dan jual mahal tau kalau org nak jual apa2 kat kita"
Ok fine, kami pun mulakan perjalanan dengan harapan tak ada org ganggu kita nak jual benda bagai..

Pastu kisah dengan tourist guide pulak yang bernama DEDI tu..
Katanya dia akan charge IR300,000 (RM105) utk sejam perjalanan ke kawah tu..
Cara Dedi tu cakap umpama kami akan sampai ke kawah tu dalam lebih kurang sejam..
Tanpa fikir panjang kami ya ya kan jer lah sebab mati2 ingat akan sampai dalam sejam jer..

Pastu masa sampai kat Kawah bawah tu, tgk2 jam pun dah nak dekat 1 jam lebih baru sampai ni..
Ok lah, think positif, sebab tadi banyak rehat2 kan..
So may be tak ada apa2 lah kot..

Then naik balik ke stesen kereta2 supir tunggu pun dah nak dekat sejam.
So total lebih kurang 3 jam lah kan..

Seyes, masa saya bayar IR300,000 tu, Dedi tu cakap, bukan IR300,000 yer bukkkk, tapi IR900,000 (RM300++) sebabnya 3 jam...cehhhh!!! rasa tertipu sangat2...sebab tadi sebelum start perjalanan katanya IR300,000 jer...dan saya sangat2 lah tak budget sampai 3 jam kan...lepas tu ayah damia siap cakap..kenapa tak cakap tadi pakej ni IR900,000...kenapa cakap IR3000,000 sejam....dah sah sah awak tahu nak sampai kat bawah tu tak mungkin 1 jam jer kan..

Saya berkeras cakap tak ada duit...ada IR450,000 jer....dia siap cakap bagi duit RM pun tak pe...tapi saya cakap duit RM pun tak bawak langsung (padahal ada jer dalam poket sebelah kanan, poket sebelah kiri duit IR)...last2 lepas saya berkeras, dia terima juga IR450,000 tu...dia ingat dia seorang jer boleh berkeras, kami pun boleh jugak lah...ok!! Habis disitu..


Sambung kisah org jual2 barang pulak..kan ada 5 org yang ikut kami ke kawah bawah tu..semua tu penjual..kami dah cakap kami tak nak..Dedi tu cakap tak pe bukkk, kami tak paksa beli, cuma mahu ikut sahaja...Ok fine, tak nak spoilkan cuti2 kami, relakan jer lah ikut...tapi memang penjual2 tu semua bagus2 lah..antaranya dilayan both Damias macam puteri, dikendong, disuap makanan, di layan main dan macam2 lagi...so kat situ dah terdetik jugak nak lah beli barang2 diaorg nanti kalau kena harganya..

Sekali masa kami tengah berurut kaki dengan belerang kat kawah tu, diaorg pun tunjuk lah barang2 tu..macam2 barang ada, ada senduk2, ada fridge magnet, ada keychain, ada rantai2 dan macam2 lagi..tapi harga??? TAKKKKK MUNASABAHHHHHHHH!!!

Bayangkan harga 1 rantai yang batu2 tu pun IR400,000 (RM140), Fridge Magnet pulak harga IR3000,000 (RM 100)...Amboiiii bukan main cekik darah lagi....tapi sebabkan kesian dan dalam keadaan terpaksa juga, belilah jugak 2 rantai utk Both DAMIAs...lepas tawar menawar, dapat pun 2 rantai IR400,000...boleh pun bagi harga murah...saja lah tu nak paw pelancong kaw kaw punya...


Tak cukup tu...masa balik dah nak sampai stesen kereta supir pun, sempat lagi diaorg buat muka kesian..siap cakap, kami ada 5 org, tapi bukkk beli dengan 1 org sahaja, kami yang 4 org ni nak makan apaaa bukkk, kesian kami....alahai...awak2 semua tak kesian kat saya ke??? sob sob sob...mula2 buat jual mahal gak....diaorg suruh beli Fridge magnet dengan harga IR300,000 jugakkk...apa kes kan nak beli FM sampai harga RM100...haishh..serba salah dibuatnya...last2 fikirkan layanan diaorg kat both DAMIAs, belilah juga...tapi dengan Harga IR200,000 jer...ok lah kan....pastu terus kami cepat2 ke kereta supir...bukan apa lagi lama kat situ, lagi banyak dikecek oleh puak2 tu...kitaorg ni dah lah mudah kesian...tahan2 hati nak beli pun, terbeli jugakkan..

FYI, penjual2 ni kata tak boleh naik sampai ke stesen kereta supir2 tu...ntah apa muslihat diaorg...kata mereka, boleh jual dalam tu seminggu sekali jer, erkkk..ntahlah ..pendek kata diaorg ni hidup penuh dengan pujuk rayu dan belas kasihan....huhu..




So total habis kena PAW KAW KAW kat situ..

Tourist Guide = IR 450,000
2 utas rantai = IR 400,000
Fidge Magnet = IR 200,00
Total = IR 1, 050,000

P/S: Dalam kereta ayah damia cakap 
" Tak pe lah, anggap jer yang mana lebih tu sedekah, bagus jugak kena cam ni, sekurang2nya kita ada pengalaman, next time datang kita dah tahu cam mana caranya.."
Sejuk hati dengar masa ni..;)




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
Post a Comment