Monday, January 31, 2011

Potty Training seawal 1 tahun 10 bulan???



Tak der yang mustahil pun..
Kalau kita betul2 nekad nak ajar..
Harini 31/1, genap Ayyunie umur 1 tahun 10 bulan..
Sejak semalam lagi ibu, ayah + bibik dah ajar ayyunie potty training..
So far alhamdulillah...BERJAYA..
Cuma time tido dan jalan2 jer ayyunie pakai diapers..

Kalau dulu Aleesya umur 2 tahun ngam2 ibu ajar potty training..
Tapi ayyunie ntah kenapa pulak tiba2 datang angin kus2 nak ajar cepat 2 bulan..
Padahal kalau nak kira risiko, musim hujan ni...
Mau dikencingnya atas karpet atau tilam atau sofa..
Huhuhuhu..jenuh nak mengeringkannya..
Apa2 pun kena YAKIN pada diri sendiri...
Kalau kita tak yakin, macam mana nak encourage anak2 kita betul tak?

Tapi apa2 pun ibu takleh berbangga lagi...
Sebab baru 2 hari kan..
Kita tunggu after 1 month..cam mana resultnya..
Semalam sebelum sampai toilet, ader gak ayyunie terkucil sikit..
Alahhhh first day tu..biasalah kan..
Harini good job..pagi tadi ayyunie cakap kat bibik
"Bibik, kit yuk...nak yak...(bibik, sakit perut, nak berak)..
Alhamdulillah...langsung dia berak kat dalam toilet..


Gambar baru snap kejap tadi...
Hanya pakai panty semata2..panty yg ader gambar duck kat belakang..
Ni dah tido...so wajib ler pakai diaper kan..

Aleesya dulu 2 tahun 3 bulan dah betul2 free diapers...
Sebab tu seawal usia 2 tahun 4 bulan, dia diterima masuk ke SMART READER..
Walau nangis cam mana pun..tak pernah lagi aleesya terkucil kat school dia..
Alhamdulillah...senang ajar aleesya free diaper ni...
Moga2 ayyunie pun senang macam kakak dia...

Kalau sapa2 nak baca kisah first day aleesya kat Smart Reader..
Leh ler klik2 bawah yer..

Tips??? Selalu lah tanya anak2 kita..kalau boleh setiap 5 minit yer..macam ayyunie..walaupun dia tak nak kencing sangat..tapi kalau kita tanya "nak pee tak??"..mesti dia jawab nak...padahal masa kencing keluar 2 titik jer pun..hehe

p/s: Kalau terkencing pun apa susah?? Bibik kan ader...ekkekeke


Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Tetamu jauh itu

Alahai...baru jer nak buat suprises.
Sekali tgk tetamu jauh tu dah buat entry dulu...
Ibu pun tak tau pasal entry tu...
Nasib ader yg bagi komen kata tetamu jauh dah buat entry tu..hehe

Na, awat cepat sangat buat entry...ekekkeke

Ibu kalau ader tetamu nak datang, memang prefer jumpa kat rumah jer..
Sebab ader anak2 kecik kan...so biar diaorg selesa main2 kat rumah jer..
Walaupun tahu yg diri ini bukan terror benar bab2 masak ni..
Tapi sebagai menghormati tetamu yg first time nak bersua muka..
Rasanya gigih juga nak masak2....sebab hobi pun memang suka masak2...hehe
Unless kalau betul2 memnag tak sempat nak masak bagai..
Wajib ler jumpa kat luar kan..
Eh, rasanya blogger2 yg datang rumah ibu semuanya makan2 kat rumah jer kot...hehe


Na aka mama iqy tengah makan2 bersama suaminya, keri..
Memang best jumpa Na ni, peramah. jer suami isteri...
Macam2 citer nak diborakkan...
Sepatutnya janji nak datang kul 9:30 pagi..
Tapi sesat punya pasal, sampailah juga jam 10:15 pagi..


Yeayyyy...dapat juga jumpa Iqy secara live...
Memang betullah kata Na, kalau amik gambar Iqy, suka buat muncung2 tu..
Yang bagusnya Iqy ni, tak takut org langsung...
Tak macam Aleesya + Ayyunie...takut2 sikit kalau jumpa org..hehe



Sedondon diaorg..pink gitu...
I likeeeeeee...
Agak2 kalau aleesya + ayyunie ader adik lelaki...ginilah rupanya yer tak??? hahahaa


Dah lepas makan2..
Wajib bergambar yer..
Rasanya kalau dah nama blogger tu..
Of coz lah nak amik gambar kan..


2 dara, 1 teruna..
Terima kasih yer Na, sebab bagi handbag tu kat aleesya, dan scarf tu kat ayyunie..
Keesokkannya dah terus guna tau..
Aleesya letak handphone dan wet tissues dalam handbag tu...
Ke hulu ke hilir..bawak beg tu..
Malam tadi gi Giant pun bawak beg tu...hehe


Memang peramah orangnya Na ni...
Dah gaya ibu anak 3 pun yer ni...hehe


Opssss..perasan tak???
Kat atas tadi pakai baju + tudung lain..
Ni dah berubah imej pulak..
Hehehehe...sian Na ngan family..
Siap kena tunggu kak ayu mandi + siap2 nak gi keje ..
Kiranya senang sekali arung semua keluar..
UPDATED: muka ibu masa pakai tudung biru ni nampak chubby kan...sebab tudung tu awning dia thai silk..so kat tepi tu memang melepek je kat dahi dan pipi. Tak tinggi cam awning biasa tu...Cuba bandingkan ngan gambar kat atas tu yg pakai tudung pink + kuning tu...nampak lain betull..hahahahah..statement nak cover diri sendiri tu...ekekek


Alahai..sian pulak aleesya nampak muka jer...



Haaahhh...ni baru nampak semua..
Cilok gambar dari blog Na aka mama iqy ni...hehe
Nampak tak aleesya tu???
Siap2 dah nak gi school...
Cukup lengkap gambar kat atas tu..
Credit to bibik yer...hehe

Buat Na & Keri, kak ayu ngan abang khai nak minta maaf andai kata ader yang terkurang semasa layanan kami tempohari...kalau ader salah silap tu, kiranya halal yer..insyallah...moga kita dapat berjumpa lagi lain hari..mana tau kot2 otw kak ayu balik kelate..tiba2 datang angin kus2 nak singgah2 terengganu, leh singgah rumah Na yer...moga perhubungan kita bukan setakat di alam maya sahaja...peluk cium kak ayu utk Iqy yang comell dan cepat mesra dengan org tu yer..

Kalau nak baca entry Na tu...klik2 bawah..


p/s: Na, tima kasih jugak atas pemberian kepok losong dan 2 paket kepok keping tu...Dah habis pun na kepok losong tu...kepok keping tinggal 1 paket jer...hujan2 ni sedap layan kepok panas2...hehe




 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Menu sarapan utk blogger jauh...

Pagi2 ni..
Jom cuci2 mata dulu tgk menu simple yang disediakan utk bloger jauh yang bertandang ke rumah ibu tu..
Simple jer ni...sebab hari jumaat aritu kan keje + aleesya pun sekolah.
So masak yang mana tercapai dek akal jer lah..hehe


Ayam goreng rempah


Sambal udang


Nasi lemak pandan


Disebabkan tak der daun pisang...
Pinggan bentuk daun pisang ni pun bolehlah....


Hidangan aritu..
Agak2 tangan siapakah yang comel itu??
Nantikan next entry yer..

 



 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Sunday, January 30, 2011

Menu utk hari hujan..

Kat JB ni asyik hujan jer...
Dah 2-3 jari hujan tak henti2..
Ni dari malam tadi sampai la ke saat entry ni ditaip..
Masih tak henti2..

Kalau hujan, of coz nak makan menu sup2 atau panas2 kan..
Tiba2 datang idea nak buat kuew tiaow sup..
Cuma adjust lah sikit2 asal dia lain sikit dari kuew tiaw sup biasa makan yang putih tu..

Jom tgk hasil menu untuk hari hujan ni..
Ni merangkap breakfast + lunch untuk harini yer..hehe


Kuew tiaow yang digoreng bersama minyak bijan + bawang putih semata2..


Ni kuahnya..
Macam kuew tiaow sup biasa gak...
Bubuh ayam + udang + telur + sayur2 + cili besar + serbuk lada hitam & lada putih dan yang sepatutnya..
Untuk pekatkan kuah, masukkan 1 sudu tepung jagung.
Best2 makan time hujan2 ni..

p.s: Tempat uols hujan tak???

 


 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Saturday, January 29, 2011

Emas, mampu elakkan kulit anda kendur...


SEJAK dulu, emas dijadikan perhiasan diraja atau mata wang. Di zaman kegemilangan Ratu Cleopatra di Mesir, beliau menggunakan topeng emas untuk awet muda
Namun, rahsia kecantikan ini tenggelam dalam dunia moden sehinggalah diperkenalkan semula baru-baru ini.
Digunakan dalam produk kosmetik sebagai satu ramuan atau pigmen warna, emas kini bermanfaat untuk penjagaan kulit dan ramuan antipenuaan.
Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.
Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal.
Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit.
Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda.
Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.
Safi Rania Gold Serum mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.
Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:
Krim pembersih wajah Safi Rania Gold
Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.
Gel pembersih wajah Safi Rania Gold
Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.
Skrub wajah Safi Rania Gold
Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.
Penyegar Safi Rania Gold
Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.
Krim kontur mata Safi Rania Gold
Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.
Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++
Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.
Krim pelembap malam Safi Rania Gold
Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.
Krim kecantikan Safi Rania Gold
Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap. 


p/s: ADA SAPA2 YANG GUNA SAFI RANIA GOLD??? JOM TUKAR2 PANDANGAN DALAM ENTRY NI



Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Alycia 1st Giveaway


Nak join??? 

Click2 bawah


Kalau bertuah boleh dapat hadiah macam kat bawah!




Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Friday, January 28, 2011

Buat contest semata2 nak upkan traffic????

Tak tau macam mana nak mulakan..
Pendek citer macam ni lah..

Apa tujuan asal kita buat contest tu??
Adakah sebab semata2 nak ramaikan follower??
Atau memang niat kita ikhlas nak cari kawan dan keep in touch??
Ataupun memang niat kita nak buat pahala nak sharekan rezeki kita dengan pemenang..
Terpulang pada niat masing2..

Sekadar berkongsi..selepas berchatting dengan mangsa2 keadaan..
Timbul pulak idea nak berkongsi pasal entry ni..
Kalau betul nak tutup tarikh contest tu awal..sila lah inform betul2..cakap kul berapa last submission..kenapa nak tutup awal kan..
Tak lah kita terhegeh2 nak join contest tu kan..

Pastu kalau betul pun nak umumkan pemenang..
Sebaiknya2 listkan lah nama atau gambar contestants yang join tu..
Mana tau kot2 tercicir ke..
ATAU MUNGKIN LANGSUNG PENGANJUR TAK TENGOK PUN ENTRY KITA TU..
Aishhh.malas nak cakap banyak..
Hanya mangsa2 keadaan jer yg faham..

Sebab apa?? Sebab dah annouced nama pemenang..
Barulah sampai komen dari penganjur...
Masyallah..
Dahlah tak sampai 1/2 jam submit entry..alih2 dah annouced nama pemenang...


Antara komen tersebut, oh ini bukan komen dari entry saya yer..

Thanks dear coz sudi joint...terima kasih...I terpaksa shortkan datenya sebab susah nk ping my latest entry kat geng blogger, mcm u cakap i perlu wat contest ni lg kan so insyaAllah akan dtg i buat lg cepat2 la you hantar link...moga2 rezeki you pulak...

p/s: Niat saya baik...nak betulkan keadaan..may be sebab penganjur tu baru first time ghairah nak buat contest kan...

p/s: Masuk contest ni..adatlah menang kalah kan...kalau menang BONUS..kalau kalah bukan rezeki kita..tapi penilaian secara adil perlu...

p/s: Jangan nanti ader pulak serangan statement " Sebab saya tak pilih awak sebagai pemenang ke??"...hohoho....bukan sebab itu yang dipertikaikan..tapi management dari segi buat contest tu yang perlu dititikberatkan...

Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Seekor ikan boleh masak 2 masakan di Umbai...

Kalau pergi Melaka..
Tak sah kalau tak singgah kat UMBAI kan.
Medan ikan bakar femes tu selain Sungai Duyung Melaka..
Kalau nak gi, jangan gi hari jumaat atau sabtu..
Sebab confirm ramai giler orang + parking pun tadakkk...

Nasib baik weols pergi hari ahad..
Sampai pulak dalam jam 6 petang..
Memang cantikk ah timing tu..

Oh yer..first time tau rupa2nya kat sini, seekor ikan leh masak 2 masakan..
Korang faham tak apa tu??
Ok..tgk dulu gambar2 makanan yg dipilih oleh ibu, tapi dibayar oleh ayah damia ni...


Sotong Celup Tepung yang rangup.
Sedap...ibu amik seekor jer yg size sedang..


Udang masak sambal..
Not bad gak..


Hah ni lah ikan yg dimaksudkan..
Selalu makan siakap jer..
Kali ni pilih jenahak pulak..
Separuh masak 3 rasa macam kat atas tu..


Separuh lagi bakar..
Best rupanya ikan jenahak ni.
Ingatkan dulu2 ikan jenis hanyir..
Rupanya isi putih gebu mulus lagi..hehe



Kat Melaka ni..
Kalau makan ikan bakar, ni lah ciahnya..
Memang feveret ibu cicah2 cam ni.
Ayah damia tak suka sangat..
Sebab dia lagi suka bakar sambal..


Kat sini org makan ikan bakar dengan nasi lemak yer..
Tapi disebabkan tak biasa, kami order jugak nasi putih..


Banyak gerai2 kat sini..
Ibu sempat shopping belacan ngan gula merah..
Aleesya + ayyunie beli yang tiup2 belon tu jer..



Kenyang perut, hati pun senang...hehe

P/s: Korang pernah makan tak kat UMBAI ni??


p/s: Alhamdulilah...selamat juga berjumpa dengan blogger dari jauh tu...sesat2 makan langsat tu..terpaksalah ayah damia gi amik kat perumahan yang jauh giler lagi dari rumah kami...nasib baik ayah damia ader keje kat bandar tadi...hehe..oh yer..blogger dari pantai timur yer...anaknya selalu gak menang2 contest ni..sapa kah??


Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

CUBA TEKA SIAPAKAH BOLGGER ITU??

 Hari ni dalam sejarah...
Sebab selalunya ayah damia yg gi pasar..
Tak pun kami sama2 gi pasar..
Tapi hari ni ibu sorang2 gi pasar..
Sebab nak masak2..
Ader blogger jauh nun dari sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak datang..
Ibu ajak dia breakfast rumah ibu..
Tapi alahai tersesat lah pulak dia..
Moga2 selamat lah dia sampai..

DUP DAP DUP DAP ni nak bertentang mata first time..
Agak2 siapakan blogger itu????



 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Dapat Ang Pow dari JUSCO

Aritu masa hari sabtu -15/1...
Memang langsung tak sangka akan dapat Ang Pow dari Jusco tau..
Bila dah bayar baru lah cashier tu suruh gi amik ang pow kat kaunter depan..
Mula2 hairan lah jugak kan..
Sebab angin tak de, ribut tak de..
Tiba2 dapat coupon..

Rupa2nya sapa2 yg shopping masa 14, 15 & 16 Jan..
Memang layak dapat coupon ni..
RM100 belanja, dapat RM5 coupon..
Ok lah kan..ala2 macam JCARD DAY yg utk resit hijau gak ni..
Sebab kalau resit pink tu mesti dapat RM10 utk RM100 belanja kan..


Disebabkan aritu belanja barang2 keperluan rumah...
Maka total perbelanjaan RM275..
Tu yang dapat 2 keping coupon jer...
Huhuhu....kalau cukup RM300, dapatlah 3 keping coupon
Ok lah kan..sapa nak bagi event RM10 pun..
Lepas lah buat beli gula, susu tu kan...hehe

p/s: Ingat masa kecik2 dulu...memang meriah dapat ang pow..sebab ibu kan sekolah cina...kalau pergi beraya  rumah kawan2...confirm punya satu rumah dapat RM10....boleh kumpul sampai RM200 tau..hehe..oh yer..kalau ibu gi beraya, makan makanan ready made yg halal jer..minum pun air kotak...

 
 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Thursday, January 27, 2011

Isu Blogger kena saman - pasal review restoran

Baru lepas BW kat blog mama tisya
Then, terbaca entry pasal ader blogger kena saman sebab bagi bad review kat restoran tu..
Boleh klick2 bawah kalau nak tau siapa yang menyaman tu.

Ni sekadar berkongsi lah kan..
Salah ke kalau kita bagi review kat restoran yg kita gi makan tu??
Nama pun blogger..of coz benda2 cam tu kita nak share dalam blog masing2 kan..
Lagi satu..buat apa kita nak hikpokrit..
Takkan lah benda yg tak sedap nak cakap sedap pulakkan..
Sebab tu citarasa masing2 lah kan..
May be ader yg pergi makan tu cakap sedap..
Ader yg pergi makan tu cakap kureng...

Dan rasanya bagus pun kalau kita share2 restoran yg kita pergi tu..
Mana tu kot2 satu hari nanti tergerak nak gi makan kat situ..
Tak lah kempunan atau mengidam kan..

Ibu pun pernah terima komen komen positif dari mereka2 yg tidak dikenali melalui entry restoran.
Antaranya dalam entry kat bawah ni


Jom tgk apa komennya..


See, kalau bagus pasti ramai nak mencuba kan..

Pesanan utk diri sendiri:
Lain kali kalau nak buat review pasal restoran, kalau tak sedap tu, janganlah over2 cakap langsung tak sedap kan...kena cover2 sikit...haha..tapi kalau kita kata sedap dan tolong promote utk restoran tu..dapat tak komisen??? huhuhu

Nak baca entry mama tisya??
Klik2 bawah..


p/s: Nak gak baca apa yg blogger tu komen pasal restoran tu..agaknya hentam kaw2 lah tu...kalau tak takkan kena saman kan

Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Kat office pun dapat hadiah, kat rumah pun dapat hadiah

Hari selasa lepas..
Masa sampai2 office jer..
Tgk ader parcel dalam tersangkut kan pintu grill office..
Oh ni bukan pos laju punya parcel yer..
Pos biasa jer..
Buka2 parcel tu tgk ader.....


Beg mini yang sangat cantik macam ni..
Dan tiba2 tgk dalam beg mini tu ada...


Duit Raya utk ayyunie..
Hadiah2 kat atas tu aderlah hadiah ayyunie dapat ni 1 dalam Contest Si manjaku Riang


Terima kasih diucapkan kepada penganjur 
(alamak..link penganjur tu not found lah...rasanya sebab dia dah tukar blog tu nama lain kot)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kemudian balik2 rumah pulak..
Tgk2 ader parcel pos ekspress pulak dok tersadai atas simen luar rumah..
Bukan pos laju kan..maka tak yah tunggu tuan rumah sign..
Pastu Memang besar gedabak pun hadiah tu..
So,tu yg posmen campak2 jer dalam rumah
Nak tau tak dapat apa??



Hah tu dia...meriah dalam ni tau..
Siap ader topi, scarf rambut, stokin newborn, white board kecik spongebob, marker pen...
Memang meriah sangat2..




Bukan si anak jer dapat hadiah tau...
Si ibunya dapat jugak..hehe
Shawl dari DUBAI....
Wah nampaknya bertambah lah shawl dari DUBAI ibu..
Sebab sebelum ni dah ader satu..SIL yg study kat Rusia dulu hadiahkan..
Terima kasih kepada http://only4contest.blogspot.com

p/s: Pssttttt...kontrobasi kes penganjur contest aritu dah kira settled yer...sebab bukan 1 jer hadiah yg dia pos..banyak giler hadiah yg dia pos...hehe..agak2 dia baca tak entry kontrobasi aritu?? Tak beli barang pun...


p/s: Ader lagi tak snap2 hadiah yg sampai minggu lepas...semalam pun dapat hadiah lagi..alhamdulillah..

Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Wednesday, January 26, 2011

Rezeki Damia Aleesya tempat ke-3...

 Alhamdulillah...
Damia Aleesya menang tempat ke3
Untuk contest baby in black and white..
Terima kasih kepada anje sebab inform yer..
Tahniah juga kepada aqeel suziey dan Mirza Farra
Nak tgk pemenang2 yang encem itu...
Klik2 bawah




DAMIA ALEESYA

Dan hadiah yang dimenangi adalah:
1x Baby Gap Pyjamas - Tajaan Jaijina Blogspot
1x Free Gift - Tajaan SyilaSyira Blogspot
40% Frame Voucher - Tajaan Jemari Art (hadiah leh claim terus kepada penaja)


p/s: kemenangan ke 9 utk Jan 2011




 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!

Enjoy a weekend stay, and FREE 2 hour training session of your Maid

Wahhh bestnya kan..
Tatkala majikan tengah bersuka ria dengan family masing2
Pembantu rumah pulak menghadiri sesi training..
Ini bukan calang2 training yer..
Training di hotel lagi tau...hehe



Flyers yang ibu terjumpa masa cuti2 kat HOLIDAY VILLA & RESORT masa New Year aritu..
Eh..korang tak nampak yer apa benda??
Jap2 bagi focus..


Hah...nampak tu??
Kelasss kan...maid pun leh training kat hotel apa...
Kebetulan pulak masa ibu ngan family gi cuti2 tu..
Services tu tutup sebab nak celebrated New Year..
Kalau tak nak juga cuba kan...
Pastu confirm selidik ngan bibik apa yg diaorg ajar..

p/s: Buat masa ni bibik memang selalu ikut ke mana family ibu bercuti atau balik kg. Tujuan utama mestilah nak jaga anak2 kecik tu kan..nak gi toilet lah..nak suap makan lah, nak gi playground lah...biar bibik yg uruskan...hehe..Kami bukanlah pemalas...tapi memang itu dah rutin + keje dia kan..tapi tak lah semua 100% serah tugas pada bibik..sebab majikan pun banyak benda lagi yg perlu fikir..nak2 macam kami suami isteri ni business..


p/s: First time tau ader training maid cam ni kat hotel..



 Nak tambah duit selain Nuffnang??? Klik2 banner bawah!!