Monday, February 18, 2013

Menara jam tertinggi di dunia

Nama penuh bagi Menara jam tertinggi ini adalah Menara Abraj Al-Bait. Ianya terletak betul2 bertentangan dengan Masjidil Haram.

Gambar pertama di bawah adalah saya snap masa subuh pagi tadi. Manakala gambar kedua tu pula saya snap masa waktu malam..

Antara fakta menarik berkenaan tentang menara jam ini ialah ianya bukan sahaja paling tinggi di dunia, tapi setiap kali masuk waktu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak, akan terpancar cahaya lampu di menara jam tersebut sehingga boleh kelihatan sejauh 28km.

Selain itu, ia juga menjadi bualan kerana mozek yang digunakan utk menara jam ini diperbuat daripada emas. Emas apa saya pun tak pasti. Rasanya boleh google kot utk pengesahan fakta..

Alhamdulillah.. Finally dapat tgk sendiri Menara jam yang paling tinggi di tanah haram yang suci..



3 comments:

Gieyana said...

alhamdulillah...:-)

radziah AR said...

juga menggunakan sentuhan kepakaran jurutera anak malaysia.
Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
bersama 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology yg juga terdiri dari anak malaysia

saya sangat kagum & berbangga!

http://hajiarshad.blogspot.com/search?q=menara+jam+

Ezna Khalili said...

wahhhhh cantik!!!