Wednesday, February 27, 2013

Melimpah ruah org solat di R&R..

Tak cukup kat bahagian dalam, solat kat luar bangunan surau pun bolehlah.. Janji dapat solat kan.. Tapi make sure aurat terpelihara sebab lelaki memang mudah nampak org perempuan solat kat luar tu. Nama pun R&R kan, so banyak gerai2 makanan dan org lalu lalang ke toilet..

Oh ya ni suasana kat R&R madinah ya.. Masa ni singgah kejap utk solat jama' serta isi perut sebelum sampai Mekah yang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam lagi sampai...Apa2 pun pantang larang dalam Ihram jangan diabaikan kerana masa ni majoriti yang singgah di R&R ni berihram. Nanti tak pasal2 kena dam pula..

Apa2 pun saya hari2 menatap gambar2 saya di madinah dan di mekah dalam handphone ni... YA Allah, rindunya kat SANA.. Ni musim artis2 pula pergi umrah.. Antaranya amy search dan isteri, teh syuhada, dan beberapa lagi artis lain. Saya follow instagram isteri amy search dan dia hari2 upload gambar yang tempatnya hampir sama saya pergi tempohari..jujurnya saya sangat2 rindu..

Oh ya masa saya gi umrah tu, Ada jemaah group saya jumpa tok guru Nik Aziz dan juga pelakon Rozie Othman. Tapi pabila sampai disana, semuanya sama sahaja tak kira siapa kita di Malaysia..:))









No comments: