Monday, January 17, 2011

Resepi Siakap Stim Ala Nyonya

Sabtu malam ahad aritu..
Tekad nak cuba masak Siakap Stim Ala Nyonya..
Kan dalam entry ni ader cakap, stim ni ader banyak stim..
Tapi disebabkan Stim Ala Nyonya ni boleh masuk tekak kami anak-beranak..
Maka sesi mencuba2 masak stim ni pun berlaku..
Resepi?? Aderlah googled2 ...tapi banyak versi..
Setelah dibuat penelitian...maka resepi yg dibuat oleh ibu ni aderlah dioleh semula oleh ibu sendiri..hehe


Mula2 kisar 1 kuntum bunga kantan, 1 batang serai, cili api dan cili besar hingga lumat..



Kemudian, untuk sosnya pula masukkan 2 sudu besar pes asam jawa, 3 biji pes limau kasturi, 1 sudu minyak, garam, gula, serbuk lada hitam dan sedikit aji..


Basuh ikan siakap hingga bersih..
Kemudian letak siakap tu dalam aluminium foil..
Curahkan bahan yang dikisar, sos yang dibuat dan sedikit daun ketumbar..


Kemudian boleh lah kukus dalam 15-20 minit..


Taraaaaaaaaaaa...dah siap..
Sebagai hiasan, bolehlah masukkan fresh ketumbar dan hirisan tomato...
Selamat mencuba..

p/s: Memang confirm tak hanyir...makan hingga ke titisan tulang yang terakhir..ngeh ngeh ngeh..

p/s: Eh, ibu baru buka lappy ni tau...so proses BW akan berjalan sebentar lagi...hehe


Post a Comment