Tuesday, January 25, 2011

Resepi Ikan Cencaru berintikan sambal belacan

Malam tadi punya dinner...
Nampak simple tapi rasa sangatlah Sedap.
Kalau agak2 dah tak tau nak masak lauk apa..
Why not cuba resepi yg pasti tak akan mengecewakan ni..


4 ekor ikan cencaru - Dibersihkan dan dibelah belakangnya

Bahan2 untuk disumbat:

Tumbuk bersama 2 biji lada besar, 2 biji cili api, sedikit belacan, 1 labu bawang besar, 1 labu bawang merah, garam + gula + aji..
Kemudian perahkan 5 biji asam limau dalam bahan2 tumbuk tadi..
Kacau hingga rata, kemudian sumbat dalam ikan tersebut..
Lebihan inti tadi bolehlah dicurahkan ke ikan tadi.
Perap selama 15-30 minit. Agar rasa masam asam limau tadi menyerap masuk dalam ikan.
Kemudian goreng hingga kekuningan.

* Kalau malas tumbuk, blend jer guna blend kering tu..
* Nak gantikan asam limau ngan asam jawa pun boleh..

p/s: Kalau makan ikan ni ngan nasi putih jer pun, confirm bertambah nasi...dah tak pandang lauk lain tau..hee
Post a Comment