Thursday, April 15, 2010

Apabila alarm rumahku berbunyi 2 kali di awal pagi....


Ya Allah....Disaat2 ibu tgh menulis entry ini, tepat jam 6:10 pagi, jantung ibu masih berdegup kencang dan hati tidak keruan..
Macam mana nak mula yer memandangkan ibu masih fobia dgn hal yg baru berlaku tadi...


Ok..semalam ibu tido awal...tak sempat nak berblogging dan buka FB..coz balik dinner dari DANGA BAY kul 11:45 malam...kalau tak selalunya kul 1-2 pagi baru tido...


Tiba2...alarm rumah berbunyi....ibu memang terkejut dan masa tu hanya fikirkan aleesya + ayyunie jer....ibu pun cepat2 kejutkan ayah damia dan cakap dalam keadaan panik..
 "Bang!!!!! Cepat bangun...alarm bunyi"
Ibu lak cepat2 tgk HP ibu coz HP ibu berbunyi....
(kalau alarm bunyi automatik line akan ke HP ayah damia dan ibu )
Masa tu jam menunjukkan kul 4.32 pagi

Tanpa pk panjang ayah damia pun bangun dan cepat2 capai HP kat side table sebelah katil...ibu lak masih panik...pas tu ayah damia tgk kat keypad alarm yg no yg bernyala ialah no 8....FYI, no 8 ni maksudnya sensor utk bumbung syiling....jaranglah keypard no 8 ni nak berbunyi kecuali ader "something" kat bumbung...


Ayah damia pun cepat2 intai bilik aleesya + ayyunie...tgk2 bibik tgh tepuk aleesya....dan ayyunie pulak masih lena tido....ibu masih biarkan alarm tu berbunyi konon2 dgn tujuan ia boleh mengejutkan jiran2...ayah damia lak cepat2 pergi check line dan memasang semua lampu termasuk kat lampu pagar supaya cerah...
(kami tido hanya pasang lampu car porch dan family hall sahaja)


Ibu dah cuak takut perompak kat atas syiling...pas tu ibu cepat2 suruh ayah off kan alarm tu dan turn on semula....ayah damia cepat2 ikut apa yg ibu suruh....pas tu, ayah damia pun jerkah2 kat family hall mengadap syiling dan cakap
"baik ko berambus...aku dah telefon polis...berambus...jangan nak kacau keluarga aku"
Kiranya ayah damia memang cakap style komando tgh bercakap lah...


Pastu dari bilik ibu, ayah damia mengintai keluar...kedengaran bunyi anjing menyalak dengan kuat dan banyak....ibu dah tak sedap hati..sebab cara anjing tu menyalak macam tgh kejar org.....ayah damia pun intai mana2 yg patut kat luar...ibu pulak pasang telinga kot kot terdengar bunyi apa2 kat atas syiling...


Tiba-tiba...
Sekali lagi alarm rumah berbunyi...kali ni tanpa berpk panjang kami suspect yg sah memang ader org atas bumbung syiling kami...ibu makin panik bila alarm berbunyi buat kali kedua....ayah damia cepat2 call polis...ibu pulak cepat2 call jiran cina kat sebelah...


Nak dijadikan citer, masa ibu nak call jiran tu, HP ibu lak boleh keluar "contact not ready"...adushhh..ibu memang dah cuak giler...ayah damia lak mengalami sakit tekak dan suara...pas tu habis menjerit dia nak bagitau maklumat kat polis tu....last2 ibu pun menjerit minta tolong dengar harapan agar jiran2 dengar...at least kalau tak dengar suara ibu pun siren alarm rumah ibu memang kuat.....


Alih2 dah boleh call jiran ibu....masalahnya jiran ibu lak yg panik...dia siap tanya ibu 
"apa perlu saya buat....suami saya tak der rumah...dia OT"
(kami berinteraksi dalam bahasa cina)..
Adusshhhhhh.....Ibu pun panik jugak tak tahu nak buat apa.......last2 ibu ckp tolong telefon semua jiran2...
Cakap ader org dalam bumbung rumah kami...


Alarm memang ibu sengaja biarkan berbunyi...oh yer...masa kali ke2 alarm berbunyi,ibu terdengar bunyi " bummmm"....lagilah ibu panik dan menjerit sekuat hati....salakan anjing pun macam bunyi lagi kuat....pas tu alarm berhenti dgn sendiri pulak dah..last2 ayah suruh kitaorg semua keluar dari rumah sementara tunggu polis sampai agar lebih selamat....bukan apa takut org yg dimaksudkan tu terjun terus dari syiling jer...


Bila dah keluar rumah, sekali lagi ayah damia cepat2 pasang alarm...kali ni kami menanti kat car porch dgn harapan ader jiran2 dtg jengok kami dan polis sampai cepat...nasib baik lah aleesya + ayyunie tak meragam langsung...ekkkk okkkkk langsung tak berbunyi....agaknya diaorg pun hairan dgn apa yg berlaku.



Pastu jiran2 sebelah rumah pun keluar....kami pun dah tenang...jiran sebelah kanan rumah kami cakap yg isterinya dengar ader org lari-lari atas bumbung...ini menguatkan lagi andaian kami yg memang ader org atas bumbung syiling kami...


Alhamdulilah..polis pun sampai jua...kami pun ceritakan apa yg berlaku....salah seorg polis sambil membawa senapang panjang meminta utk naik ke atas bumbung tu utk check line mana2 yang patut...ayah damia yg buka syiling berkunci tu..tgk2 dah ada genting bumbung yg tidak teratur susunan dan kedudukan dia...


ANDAIAN KAMI

1. Masa alarm pertama bunyi, org tu hanya sempat menjulurkan kaki dia dari genting bumbung dan disini "infrared sensor" memainkan peranan...dan mungkin lepas ayah damia marah2 dan bunyi alarm yg kuat tu menyebabkan org tu berasa lebih takut dan panik jugak...

2. Masa anjing tgh nyalak2 tu, mungkin org tu dah start lari dari bumbung atas, atau mungkin kawan2 org tu dah start memainkan peranan cover lain...tu kot yg isteri jiran sebelah dgr org lari2 atas bumbung tu

3. Alarm kedua berbunyi jer....kami memang pasti ader org atas bumbung kami dan org tu bertindak cepat melarikan diri...dan masa dia larikan diri tu, sekali lagi "infrared sensor" memainkan peranan...


ANDAIAN POLIS

TIKUS LALU KOT.......^%%)_(*^@!$%y^$#
Giler ke tikus lalu....macam tak logik jer andaian polis tu...sah2 dah genting tu nampak terbuka, sah2 dah anjing menyalak kuat drp biasa, sah2 ibu dah dgr bunyi bummmppp, sah2 jiran sebelah dgr bunyi org lari2 atas bumbung....apalahhh polis ni...



FYI, alarm bumbung syiling sgt sensitif.......kalau ader benda bergerak jer, pasti alarm akan berbunyi kerana "infrared sensor" sgt tinggi keupayaanya...tapi bukan disebabkan tikus lah coz tikus merayap2 kat bawah....bukannya dari atas terjun ke bawah...dan lagi satu sensor biasa kat ceiling yg berkunci tu....kalau org dah start buka yg tu, memang tak leh nak kata apalah...


Selama ni pun kalau alarm berbunyi, hanya disebabkan kecuaian bibik yg selalu tersentak grill2 yg dipasang sensor jer... 

p/s: ibu sempat snap2 pics gitu jer dgn hp ibu.... tapi card reader utk sim card ibu kat office lah pulak....nanti upload...


Sharing is caring.....DOA PELINDUNG RUMAH

بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ ِ
“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakkal kepadaNya, dan tiada daya dan upaya kecuali karena pertolongan Allah”. (HR. Abu Dawud 4/325, At-Tirmidzi 5/490, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/151)


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ، أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, jangan sampai aku sesat atau disesatkan (syaitan atau orang yang berwatak syaitan), berbuat kesalahan atau disalahi, menganiaya atau dianiaya (orang), dan berbuat bodoh atau dibodohi”. (HR. Seluruh penyusun kitab Sunan, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/152 dan Shahih Ibnu Majah 2/336.)


 Antara doa yang warid untuk mendapat penjagaan Allah pada diri,
agama, keluarga, harta benda ialah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى
maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kekemaafan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, dan tenangkanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah aku dari sudut hadapanku, dari sudut belakangku, sebelah kananku, sebelah kiriku, dan dari sebelah atasku. Dan aku meminta perlindungan dengan keagonganMu daripada aku terpedaya dari arah bawahku (yakni: dari tertimbus dalam bumi).
Kata Ibn Umar: Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini ketika petang dan pagi.
HR: Abu Daud (no: 50076), Ahmad (no: 4785)









Post a Comment