2 tajuk menu di atas adalah untuk 2 tempat yang berbeza..
Jom tengok tempat pertama kami ngeteh semalam di SDS Pulai Perdana 2...
Order air pelik-pelik, pastu suami tanya apa yang menariknya.... Haha.. Pastu abang budget keluar glasier ke dari air tu? Kikiki.. (Tengok video yang saya upload kat IG lebih faham maksudnya)..:-). Ni namanya Green Apple Ice Ball.. Green apple tu keras macam ice ball, pastu ada air gula. Nanti kena tuang air soda yang berbuih tu dalam gelas ice ball tu, tapi biasa je.. Ingat berbuih2 lagi macam minum Eno.. Haha.. Tapi sedap lah juga..
Pabila anak-anak back to back ada extra class waktu weekend, ibu ayah pun ada lah extra time utk ngeteh.. Dah lah waktu extra class tak sama, sorang kul 11, sorang kul 1, dah kena 2 org anak 2 kali ngeteh.. 😉
Aleesya order grill chicken chop.. Walhal sarapan pagi saya siap masak nasi berlauk lagi.. Tak pe, budak2 kan cepat lapar.. Penat memikirkan silibus sekolah sekarang.. Oppss!
Spageti creamy tuna untuk Daim. Eh macam lah habis, so saya ngan ayah damia yang habiskan.
Sepatutnya jam 1, Aleesya pula ada extra kelas. Tapi disebabkan kami nak ke Aeon Tebrau cari barang office, so lepas ambil Ayyunie balik extra class, terus gerak ke Aeon, kiranya Aleesya pontenglah kelas Ekstra tu.. Huhu.. Takut kalau Aleesya gi kelas juga, tak sempat kami nak patah balik ambil Aleesya je.
Ni lah tempat yang kami nak cari barang tu. Index living home. Tapi sayangnya barang yang kami nak beli tu tak ada, ada kat IKEA juga.. Haihhh..
Ok lepas round2 cari barang, kami ngeteh lagi di tempat kedua pula iaitu Tony Roma's.. Suka lah tu Daim dapat naik kiddie car. Jenuh tungguh turn nak dapat kiddie car ni tau. Sekali dah dapat, betul2 gunakan. Sampaikan makan pun dalam tu.. Hihi...
Suka Daim suap2 orang makan ni.. Layannnn.. Sambil dia suap kita, kita suap dia pula, gitulah taktik nak bagi dia banyak makan sikit..
Menu Aleesya sampai dulu.. Kids menu Chicken tender. Free je ni siap dessert sebab saya order yang main course.
Ayyunie order kids menu Pizza siap dessert. Tapi include charges le sebab ayah damia order yang main course ada promotion. So tak dapatlah free menu kids ni.
Pudding dan ais krim utk both Damias.. Tapi macam Daim yang banyak makan ni.. Haha
Main course saya... Grill 1/2 chicken.. Boleh kongsi 4 org portion ayam dan nasi ni. Besarrrrr...
Main course ayah damia. Hah yang ni ayah damia nak makan sangat2. Dah lama tak makan ribs.. Kebetulan ada promotion, terus order tanpa fikir ya..
2 ribs tu hanya RM45 sahaja.. Selalu 1 ribs pun dah cecah harga RM50-60 kan..free air dan free refill lagi.. Ok puas hati!
Suka ya Daim dapat makan sambil main kiddie car tu..
Ok siapa2 yang suka makan ribs tu terutama dengan sos2 marvelous dari Tony Roma's, cepat2 lah gi.
#syukurselalu
P/s: Harini pun both Damias ada extra class lagi.. Busynya lahai anak2..
No comments:
Post a Comment