Thursday, July 22, 2010

Seronoknya macam ni...dah lama tak buat..



 Luangkan masa bersama si kecil


Luangkan masa bersama si kecil pada setiap hari. Apabila anda bersama si kecil, anda perlu bersama-sama dalam setiap aktivitinya. Tinggalkan sebentar kerja rumah anda, suratkhabar ataupun kerisauan anda ketika itu. Biarkan si kecil tahu bahawa anda merasa seronok bersama mereka dan ini sudah pasti merapatkan hubungan anda berdua.


Anda juga boleh merancangkan satu masa yang sesuai untuk bersama sekiranya anda tidak punya masa yang terluang pada hari berkenaan. Sebagai contoh, telefon si kecil dari tempat kerja anda selama 5 minit dan tunjukkan bahawa anda memikirkan mengenai mereka. Sekiranya, anda tidak dapat makan malam bersama si kecil, anda boleh
meluangkan masa dengan menikmati pencuci mulut bersama-sama si kecil pada masa yang berikutnya.


Sekali-sekala ,ambil masa satu hari atau setengah hari dari waktu sibuk anda, untuk meluangkan masa bersama-sama si kecil. Pilih suatu aktiviti yang membuatkan anda dan anak anda merasa seronok. Sebagai contoh, berjalan bersama-sama di taman dan menikmati makanan tengahari yang disediakan oleh anda berdua pada pagi tersebut.

Sumber ambil dari sini....banyak tips2 berguna untuk kita pelajari tentang si kecil...

Aleesya memang suka kalau kat playground..
Dan dia pun dah nampak boleh bawak diri sendiri..
Tapi apa pun, masih dalam pemantauan lah..

Ayyunie pun suka gak kat playground..
Tapi masih takut2 nak cuba sesuatu permainan tu..
Tak leh kita jauh sikit daripada dia..
Mulalah merengek nak dukung


Ibu + ayah damia juga harus menyibukkan diri jugak..
Untuk main2 benda alah yg boleh dimain..
Penting supaya anak2 rasa dihargai ibu + ayah melayan mereka




Dah lepas main, haruslah tekak dibasahi ais krim..
Bukan anak2 yang minta yer..
Tapi ibu + ayah yg prihatin volunteer nak bagi makan ni..


Kali ni kami pergi ke taman dengan menaiki basikal masing2...
Sebabnya Aleesya dah pandai kayuh sendiri..
Di samping nak ajar biar dia lebih berani dan kayuh lebih cepat..
Ayyunie pun haruslah bawa basikal sendiri jugak kan..
Alasan malas nak dukung sebenarnya...


Walaupun mereka makan ais krim sendiri...
Alhamdulillah tak comot...
Aleesya memang awal2 lagi dah minta handkerchief nak lap2..
Cuma Ayyunie lah yang masih tak tau lagi...
Comot sikit2 tu biasalah budak2...



Dah lama janji nak bawak Aleesya + Ayyunie pergi playground..
Sabtu lepas baru berkesempatan...tu pun naik mengah ibu + ayah damia..
Cepat2 balik dari urusan, terus amik anak2 kat rumah..

Sesibuk mana pun kita...anak2 tidak perlu diabaikan..
Walaupun ibunya sibuk ngan FB dan blog...ekekekek...
Nasihat "berhantu" ayah damia tu...



Post a Comment