Sunday, July 30, 2017

Puasa 1 bulan, raya 2 bulan..


Open house pertama semalam.
Jiran sebelah GO JB CHOCOLATE ni.. Tauke org kelantan. Patutlah ada gulai kawah dan serawa durian...:-)

Ada lagi 2 open house lepas tu. Johor ni puasa 1 bulan. Tapi rayanya 2 bulan kan.. Hihi...


Lepas open house, ke Angsana Mall pula tengok booth dan staffs kat situ... Sambil2 tinjau dan support produk2 usahawan lain. Gambar kat atas tu gambar malam sebelumnya masa loading barang kat Angsana... Lepas tu ke Pesta Durian yang viral tu kat sebelah luarnya.. 


Sebelum sambung open house seterusnya, sempat lagi sesi memanjakan diri dengan MY BIDAN HOUSE... Terima kasih Julia atas urutan yang penuh nikmat itu πŸ˜€.. Ringan satu badan!

Kesimpulannya, tuknag urut cakap badan saya:
#badanbanyakangin
#uratbersimpul
#kurangminumair

Huhu...


Sementara tu, borak apa 2 beranak ni.. Owhh hal lelaki, biarlah mereka berbicara dari hati ke hati.. Wahhh gitu...


Last Open house semalam rumah kat rumah anak murid. Makanan semua mantap & tip top.. Rasa nak tapau je sebab ada tak sempat makan πŸ™ŠπŸ™Š.. 

Siap bawa rombongan cikgu2 dan staffs pusat bahasa pelangi lagi gi bersama. Tapi balik asing2 sebab geng cikgu2 tak habis2 makan..haha.. Ya faham faham sebab tukang cuci pinggang mangkuk sekali kan..



Ok tak kiralah bulan apa sekali pun, kalau niat untuk menziarahi dan saling kunjung berkunjung untuk merapatkan ukhwah, Insyallah moga dirahmati dan diberkati kita semua. Aamin..

Uolsss masih mood beraya ke?



Post a Comment