Sunday, July 16, 2017

Kemeriahan Marhaban 2017



Jumaat
14 Julai 2017 
20 Syawal 

Menyantuni kariah surau dan kejiranan untuk marhaban ke rumah kami. Maaf yang tak muat tu, sampai ke carporch terpaksa berdiri. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga kalian semua juga dipermudahkan segala urusan.


Lepas marhaban dan doa, tetamu dijemput  menjamah manisan coklat dan chocotart yang disediakan. Suka tengok kalian makan. Sungguh2..


Merdu melodi marhaban kali ni. Lain ya melodi kalini dengan tahun2 lepas.


Sebelum group marhaban sampai, anak2  murid dan anak2 kejiranan datang beraya dulu..


Inilah kemeriahan marhaban sebenar.. Pembahagian duit raya untuk anak2... Seronok tengok masing2 beratur tunggu Ayyunie bagi duit raya ya. 60 sampul raya berbaki 6 je. 
#syukurselalu 


Berebut2 pun ada..


Besar kecik semua dapat duit raya asalkan masih bersekolah..


Menu of the day.. Ole ole Marhaban... Buffet Chocolate & Chocotart.. Semestinya dari CocoDamia..


Sandwiches untuk jamuan Marhaban.


Sementara tunggu group marhaban sampai.. Apa lagi.. Posing dulu..:-)

Alhamdulillah.. Moga ketemu Marhaban tahun depan..

P/s: Orang kata kat Johor ni raya 30 hari. Tiap2 malam ada marhaban. Makanya baju raya kena ada 30 pasang lah ya. Eh! 






No comments: